adv

Pengikut Cun N Macho

HBeat

Tuesday, January 10, 2012

'Tolak Sesi Fotografi Bukan Kerana Sombong' - Sharifah Sakinah


Sharifah Sakinah.
CYBERJAYA: Pelakon yang pernah mencetuskan kontroversi, Sharifah Sakinah menyangkal dakwaan dirinya sombong apabila enggan memenuhi permintaan pihak media untuk melakukan sesi fotografi.
Sakinah, 22, berkata, keputusan itu bukan kerana dia meninggi diri tetapi sifatnya yang kurang gemar bersolek adalah punca utama dia menolak pelawaan tersebut.
"Sejujurnya saya tidak berniat untuk berlagak sombong dengan mana-mana pihak media yang meminta untuk mengadakan sesi fotografi tetapi adalah kerana sifat saya yang kurang gemar bersolek menyebabkan saya malas untuk memenuhi permintaan itu," ujarnya.
Sakinah berkata demikian kepada mStar Online ketika ditemui pada majlis pelancaran filem terbaru KRU Studios berjudul Ular di sini, Sabtu lalu.
Pelakon yang juga adik kepada pelakon Sharifah Shahira itu memberitahu, dia juga tidak kisah sekiranya kurang dikenali oleh masyarakat gara-gara sikapnya yang tidak suka muncul di mana-mana media massa.
Ujarnya, penglibatannya dalam dunia lakonan adalah kerana minat dan ingin mencari kepuasan dan menganggapnya sebagai punca rezeki dan bukan untuk popular.
"Walaupun publisiti itu adalah penting untuk seseorang artis dalam menaikkan nama tetapi saya lebih selesa begini dan menganggap berlakon sebagai punca rezeki dan bukannya untuk mengejar populariti," katanya.
Sementara itu, ditanya mengenai dakwaan dia kini menjadi anak emas kepada pengarah drama berbakat, Michael Ang, Sakinah menolak tanggapan itu.
Sakinah berkata, dia tidak pernah merasakan dirinya sebagai anak emas pengarah tersebut namun tidak menolak dakwaan banyak bekerjasama dengan Michael.
Michael bukan sahaja seorang pengarah drama tetapi juga seperti kawan baik. Dia banyak memberi peluang kepada saya dan rakan-rakan artis lain untuk bekerja di bawah drama arahannya.
"Mengenai anak emas rasanya tidak betul kerana banyak pelakon lain seperti Elfira Loy, Marsha, Didie Alias dan Sharifah Shahora yang sering bekerjasama dengannya," ujar Sakinah.
Dalam perkembangan lain, Sakinah berkata, selain bakal muncul dengan filem Ular arahan Jason Chong, dia juga baru selesai menjalani penggambaran drama Penjara dan akan ke set drama Di Sebalik Air Mata arahan Michael.
"Alhamdulillahlah, rezeki semakin mencurah-curah dalam dunia lakonan dan sudah pasti saya tidak akan mensia-siakan peluang yang diberikan," ujarnya. - mStarOnline

No comments:

Post a Comment

Klik klu suka

Related Posts with Thumbnails

Iklan Semanis Madu