adv

Pengikut Cun N Macho

HBeat

Wednesday, February 1, 2012

Lelaki lepas tembakan ketika bertengkar

SIASAT...angota polis meneliti anak peluru yang dikutip  untuk pemeriksaan.
SIASAT...angota polis meneliti anak peluru yang dikutip untuk pemeriksaan.
SEGAMAT: Keluarga seorang petugas syarikat utiliti menempuh saat mencemaskan apabila tembakan yang dilepaskan seorang lelaki ketika bergaduh dengan jiran bersebelahan, tersasar memasuki ruang tamu rumah mereka dalam kejadian dekat Bukit Siput di sini. 

Dalam kejadian pada jam 12 tengah hari Ahad lalu di Taman Bukit Jaya itu, tembakan yang dilepaskan suspek susulan pergaduhan itu memecahkan tingkap sebelum terjatuh di ruang tamu rumah pembaca meter air, Mohd Radzuan Mohamed Taib, 49.

Mohd Radzuan berkata, beliau sekeluarga bernasib baik kerana mereka sedang berada di dapur ketika kejadian berlaku.

Katanya, sebelum kejadian itu, beliau terdengar jirannya sedang bertengkar dengan seorang lelaki yang tidak diketahui dalam loghat Mandarin di luar rumah dan tidak menyangka pergaduhan berkenaan berlarutan hingga membabitkan tembakan. 

“Selepas mendengar pertengkaran itu, tiba-tiba kami terdengar tembakan dilepaskan, cermin pecah di ruang tamu rumah. 

“Saya bergegas meninjau sebelum melihat sebuah kereta putih berada di hadapan rumah jiran sebelum pemandunya memecut melarikan diri,” katanya. 

Beliau yang bimbang dengan keselamatan keluarganya kemudian bergegas membuat laporan kejadian di di Ibu Pejabat Polis Daerah Segamat. 

Pemangku Ketua Polis Daerah Segamat, Deputi Superintendan Anuar Ismail, berkata susulan laporan yang diterima, pihaknya melancarkan gerakan sebelum mengesan suspek di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Sedenak Lebuh Raya Utara-Selatan menghala ke selatan, pada jam 4 petang hari sama. 

Katanya, pemeriksaan polis terhadap Perodua Myvi yang dipandu suspek berusia 38 tahun itu kemudian menjumpai sepucuk pistol jenis Llama dengan tiga peluru yang disembunyikan di bawah tempat duduk penumpang hadapan.

“Siasatan awal mendapati suspek bergaduh dengan seorang pemilik syarikat pembinaan berkaitan masalah peribadi di hadapan sebuah rumah. 

“Suspek kemudian dikatakan bertindak memukul lelaki itu beberapa kali dengan pistol menyebabkan ia meletup dan pelurunya tersasar ke rumah bersebelahan,” katanya. 

Anuar berkata, suspek kini sedang disiasat mengikut 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun. - BHarian

No comments:

Post a Comment

Klik klu suka

Related Posts with Thumbnails

Iklan Semanis Madu