adv

Pengikut Cun N Macho

HBeat

Sunday, January 1, 2012

Peluk tubuh kaku anak


TATAPAN AKHIR...  Habsah  (dua, kiri) ibu kepada Muhammad Saiful Haikal bersama anak sulungnya Mohd Afzanizam, 25, (kanan) dan keluarga menatap jenazah sebelum dibawa ke tanah perkuburan.
TATAPAN AKHIR... Habsah (dua, kiri) ibu kepada Muhammad Saiful Haikal bersama anak sulungnya Mohd Afzanizam, 25, (kanan) dan keluarga menatap jenazah sebelum dibawa ke tanah perkuburan.

GERIK: Hanya tangisan kedengaran tatkala dua ibu malang mendakap erat mayat anak masing-masing yang ditemui semalam selepas lemas sejak tiga hari lalu.

Abidah Mohd Nor, 44, ibu kepada Muhammad Adham Hamiz Ruzai, 8, dan Hapsah Sahak, 44, ibu kepada Mohd Saiful Haikal Dahari, 7, meluru ke arah anak masing-masing sebaik bot membawa dua mayat berkenaan tiba di Pengkalan Bukit Marikan, Kuala Kenderong, jam 7 pagi semalam.

Suasana bertukar pilu apabila Adibah dan Hapsah meratap hiba sambil memeluk serta mencium berulang kali tubuh kaku anak masing-masing sambil diperhatikan orang ramai.

Kedua-dua mangsa ditemui dalam keadaan terapung dan berpelukan kira-kira 30 kilometer dari lokasi mereka dipercayai terjatuh dan lemas, petang Khamis lalu.

Tidak sampai dua jam kemudian, seorang lagi mayat mangsa lemas, Muhammad Amir Fadlilah, 11, ditemui pasukan mencari dan menyelamat kira-kira lima kilometer dari pengkalan berkenaan.

Mayat ketiga-tiga mangsa kemudian dihantar ke Hospital Gerik untuk bedah siasat.

Adibah ketika ditemui berkata, dia tidak dapat tidur sejak kehilangan dua anak dan anak saudaranya sejak bot dinaiki mereka karam jam 2 petang, Khamis lalu.

“Saya dan keluarga melakukan solat hajat dan membaca Yassin, termasuk di tebing sungai, supaya ketiga-tiga mereka segera ditemui.

“Permintaan kami akhirnya dimakbulkan apabila anggota pasukan mencari dan menyelamat memaklumkan penemuan dua mayat kira-kira jam 7 pagi tadi (semalam),” katanya sebak.

Menurutnya, dia tetap bersyukur tubuh anaknya ditemui walaupun hanya jasad tidak bernyawa.

“Sekurang-kurangnya mereka ada kubur untuk kami ziarahinya,” katanya ketika ditemui di perkarangan bilik mayat Hospital Gerik (HG), di sini, semalam.

Menurut Abidah, jasad kedua-dua anaknya dalam keadaan baik ketika ditemui, kecuali hidung berdarah dan sedikit bengkak di dahi, berkemungkinan terhantuk pada papan bot.

“Muhammad Adham Hamiz dan Mohd Saiful Haikal ditemui dengan keadaan berpeluk seperti tidak mahu berpisah.

“Saya dan keluarga reda dengan ketentuan Ilahi dan ini akan dijadikan pengajaran, terutama kepada anak kami yang lain, supaya tidak bermain di sungai,” katanya.

Sementara itu, Hapsah pula berkata, dia dan keluarganya bersyukur susulan penemuan jasad anaknya selepas puas melakukan solat hajat dan berdoa.

“Kami mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terbabit dalam usaha mencari anak kami sehingga ditemui,” katanya.

Ketiga-tiga mangsa sebelum ini dilaporkan hilang selepas bermain sampan tanpa pengetahuan keluarga, kira-kira jam 2.30 petang, Khamis lalu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Abdul Manab Baharum berkata, dua mangsa pertama ditemui penoreh getah dikenali sebagai Rizal, 40-an, dari Kampung Pulau Belayar, Gerik yang menaiki bot ketika ke kebun untuk menoreh, jam 4 pagi semalam.

“Saya dimaklumkan, dia menaikkan mayat kedua-dua kanak-kanak itu ke dalam botnya sebelum dibawa ke pengkalan Kampung Bukit Marikan.

“Sementara mayat ketiga, Muhammad Ami ditemui kira-kira jam 9 pagi oleh pasukan mencari dan menyelamat selepas timbul di permukaan sungai,” katanya.

Menurutnya, ketiga-tiga jenazah dibawa ke Masjid Jamek Gerik untuk disolatkan sebelum dikebumikan di dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Kampung Padang, Gerik selepas solat Zuhur. - myMetro

No comments:

Post a Comment

Klik klu suka

Related Posts with Thumbnails

Iklan Semanis Madu