adv

Pengikut Cun N Macho

HBeat

Thursday, January 12, 2012

Azab 13 hari


KUALA LUMPUR: Seorang lelaki berusia 22 tahun menempuh detik hitam dalam hidupnya apabila dikurung sekumpulan tujuh lelaki tidak dikenali di sebuah rumah di kawasan hutan selama 13 hari selepas ‘diculik’ di kawasan berhampiran Dataran Merdeka pada 28 Disember lalu.

Difahamkan, kumpulan penjenayah itu dilaporkan akan ‘menjual’ mangsa kepada satu pihak lain di Singapura dan mereka mengurungnya sementara menunggu keputusan daripada pihak yang mahu membelinya itu.

Bagaimanapun, mangsa terselamat apabila berjaya melarikan diri daripada kurungan berkenaan kira-kira jam 5 pagi, Isnin lalu sebelum membuat laporan polis mengenai insiden berkenaan.

Menurut sumber, kejadian bermula kira-kira jam 7.30 malam apabila mangsa yang baru selesai solat Maghrib di Masjid Jamek, di sini, disapa seorang lelaki berusia lingkungan 20-an.

“Lelaki terbabit mengajak mangsa makan di kawasan berhampiran Dataran Merdeka bagi menyambung perbualan.

“Dia (mangsa) yang tidak curiga bersetuju mengikutnya. Bagaimanapun, ketika dalam perjalanan, lelaki itu mengeluarkan pisau dan mengacukannya ke arah mangsa. Pada masa sama, sebuah van putih dinaiki dua lelaki menghampiri mereka sebelum mangsa ditolak masuk ke dalam kenderaan itu,” katanya.

Sumber berkata, mangsa dibawa ke sebuah rumah yang tidak diketahui lokasinya sebelum dikurung.

“Sepanjang dikurung, mangsa menyedari semua orang yang terbabit dalam insiden itu seramai tujuh orang.

“Mangsa mendakwa kumpulan itu mahu ‘menjualnya’ kepada orang lain dan dia akan dihantar ke Singapura selepas terdengar perbualan mereka,” katanya.

Sumber berkata, mangsa bernasib baik apabila berjaya melarikan diri.

“Sebaik meloloskan diri, dia berlari menuju ke lebuh raya sebelum mendapati dia berada di kawasan Dengkil. Mangsa menahan sebuah kereta sebelum dibawa ke Putrajaya.

“Berbekalkan sedikit wang diberikan lelaki yang membantunya itu, mangsa kemudian menaiki bas dan turun di kawasan Serdang sebelum berjalan ke rumah rakannya di sekitar kawasan berkenaan bagi mendapatkan bantuan,” katanya.

Katanya, dengan bantuan rakannya itu, mangsa membuat laporan di balai polis berhampiran sebelum kes itu dirujuk ke Balai Polis Tun HS Lee, di sini, untuk siasatan dan tindakan lanjut.

Difahamkan, pihak berkuasa sedang menyiasat motif sebenar kumpulan terbabit mengurung mangsa dan siasatan lanjut masih dilakukan.

Malah, sepanjang dikurung, mangsa dilaporkan tidak dipukul kumpulan terbabit. - myMetro

1 comment:

Klik klu suka

Related Posts with Thumbnails

Iklan Semanis Madu