adv

Pengikut Cun N Macho

HBeat

Thursday, January 12, 2012

Drebar teksi samun penumpang


GOMBAK: Seorang pemandu teksi dikesan berpakat dengan seorang rakannya untuk menjalankan kegiatan ‘sampingan’ dengan menjadikan penumpang sebagai mangsa samun dan peras ugut sebelum meninggalkan mereka di tepi jalan.

Dalam kejadian terbaru pada jam 7.40 pagi kelmarin, seorang wanita berusia 25 tahun yang menaiki teksi terbabit di Batu 8, Jalan Gombak Lama, untuk ke tempat kerja tergamam apabila disamun lelaki terbabit bersama rakan subahatnya menyebabkan kerugian RM4,000.

Menceritakan semula kejadian itu, sumber berkata, mangsa meminta pemandu teksi itu menghantarnya ke Kuala Lumpur dan pada masa sama terdapat seorang penumpang lelaki di tempat duduk hadapan yang kononnya ingin ke destinasi sama.

"Bagaimanapun, sebaik tiba di Batu 7, Jalan Gombak Lama, tiba-tiba teksi itu membuat pusingan U sebelum memecut ke Kuantan menyebabkan mangsa yang panik menjerit meminta dilepaskan.

“Tindakannya menjerit menyebabkan lelaki yang berada di sebelah pemandu mengeluarkan pisau dan mengugut akan mencederakan mangsa jika dia tidak mengikuti arahan,” katanya.

Sumber berkata, mangsa yang ketakutan berdiam diri dan merayu dilepaskan. 

“Mangsa yang bimbang dengan keselamatan dirinya akur sebelum menyerahkan beg tangan berisi wang RM100 dan telefon bimbit.

“Lelaki terbabit yang belum puas kerana barangan samun sedikit merampas cincin emas dan gelang tangan dipakai mangsa,” katanya.

Menurutnya, mangsa dibawa ke kawasan perumahan di Bukit Lela, Simpang Tiga Gombak, sebelum ditinggalkan di tepi jalan.

“Mereka melarikan diri dan membiarkan mangsa terpinga-pinga. Penduduk yang melalui kawasan itu membantu membawa mangsa ke Balai Polis Gombak untuk membuat laporan,” katanya. - myMetro

No comments:

Post a Comment

Klik klu suka

Related Posts with Thumbnails

Iklan Semanis Madu