adv

Pengikut Cun N Macho

HBeat

Sunday, January 1, 2012

Amaran hujan lebat di Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis


KUALA LUMPUR: Kawasan rendah di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis berisiko mengalami banjir berikutan hujan lebat berterusan sehingga malam ini.

Berikutan itu, Jabatan Meteorologi Malaysia hari ini mengeluarkan amaran hujan lebat peringkat jingga. 

Menurut kenyataan jabatan itu, kawasan yang terlibat di Kelantan ialah daerah Tumpat, Kota Bharu, Bachok, Pasir Puteh, Pasir Mas, Tanah Merah, Machang dan Jeli manakala di Terengganu melibatkan daerah Besut, Setiu, Kuala Terengganu dan Hulu Terengganu. 

Di Kedah, kawasan yang terlibat ialah daerah Kubang Pasu, Padang Terap, Kota Setar, Pendang, Yan, Sik dan Langkawi, manakala di Perlis melibatkan kawasan Padang Besar, Kangar dan Arau. -- BERNAMA

1 comment:

  1. baru cade' nak kelik Pasir Mas dlm 2 minggu lagi...doh kena tae boh la pulok....

    ReplyDelete

Klik klu suka

Related Posts with Thumbnails

Iklan Semanis Madu