adv

Pengikut Cun N Macho

HBeat

Thursday, February 2, 2012

Polis Minta Bantu Kesan Gadis Hilang Kali Kedua


SHAH ALAM: Polis meminta orang ramai membantu mengesan seorang gadis pelajar sebuah kolej yang hilang untuk kali kedua sejak Disember lepas sebaik pulang dari kuliah di Institut Teknologi Perak (ITP) di Ipoh, Perak.
Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Zahedi Ayob berkata mangsa dikenali sebagai Wan Atira Wan Jasmeen, 18, dipercayai mengikut seorang lelaki yang menaiki sebuah kereta Perodua Myvi berwarna putih pada 7 Disember lepas.
"Polis dimaklumkan oleh ibu bapa mangsa yang datang membuat laporan hari ini mangsa pernah hilang dari rumah pada Julai tahun lepas sebelum pulang semula beberapa hari kemudian.
"Menurut ibu bapa mangsa, bagi mengelak kejadian sama berulang mereka menghantar mangsa melanjutkan pengajian di ITP awal Dis lepas dan mangsa menetap bersama ibu saudaranya sebelum hilang dan tidak pulang sehingga hari ini," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam di sini.
Zahedi berkata bapa mangsa, Wan Jasmeen Wan Ali, 50, membuat laporan berhubung kehilangan anaknya itu pada hari kejadian di Balai Polis Sungai Senam, Ipoh selepas mendapat maklumat dari rakan mangsa.
"Polis menyiasat mengikut kes orang hilang. Kita minta sesiapa yang mempunyai maklumat supaya menghubungi Sarjan Mohd Zainal Hassan dari IPD Shah Alam di talian 03-55202222 atau mana-mana balai polis berhampiran," katanya.
Sementara itu ibu mangsa, Roslina Lazim, 49, yang turut berada dalam sidang media itu berkata Wan Atira atau lebih mesra dengan panggilan Yeya tidak mempunyai sebarang masalah dengan keluarga dan seorang yang ceria.
Beliau berkata sehari sebelum anak kedua dari tiga beradik itu hilang, Wan Atira ada menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) memaklumkan dirinya rindu dan harap dapat segera bertemu dengan keluarganya.
"Yeya sambung belajar dengan kerelaannya dan dia yang memilih kursus Diploma Pengajian Perniagaan. Saya binggung dan masih tidak tahu sebab anak saya menghilangkan diri. Saya merayu supaya Yeya lekas pulang," katanya sambil bergenang air mata. - BERNAMA

1 comment:

  1. Anak kalau xnyusahkn ibubapa, xsah agaknya...ibu sentiasa doakn kebahagiaan & keselamatan ank...TAPI ada anak2 fikirkn tentang ibubapanya...ikut seronok dia aja....

    ReplyDelete

Klik klu suka

Related Posts with Thumbnails

Iklan Semanis Madu