adv

Pengikut Cun N Macho

HBeat

Friday, January 6, 2012

Jiran suspek kes bunuh pula ditahan

SEBAK...isteri ahli perniagaan (kiri) ditenteramkan kenalan, semalam.
SEBAK...isteri ahli perniagaan (kiri)  ditenteramkan kenalan.
SIBU: Seorang lagi suspek kes pembunuhan kejam keluarga usahawan pembalakan dan perkapalan, Ling Tong Hock, Selasa lalu, ditahan awal pagi semalam, bagi membantu siasatan.

Suspek berusia 48 tahun yang juga jiran kepada keluarga mangsa dan menetap di Lorong RTM di sini, ditahan kira-kira jam 12.30 pagi.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Shafie Ismail, berkata pihaknya menemui beberapa petunjuk bagi mengaitkan suspek dengan kes pembunuhan Tong Hock dan tiga ahli keluarganya, termasuk dua anaknya berusia 7 tahun dan 10 tahun. 

“Suspek adalah jiran kepada mangsa dan dia ditahan bagi membantu siasatan selepas kita mendapat beberapa petunjuk berhubung kes ini. 

“Berikutan penahanan ini kita yakin dapat menyelesaikan kes bunuh itu dalam tempoh terdekat,” katanya ketika dihubungi, semalam. 

Selasa lalu, Tong Hock, 36; ibunya, Leong Nyuk Lan, 76, dan dua anaknya, Amy Ling Zi Jiun, 7, dan David Lung Cheng Qi, 10, dipukul hingga mati menggunakan objek tumpul di rumah mereka. 

Petang kelmarin, seorang wanita warga China yang difahamkan isteri kedua ahli perniagaan itu, direman selama tujuh hari selepas polis mendapati kediaman mangsa tidak dipecah masuk ketika kejadian. 

Sementara itu, keadaan seorang lagi anak mangsa, Kelvin Ling Chei You, 8, yang dipindahkan ke Wad Rawatan Rapi (ICU) Hospital Umum Sarawak (HUS) dari Hospital Sibu, dilaporkan masih tidak berubah.  - BHarian

No comments:

Post a Comment

Klik klu suka

Related Posts with Thumbnails

Iklan Semanis Madu