adv

Pengikut Cun N Macho

HBeat

Thursday, February 2, 2012

Nenek hidapi masalah mental cuba bunuh diri


ANGKAT...anggota polis mengangkat mayat mangsa untuk dibawa ke PPUM, semalam.
ANGKAT...anggota polis mengangkat mayat mangsa untuk dibawa ke PPUM, semalam.- Foto:HMetro

PETALING JAYA 1 Feb. - Seorang nenek yang dipercayai menghidap masalah mental, cuba membunuh diri dua kali selepas dia dikatakan menekap muka cucu perempuannya dengan bantal sehingga mati di tingkat lapan Kondominium Koi Legian, Taman Kinrara Puchong dekat sini hari ini.

Wanita berusia 57 tahun itu cuba membunuh diri dengan memotong jari manis kirinya sehingga putus, sebelum menghubungi anaknya iaitu bapa kanak-kanak itu kira-kira pukul 9.30 pagi ini.

Sebaik sahaja dihubungi, wanita itu memaklumkan kepada anak lelakinya bahawa dia membunuh anak perempuannya yang berusia 10 tahun sejak dua hari lalu.

Terkejut dengan pengakuan ibunya itu, bapa kanak-kanak tersebut yang ketika itu sedang bekerja di sebuah restoran milik keluarganya bergegas pulang ke rumah.

Dia yang tinggal bersama di rumah itu terkejut apabila mendapati ibunya berada di dalam bilik tidur anaknya yang ketika itu dalam keadaan terlentang di atas katil.

Menurut Ketua Polis Daerah Serdang, Supritendan Abd. Razak Elias, wanita itu kemudian bertindak mengunci pintu bilik tersebut, menyebabkan anak lelakinya segera memaklumkan kejadian itu kepada polis.

"Sebaik sahaja sepasukan polis tiba di kondominium itu pada pukul 12 tengah hari, pihak kami terpaksa memecahkan pintu bilik tidur rumah mangsa.

"Sebaik sahaja dibuka, wanita itu dilihat cuba terjun dari tingkap tingkat lapan rumahnya, namun dia berjaya diselamatkan," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Menurut Abd. Razak, siasatan awal polis mendapati, wanita itu mengalami masalah mental dan tinggal bersama anak lelakinya serta tiga lagi ahli keluarga lain.

Kata beliau, bapa kanak-kanak itu tidak menyedari kejadian yang menimpa anaknya meskipun dia pulang ke rumah semalam kerana menyangka anaknya tidur bersama nenek.

"Berdasarkan pemeriksaan ke atas mayat kanak-kanak itu, dia dipercayai mati dalam tempoh 12 jam sebelum ditemui.

"Wanita itu pula yang mengalami kecederaan di jari dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk rawatan lanjut," katanya.

Polis turut menemui sebuah tong berisi darah dipercayai digunakan oleh wanita berkenaan selepas bertindak memotong jarinya, dalam sebuah bilik di kondominium itu.

Selain itu, polis turut menemui tulisan dalam bahasa Cina bermaksud, Hati tak suka, hati tak syok, mahu mati di dinding bilik berkenaan.

Katanya, siasatan awal mendapati suspek menghidapi penyakit psikiatri menyebabkan dia bertindak di luar kawalan, selain turut menghadapi masalah ekonomi keluarga yang tidak stabil.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment

Klik klu suka

Related Posts with Thumbnails

Iklan Semanis Madu