adv

Pengikut Cun N Macho

HBeat

Tuesday, February 14, 2012

Kepuasan



Setakat ini kami berpuas hati dengan usaha kami mendidik anak-anak agar berjaya dalam pelajaran dan rasa syukur kehadrat Illahi usahlah cakap...memang bersyukur sangat-sangat dengan kurniaan ini.

Dan semoga ALLAH swt sentiasa melindungi anak-anak kami dari sebarang musibah yang tak diingini terutama gejala sosial yang semakin tenat melanda remaja masa kini. Diberikan kekuatan pada mereka untuk menempuh hidup di bumi Allah ini dengan penuh keberkatan dan selamat serta berjaya dunia akhirat hendaknya.....amin.

Kegembiraan jelas terpancar di wajah anak-anak tatkala diterima sebagai pelajar poli maupun MRSM. Walaupun gembira tapi riak kesedihan terpamer juga tatkala kami pulang meninggalkan mereka di asrama masing-masing.

Yang paling ketara adalah Angah, sedih semacam sebab nak kena tinggal....maklumlah jauh di Sabak Bernam lah katakan. Kak Long asyik mengusik adiknya bagaikan dia lupa dia pun pernah berperasaan begini sewaktu ditinggalkan di UITM, Machang dulu.

Angah mendaftarkan diri sebagai pelajar poli pada 18.12.2011. Yaya pula mendaftarkan diri sebagai pelajar MRSM pada 25.01.2012 di Alor Gajah, Melaka.

Kelam kabut kami suami-isteri sepanjang 4 bulan kebelakangan ini mengurus keperluan mereka berdua termasuk jugalah si Kak Long yang perlu diuruskan tempat tinggal dan perbelanjaan untuk bekerja sementara menyambung pelajarannya di peringkat ijazah.

Syukur Alhamdulillah, adik-adikku sudi menghulur bantuan terutama dana kewangan, kredit untuk mereka semua.....sayang sangat-sangat kat mereka kerana memahami kesusahan kakak mereka ini. Maklumlah yang bekerja hanya seorang.
Politeknik Sultan Idris Shah, Sabak Bernam - imej:google


Bantal busuk yg telah dibersihkn..brg wajib klu x, xleh tido
Reaksi Angah semasa dalam bilik asrama....kesedihan, takut semuanya terpancar diraut wajahnya. Nasib baik ada Kak Longnya yang memberi motivasi dan semangat. Masa ni bolih dilihat kasih sayang mereka adik beradik.

Dlm bilik....Kak Long tlg ajar kemas & susunatur brg2 kat meja studi
Yaya memang sentiasa happy aja....dia memang target nak ke MRSM. Kesedihan dia bila terpaksa berpisah dengan kawan baiknya di TBS.

Akan kumasukkan foto-foto Yaya di MRSM kemudian nanti....

No comments:

Post a Comment

Klik klu suka

Related Posts with Thumbnails

Iklan Semanis Madu