adv

Pengikut Cun N Macho

HBeat

Tuesday, February 14, 2012

Aan meninggal serangan strok


KUALA LUMPUR: Penyanyi yang popular dengan lagu Cinta Melankolia, Imran Sulaiman, 51, atau lebih dikenali sebagai Aan Heavy Machine meninggal dunia selepas rebah kerana serangan strok di rumahnya di Bukit Jelutong, Shah Alam, jam 9 pagi kelmarin.

Menurut rakan karib keluarga Allahyarham, Normin Shah Khairuddin, 45, anggota keluarga dan rakan tidak tahu Aan menghidap penyakit berbahaya.

“Setahu kami, arwah tiada penyakit kerana dia nampak sihat saja. Malah, sehari sebelum meninggal, arwah membuat persembahan di kelab.

“Namun, tiba-tiba arwah rebah selepas seminggu berpindah ke rumah baru mereka di Bukit Jelutong. Pada mulanya, keluarga mengesyaki arwah menghidap lemah jantung dan paru-paru, tapi doktor mengesahkan arwah kena serangan strok,” katanya. 

Normin berkata, hubungannya dengan keluarga Allahyarham Aan amat rapat kerana anaknya yang juga penyanyi remaja, Iqwal Hafiz belajar vokal dan bermain piano dengannya.

“Arwah banyak membimbing Iqwal dari segi vokal dan bermain piano dengan baik selain mempunyai vokal yang bagus, arwah juga pandai bermain pelbagai instrumen muzik. 

“Walaupun tiada publisiti di media, arwah aktif memenuhi undangan persembahan di kelab eksklusif dan majlis makan malam anjuran pelbagai pihak,” katanya.

Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Seksyen 21, Shah Alam, selepas solat Zuhur, kelmarin. - myMetro

No comments:

Post a Comment

Klik klu suka

Related Posts with Thumbnails

Iklan Semanis Madu