adv

Pengikut Cun N Macho

HBeat

Saturday, April 14, 2012

AS tahan Shah Rukh Khan, India marah


shah rukh khan
NEW YORK - India melahirkan rasa marah dengan tindakan pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) menahan aktor popular Bollywood, Shah Rukh Khan kira-kira 90 minit di lapangan terbang White Plains dekat sini, hari ini.
Menteri Hal Ehwal Luar India, SM Krishna berkata, dasar menahan dan kemudian meminta maaf di pihak berkuasa AS tidak harus berterusan.
Aktor itu tiba di lapangan terbang White Plains dengan menaiki pesawat peribadi untuk menghadiri satu majlis di Universiti Yale.
Pihak berkuasa kastam dan perlindungan sempadan memohon maaf atas insiden itu.
Jurucakap Kedutaan AS di Delhi, Peter Vrooman juga memohon maaf "jika Shah Rukh Khan berhadapan dengan situasi yang tidak selesa atau sebarang kelewatan."
Tidak jelas sebab aktor itu ditahan di lapangan itu.
Pada 2009, Shah Rukh Khan ditahan selama dua jam di lapangan terbang Newark dan kemudian dibebaskan selepas campur tangan India di AS.
Ketika itu, Shah Rukh Khan berkata dia ditahan sebab membawa nama Islam.
Pegawai-pegawai AS menafikan Shah Rukh Khan ditahan, tetapi menekankan bahawa dia hanya disoal siasat.
"Permohonan maaf Amerika menjadi sesuatu yang mekanikal," kata Krishna hari ini.
Krishna juga telah meminta Duta India di AS, Nirupama Rao mengemukakan protes kepada kerajaan negara itu. - SinarHarian

Friday, April 13, 2012

Supermodel Shida Yaacob Meninggal Dunia

shida

MH Online difahamkan model terkenal Malaysia di awal 90-an, Shida Yaacob telah meninggal dunia akibat penyakit leukimia yang sudah lama dihadapinya.  


Malah beberapa buah blog turut menyiarkan berita kematian model terkenal ini.


Tahap kesihatan Shida dikatakan semakin merosot sejak kebelakangan ini dan telah menghembuskan nafas terakhir lebih kurang jam 3 pagi di rumahnya di Damansara. 


Arwah yang cukup terkenal di 'runaway' dan iklan komersial meninggal pada usia 41 tahun. Jenazah selamat dikebumikan sebelum Zohor pada Rabu lepas. 


Takziah MH uncapkan kepada keluarga Allahyarham. Semoga rohnya ditempatkan dikalangan mereka yang beriman. - MediaHiburan

Beri salam sebelum mencuri

Rozi menunjukkan benih padinya yang cuba dicuri sebelum dia ditangkap
Rozi menunjukkan benih padinya yang cuba dicuri lelaki berusia 27 tahun itu sebelum dia ditangkap.

ARAU – Tindakan seorang pencuri memberi salam sebelum mencuri benih padi akhirnya menjerat diri apabila diberkas pemilik benih berkenaan.
Rozi Md Jam, 47, berkata, dia mula sedar benih padi miliknya dicuri apabila ia dilihat semakin berkurangan sejak beberapa hari lalu.

Menurutnya, dia kemudiannya mengambil keputusan untuk menyiasat siapa dalang yang berselindung di sebalik kegiatan berkenaan.

Intipan yang dilakukan sejak beberapa hari lalu membuahkan hasil apabila dia dan anaknya berjaya memberkas pencuri itu yang datang ke rumahnya kelmarin kira-kira jam 8.15 malam bagi mengulangi perbuatan itu.

“Saya ada membeli 21 beg benih padi, sehingga semalam bakinya tinggal lapan beg sahaja, disebabkan itu saya mula mengintip setiap malam.

“Saya meletakkan kereta anak di rumah jiran dan buat seolah-olah tiada orang di rumah.

“Apa yang menghairankan pencuri terbabit memberi salam terlebih dahulu, mungkin dia mahu menduga sama ada terdapat orang di rumah. Setelah tidak berjawab dia mulakan operasinya,” katanya.

Rozi berkata, akibat daripada kecurian itu dia terpaksa menanggung kerugian sebanyak RM360 apabila 13 beg benih padinya dicuri beberapa minggu yang lalu.

Sinar Harian difahamkan, di kampung terbabit kerap berlaku kecurian input pertanian seperti racun, baja, benih padi, mesin rumput dan sebagainya.

“Kami penduduk tidak melaporkan hal ini kepada polis kerana ia tidak terlalu serius, tetapi semakin lama ia kerap berlaku, habis semua barangan pertanian penduduk dicurinya.

“Harga satu beg benih berjumlah RM30, mungkin disebabkan itu mereka mencuri benih-benih padi ini, pencuri terbabit merupakan orang luar dan datang ke rumah saya dengan menaiki motosikal yang diparkir di sebelah stor bagi memudahkannya mengangkut benih itu,” katanya.

Katanya, pencuri berkenaan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Abdul Rahman Mohd Noordin telah pun mengesahkan kejadian berkenaan. - SinarHarian

Banjir terburuk landa Kampar


Banjir terburuk landa Kampar
Sebahagian mangsa banjir di penempatan banjir SM Kampar

KAMPAR - Di sebalik kebimbangan rakyat Malaysia dengan ancaman gempa bumi di Aceh dan kemung­kinan Tsunami berlaku, 1,145 penduduk dari enam kampung, dekat sini dikejutkan dengan kejadian banjir apabila air dari limpahan Sungai Kampar secara tiba-tiba naik hingga ke paras bumbung kediaman.
Kejadian yang berlaku seawal jam 4 pagi itu nyata mengejutkan ramai pihak yang menganggap ia banjir terburuk sejak 25 tahun lalu.
Hujan lebat selama empat jam sejak malam semalam itu nyata menjadi faktor utama menyebabkan paras air Sungai Kampar naik mendadak dalam masa beberapa minit sahaja menjadikan 254 keluarga panik untuk menyelamatkan diri masing-masing.
Antara kampung yang terlibat adalah Kampung Batu 20, Kampung Baru, Kuala Dipang, Kampung Malayan, Kampung Pasir dan Kampung Nyior.
Lebih 215 anggota pelbagai agensi terpaksa menggunakan 13 lori, enam van dan tujuh bot dalam operasi menyelamat mangsa banjir seawal jam 5 pagi ke Pusat Pemindahan Bencana di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kampar dan Dewan Pulau Bergading.
Turut kelihatan menghulurkan bantuan adalah Exco Kerajaan Negeri, Datuk Dr Mah Hang Soon; Adun Tualang Sekah, Nolee Ashilin Mohd Radzi dan Adun Malim Nawar, Keshvinder Singh.
Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir turut turun padang meninjau keadaan mangsa.
Hujan luar biasa
Kerajaan Negeri akan berusaha sedaya upaya untuk membantu semua mangsa banjir yang kehilangan tempat tinggal dalam kejadian berkenaan.
Zambry berkata, melalui Majlis Keselamatan Negeri (MKN) pihaknya akan menyalurkan bantuan sewajarnya kepada mangsa yang kini tinggal sehelai sepinggang.
Menurutnya, kejadian itu disebabkan keadaan hujan luar biasa selama lebih empat jam yang menyebabkan paras air Sungai Kampar melimpah lalu mengakibatkan banjir di sekitar kawasan berkenaan.
“Kampung terlibat adalah Kam­pung Batu 20, Kampung Baru, Kuala Dipang, Kampung Nyior, Kampung Malayan dan Kampung Pasir.
“Kesemua mereka ditempatkan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kampar dan Dewan Pulau Bergading,” katanya selepas melawat mangsa banjir di Pusat Pemindahan Bencana di SMK Kampar, semalam.
Beliau yang mempunyai program bersama penduduk di Tronoh dan Batu Gajah bergegas ke pusat berkenaan untuk bertemu mangsa banjir yang terlibat.
Zambry berkata, beliau tidak mengaitkan bencana ini dengan kejadian gempa bumi di Acheh, kelmarin sebaliknya mengarahkan Jabatan Peng­airan dan Saliran (JPS) bertindak segera membaiki ban yang pecah.
“Ban itu perlu dibaiki kerana ia membabitkan soal nyawa dan keselamatan penduduk di sini. Saya harap ketua-ketua jabatan dapat membuat keputusan bijak dan pemantauan berterusan akan dilakukan oleh MKN,” katanya.
Pada masa sama, kata Zambry, hujan itu juga telah menjejaskan beberapa kawasan di Ijok apabila lebih 300 keluarga terpaksa dipindahkan awal pagi semalam.
“Ia melibatkan Kampung Sungai Jernih seramai 215 rumah, Kampung Masjid (76) dan Kampung Sangkut (26).
“Kejadian itu juga menyebabkan sebuah rumah penduduk dihanyutkan oleh arus Sungai Jernih dan menghentam sebuah lagi rumah penduduk,” katanya. - SinarHarian

Tidak Kejar Glamor Punca Fizz Fairuz Rasa Tiada Peminat


Fizz Fairuz.
PETALING JAYA: Faktor pelakon Fizz Fairuz merasakan dia tidak mempunyai peminat selepas terpilih sebagai Pelakon Drama Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH 2011) pada 8 April lalu kerana sikapnya yang tidak mengejar glamor.
Fizz berkata perasaan itu wujud kerana penglibatannya dalam dunia seni adalah kerana mahu mencari rezeki dengan ikhlas dan bukannya untuk menjadi popular tanpa sebarang usaha.
"Saya tidak pernah mengejar populariti kerana merasakan tiada orang yang meminati diri saya dan kehadiran saya dalam dunia lakonan adalah semata-mata kerana ingin mencari rezeki halal dan menyumbangkan bakat yang ada.
"Terus terang saya katakan tidak pernah terlintas dalam fikiran bahawa saya mempunyai peminat," ujarnya kepada mStar Online.
Fizz berkata demikian ketika diminta mengulas reaksinya yang terkejut apabila memenangi trofi Pelakon Drama Lelaki Popular pada malam kemuncak ABPBH2011 pada minggu lalu.
Kemenangan itu kata Fizz membuatkannya terharu kerana tidak menyangka selepas tujuh tahun barulah dia mempunyai peminat yang sanggup mengundinya dalam anugerah berkenaan.
"Saya betul-betul terkejut kerana pada mulanya saya merasakan zaman saya sebagai pelakon sudah berakhir kerana ketika nama saya diumumkan, tak ada orang pun yang memberi tepukan. Jadi ketika diumumkan sebagai pemenang sudah tentu saya terkejut," ujarnya.
Sementara itu, Fizz memberitahu dia tetap bersyukur dengan kemenangan itu dan menganggap ia sebagai hasil daripada usahanya selama ini yang tidak jemu-jemu memperbaiki diri untuk menjadi pelakon yang baik.
"Bukan mudah untuk mencapai ke tahap ini kerana pelbagai cabaran telah saya lalui dan menerima anugerah itu adalah satu pengalaman terbaik dalam hidup saya. Terima kasih tidak terhingga kepada peminat," katanya.
Bercerita mengenai perkembangan terbaru, Fizz sedang sibuk dengan beberapa projek drama selain baru sahaja selesai penggambaran Waris untuk siaran TV3. - mStarOnline

Thursday, April 12, 2012

Taktik pukau sebelum samun


Taktik pukau sebelum samun
PUCHONG – Bermodalkan cerita sedih konon anaknya mengidap sakit kulit kronik, seorang wanita warga China dikesan bergiat aktif menyamun pengunjung pasar pagi di Puchong Indah di sini, dipercayai menggunakan cara pukau.

Difahamkan, beberapa mangsa mendakwa terpedaya dan kerugian lebih RM50,000 selepas menyerahkan barang kemas dan wang tunai kepada suspek dalam keadaan tidak sedar.

Sinar Harian turut difahamkan, wanita terbabit akan menyapa mangsa rata-ratanya wanita yang berkunjung ke pasar itu sebelum ‘membuka’ cerita sedihnya.

Suspek dikatakan bertanya kepada mangsa di mana klinik pakar kulit boleh dikunjungi untuk membawa anaknya yang sakit mendapatkan rawatan.

Selepas berjaya mempengaruhi mangsa dengan cerita simpati itu, suspek dikatakan akan membawa mangsanya ke sebuah kereta jenis Naza Ria yang diletakkan di parkir kereta berhampiran pasar sebelum bertemu dengan dua orang lelaki.

Ketua Biro Aduan Puchong, Kuan Chee Heng berkata, suspek dikatakan datang ke negara ini Sabtu lalu sebelum memulakan ‘kerjanya’ sehari selepas itu.

Menurutnya, suspek turut menggunakan helah meminta mangsa menunjukkan di mana kedudukan pokok besar yang didakwa untuk dijadikan ubat bagi merawat sakit anaknya.

“Salah seorang mangsa memberitahu, suspek mengatakan anaknya sakit dan perlu mencari kulit pokok bersaiz besar kononnya untuk direbus dan dijadikan air penawar.

“Mangsa yang bersimpati, akan percaya dengan kata-kata itu dan bersedia menunjukkan lokasi tempat pokok besar yang diketahui,” katanya.

Chee Heng berkata, suspek kemudian membawa mangsa ke sebuah kereta bercermin gelap yang diletakkan berhampiran pasar, dua orang lelaki dikatakan berada di dalam kenderaan itu dipercayai menjalankan kerja-kerja memukau.

Menurutnya, mangsa diberikan tangkal azimat untuk mengelak bala dan diminta tidak memberitahu orang lain mengenai perkara itu.

Katanya, suspek kemudiannya meminta mangsa pulang ke rumah dan mengambil barangan kemas serta wang tunai. Selepas menyerahkan segalanya, suspek menyerahkan karung berwarna hitam kepada mangsa.

“Hanya selepas tersedar dari pukau, mangsanya akan menyedari ditipu dan mendapati suspek hanya meninggalkan beberapa biji buah limau dalam karung hitam diberi,” katanya.

Beliau berkata, bagaimanapun penipuan licik dilakukan wanita terbabit akhirnya tumpas apabila dia berjaya diberkas peniaga yang menyedari kegiatannya. - SinarHarian


Suami minta cerai, Rita Rudaini redha

rita



HAL perceraian sudah pastinya perkara yang paling ingin dihindari oleh setiap pasangan yang berkahwin.
Begitu juga halnya dengan pasangan suami isteri, Rita Rudaini Mokhtar, 36 dan Aidil Zafuan Abdul Razak, 25 yang diuji dengan pelbagai dugaan sepanjang lima tahun tempoh perkahwinan mereka.
Setelah pelbagai dugaan dilalui dengan tabah, akhirnya kemelut rumah tangga pasangan ini tiba di kemuncaknya apabila kelmarin Rita menerima mesej daripada suaminya, Aidil Zafuan Abdul Razak mengenai permohonan cerai.

Menganggap apa yang berlaku sebagai takdir yang sudah tertulis untuknya, Rita tidak mahu melayan perasaan sedih sebaliknya hanya ingin menumpukan perhatian kepada anak-anak.

“Saya anggap apa yang berlaku sudah tertulis sebagai takdir saya. Saya percaya pada qada’ dan qadar Allah dan terima ia dengan redha.
“Malah, saya bersyukur sangat-sangat kerana kekuatan saya adalah pada mata anak-anak. Saya tidak kisah hilang yang lain asalkan anak-anak sentiasa bersama saya,” katanya yang ditemui semasa majlis hari lahirnya yang ke-36, hari ini.
Menurut Rita, permohonan penceraian tersebut tidak langsung memeranjatkannya memandangkan Aidil sendiri tidak pulang ke rumah mereka di Damansara sejak empat bulan lalu.
Mengakui sudah tawar hati dengan perangai suaminya, Rita bagaimanapun tidak pernah menyesal bergelar isteri kepada pemain bola sepak itu.
“Saya berkahwin dengannya atas dasar sayang dan cinta bukannya sebab duit. Pelbagai dugaan telah saya lalui sepanjang berkahwin dengannya malah saya pernah dipulaukan oleh orang kerana keputusan kami untuk berkahwin.
“Setiap kali kami ada masalah, dia sering sahaja menghilangkan diri dan meninggalkan saya dan anak-anak. Saya perlukan seorang lelaki yang matang dan tegas serta dapat melindungi diri saya dan anak-anak, bukannya lelaki yang lari apabila ada masalah.
“Secara jujurnya, sudah lama saya tawar hati dengan dia (Aidil), tetapi hanya kerana memikirkan anak-anak, saya tidak mahu perbesarkan hal ini,” katanya yang kelihatan sebak semasa ditemui.
Bagaimanapun, menurut Rita, dia hanya mengikut ketentuan Allah dan bersedia sekiranya sudah tertulis jodoh mereka masih panjang.
“Jika sudah tercatat jodoh kami masih panjang, saya akan terima namun jika dikatakan hanya setakat ini sahaja jodoh kami, saya redha,” katanya. -- SinarHarian

Tuesday, April 10, 2012

Tom Jones Singapura, Ismail Haron Meninggal Dunia


Allahyarham Ismail Haron.
PETALING JAYA: Penyanyi veteran yang mendapat jolokan Tom Jones Singapura iaitu Ismail Haron meninggal dunia dalam tidur di rumah kakaknya di Jurong West, Singapura kira-kira pukul 2 petang Isnin.
Pengurus syarikat rakaman Produksi Matahati, Maria Satar berkata, Allahyarham dipercayai terkena serangan jantung.
“Sewaktu kejadian, kakak Allahyarham iaitu Halimah Haron keluar rumah. Ketika dia pulang, dia cuba kejutkan Allahyarham dan terkejut kerana Allahyarham tidak bergerak,” katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini, Isnin.
Maria berkata, Allahyarham yang berusia 66 tahun tidak pernah berkahwin dan tinggal bersama adik-beradiknya sejak pulang dari Brisbane, Australia pada tahun 2003 selepas 28 tahun berada di negara itu.
Beliau merupakan anak keempat daripada 12 beradik.
Allahyarham terkenal dengan lagu-lagu Delailah, Dendamku Kerana Maria, Senyum Terakhir dan Mari Menari.
Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Pusara Abadi 2, Jalan Bahar, Jurong, Singapura pada pukul 10 pagi Selasa. - mStarOnline

Monday, April 9, 2012

Yatt Hamzah Bertudung Takut Azab Allah

yatt


Jika minggu lepas Abby Abadi melakukan penghijrahan dengan imej bertudung,hari ini seorang lagi dramatis mengikut jejak sama iaitu Yatt Hamzah.

Ketika dihubungi MH Online sebentar tadi, ibu kepada seorang cahaya mata ini berkata;

"Alhamdulillah, sebenarnya sudah lama saya memasang niat untuk berhijrah ke arah yang lebih baik. Selepas pulang dari kelas usrah semalam, hati saya tergerak untuk mengerjakan solat sunat taubat.

"Ketika itu, saya dapat rasakan sudah tiba masanya untuk saya berubah. Dapat saya membayangkan bagaimana seksaan di akhirat nanti. Bermula pagi tadi, saya terus mengenakan tudung sebelum keluar rumah."

Tambah Yatt lagi, perubahan yang dilakukan ini bukan kerana paksaan daripada suami atau orang sekeliling sebaliknya kerana Allah S.W.T.

"Suami adalah orang yang paling gembira bila saya beritahu keputusan saya ini. Sebelum ini dia pernah menyuruh saya untuk bertudung tetapi tidak sesekali memaksa saya untuk berubah ke arah itu.

"Doakan semoga perubahan saya ini mendapat keberkatan daripada-Nya dan biarlah saya kuat untuk menghadapi apa saja ujian terutama dalam industri ini," kongsi Yatt dengan nada sebak. - MediaHiburan

Warga emas bunuh dan makan isteri

Warga emas bunuh dan makan isteri



BOSTON - Seorang warga emas berumur 79 tahun yang baru sahaja berhijrah dari China ke Massachusetts, Amerika Syarikat (AS), mengaku tidak bersalah dan keliru dengan pertuduhan terhadapnya iaitu membunuh kejam isteri pertamanya, kelmarin.
Menurut polis, Jeiming Liu yang ditemui anak lelakinya, dalam keadaan duduk di atas sebuah kerusi malas serta berlumuran darah pada tangan, mulut dan muka sambil memandang ke luar kondominium serta dikelilingi cebisan daging yang dipercayai milik isterinya.
Kemudian dia menjumpai ibunya, Yuee Zhou, 73, dalam sebuah bilik tidur dengan keadaan berbaring, berlumuran darah dan mengalami kecederaan parah pada bahagian lengan tangan.
Namun, anak lelaki Liu yakin ayahnya tidak mampu melakukan kekejaman itu kerana mempunyai saiz fizikal yang kecil.
Liu yang asyik mengulangi ayat ‘Ini bukan ibu kamu’ sejak ditemui, dipercayai menghidapi penyakit Alzheimer atau demensia.
Penolong Pendakwa Raya Daerah, Michael D. McHugh berkata, Liu mungkin memakan cebisan daging isterinya berikutan sebahagian lengan kiri mangsa berlubang dan beberapa batang jari turut ditemui di sekitar kondominium mereka. - SinarHarian

15 pelajar dari 17 sekolah dipanah petir


petir melaka
MELAKA  - Seramai 15 pelajar dari 17 sekolah menengah di Melaka, yang sedang mengikuti perkemahan badan beruniform, cedera terkena renjatan akibat panahan petir di Kem Pengakap Bukit Katil di sini, petang tadi.
Kejadian berlaku kira-kira jam 5.30 petang semasa hujan. Kesemua mangsa kemudian dihantar ke Hospital Melaka dan kini sedang menerima rawatan di unit kecemasan.
Pelajar berkenaan yang mengikuti perkemahan Pasukan Kadet Bersatu Malaysia (PKBM) rebah selepas petir memanah sebuah pokok dalam kejadian kira-kira 5.30 petang.
Kesemua pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan St Francis, Banda Hilir, di sini adalah antara 584 pelajar yang menyertai program perkemahan bermula hari ini hingga Sabtu ini.
Salah seorang mangsa, Mohd Faisal Othman, 15, berkata, sebelum kejadian, kesemua pelajar baru selesai membuat raptai sempena majlis perasmian program berkenaan di kem tersebut yang dijadualkan berlangsung esok.
“Raptai dihentikan sekejap kerana hujan renyai dan kami semua masuk ke dalam khemah masing-masing. Saya dan lima rakan yang tinggal satu khemah kemudian mahu keluar ke khemah lebih besar kerana takut mendengar bunyi guruh dan petir.
“Tetapi, sebaik saja saya keluar dari khemah bersama tiga rakan lain, saya nampak pokok berhampiran khemah dipanah petir. Saya rasa seperti terkena elektrik terus jatuh terlentang,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di Hospital Melaka.
Mohd Faisal berkata, kejadian sama turut menimpa dua rakan sekhemahnya yang berada di luar, selain tiga lagi berada dalam khemah sama.
Sementara itu, Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang melawat mangsa di unit kecemasan dan trauma hospital berkenaan berkata, seramai 14 pelajar dijangka dibenarkan pulang sebaik saja pemeriksaan selesai dilakukan pihak hospital.
“Setakat ini hanya seorang sahaja yang mengadu sakit dada dan sekiranya pemeriksaan selesai, kesemua 14 yang lain dibenarkan pulang ke rumah,” katanya kepada pemberita, hari ini.
Beliau bagaimanapun meminta ibu bapa pelajar terbabit tidak risau kerana kejadian tersebut terkawal. - SinarHarian

Sri Wani: 'Akak pun mohon pada ALLAH'

Sri Wani Choo Abdullah



SHAH ALAM - “Terima kasih, akak reda dengan segala ujian. Akak doa dan harap ALLAH sayangkan akak”.
Itulah ucapan ringkas yang diterima Sinar Harian kiriman­ Sri Wani Choo Abdullah, 37, pengu­saha produk kecantikan yang mencuri perhatian umum sejak berita suaminya memfailkan pembatalan­ perkahwinan di Mahkamah Syariah, tahun lalu, diketahui umum.


Berdasarkan tinjauan dan carian internet yang dilakukan selepas pengakuan eksklusif Sri Wani dipaparkan Sinar Harian kelmarin, orang ramai memberi respons positif.


Rata-rata mereka berdoa sekiranya Sri Wani tidak bersalah, mudah-mudahan perkahwinan­nya selamat.


“Akak pun mohon pada ALLAH. Hanya ALLAH Maha Kuasa, Maha Penyayang dan Maha Esa. Akak minta jasa baik wartawan; kalau boleh jangan datang ke kedai atau curi ambil gambar akak,” katanya.


Sri Wani menambah, dia tidak mahu pelanggan tidak masuk ke kedainya lagi kerana ini akan memberi kesan kepada perniagaannya.


Dia menceritakan, sejak diperintahkan mahkamah untuk tinggal berasingan antara beliau dan suami, Bahrom Sanugi, 61, bekas dekan sebuah universiti, sementara menunggu prosiding selesai, dia menumpukan perhatian kepada kerja bagi menghilangkan tekanan dan derita.


“Terima kasih akak ucapkan pada saudari. Akak percaya saudari adalah seorang wartawan yang baik hati,” katanya.


Berita mengejutkan itu bukan sahaja hangat dipaparkan di beberapa muka depan akhbar arus perdana, malah di laman blog dan portal berita online (talian terus).


Sri Wani terkenal sekelip mata apabila Bahrom memfailkan kes di Mahkamah Syariah Gombak Timur, kerana mengesyaki isteri ketiga yang dikahwininya pada 19 Ogos 2009 itu, adalah lelaki.


Susulan permohonan yang dibuat pada 17 Januari 2011 itu, mahkamah memerintahkan pasangan itu berpisah sementara sebelum prosiding selesai atas alasan perkahwinan diragui.


Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur pula menetapkan 23 April ini untuk memutuskan Sri sama ada dia perlu jalani ujian penentuan jantina atau tidak. - SinarHarian

Padah tidak patuhi lampu isyarat

motosikal



BANDAR BUKIT TINGGI 2 - Tindakan seorang penunggang motosikal dipercayai tidak mematuhi lampu isyarat membawa padah apabila dia gagal mengelak lalu merempuh sebuah kereta yang sedang menghala ke Klang Jaya di persimpangan lampu isyarat Persiaran Batu Nilam, di sini awal pagi semalam.

kereta remuk
Berikutan kejadian kira-kira jam 3.15 pagi, mangsa dikenali R S Rajendran, 52, yang mengalami kecederaan parah di kepala, dada dan betis kiri meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Trafik merangkap Ketua Bahagian Ketenteraman Awam Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan, Deputi Superintenden Rosly Abd Rahman berkata, kejadian berlaku apabila mangsa yang datang dari arah Jalan Banting menghala Klang dipercayai
meneruskan perjalanan tanpa memberhentikan motosikalnya sebaik tiba di persimpangan lampu isyarat.

“Dalam masa yang sama, sebuah kereta Perodua Myvi yang dipandu seorang lelaki Cina dari arah Persiaran Batu Nilam menuju Jalan Serunai meneruskan perjalanan sebaik lampu isyaratnya bertukar hijau.

“Bagaimanapun pemandu itu mendakwa, motosikal mangsa merempuh bahagian kanan kenderaannya sebelum mangsa tercampak ke jalan raya dan meninggal dunia,” katanya.

Berikutan rempuhan itu, beliau berkata, bahagian kanan kenderaan lelaki itu remuk bagaimanapun dia tidak mengalami sebarang kecederaan.

Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Bilik Mayat, Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk bedah siasat.

Katanya, pemandu kereta Perodua Myvi sudah membuat laporan Polis dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) APJ 1987. - SinarHarian

Siti Nurhaliza Terima Anugerah Seri Perak, Aaron Aziz Artis Paling Popular ABPBH2011


Aaron Aziz dipilih sebagai Bintang Paling Popular apabila mengungguli hadiah tertinggi pada majlis tersebut dengan undian sebanyak 87,669 undi.
GENTING HIGHLANDS: Penyanyi tersohor negara, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin mencipta sejarah apabila menerima Anugerah Seri Perak, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH 2011) bersempena dengan sambutan kali ke-25 acara itu.
Siti yang sebelum ini pernah merangkul anugerah Bintang Paling Popular sebanyak tujuh kali menewaskan nama besar lain seperti Datuk M Nasir, Datin Sofea Jane, Ziana Zain, Eman Manan, Nabil (Raja Lawak) dan Shahiezy Sam.
Manakala pelakon Aaron Aziz dipilih sebagai Bintang Paling Popular apabila mengungguli hadiah tertinggi pada majlis tersebut dengan undian sebanyak 87,669 undi.
Aaron turut menerima trofi Pelakon Lelaki Filem Popular pada malam itu.
Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat diberikan kepada ratu jazz negara, Datuk Sheila Majid sebagai mengiktiraf sumbangan dan jasanya dalam bidang muzik selama hampir 30 tahun.
Majlis gilang-gemilang lebih dua jam setengah itu disiarkan secara langsung menerusi TV3, stesen radio Hot FM pada malam Ahad.
Dalam pada itu, Maya Karin mencipta kemenangan dalam kategori Pelakon Filem Wanita Popular, sementara Hafiz menepati ramalan apabila menggondol gelaran Penyanyi Lelaki Popular.
Kategori Artis Berkumpulan/Duo Popular dimenangi 3 Suara yang dianggotai oleh Shila Amzah, Jaclyn Victor dan Ning Baizura manakala Penyanyi Wanita Popular dirangkul oleh Yuna buat dua tahun berturut-turut.
Pelakon TV Lelaki Popular dan Pelakon TV Wanita Popular, masing-masing dimenangi Fizz Fairuz dan Fasha Sandha.
Hero drama Juvana, Johan As'ari memenangi Artis Baru Lelaki Popular, manakala, Tasha Shila meraih gelaran Artis Baru Wanita Popular.
Pelakon drama dan pengacara, Didie Alias pula merangkul Artis Komedi Wanita Popular, manakala memenangi Artis Komedi Lelaki Popular adalah Johan (Raja Lawak).
Kategori Penyampai Radio Lelaki Popular dan Penyampai Radio Wanita Popular, masing-masing dimenangi Faizal Ismail dan Fara Fauzana dari stesen Hot FM.
Fara juga berjaya mengekalkan kemenangannya sebagai Pengacara TV Wanita Popular.
Pelakon dan pelawak, Zizan Razak mencipta sejarah apabila berjaya menewaskan Aznil Nawawi dalam kategori Pengacara TV Lelaki Popular yang disandangnya sembilan tahun berturut-turut.
Acara gilang gemilang itu diacarakan oleh empat pengacara iaitu Zizan, Raja Azura, Sharifah Shahira dan Didie Alias.
Majlis turut diserikan dengan pelbagai persembahan daripada artis seperti Black, Amy Search, Siti, Stacy, Anuar Zain dan sebagainya.
ABPBH 2010 ialah edisi ke-25 anjuran Berita Harian adalah acara pengiktirafan berdasarkan undian peminat menerusi borang disiarkan akhbar ini dan SMS untuk artis dan selebriti tanah air dalam bidang perfileman, muzik dan penyiaran.
Edisi kali ini ditaja oleh Lux sebagai penaja utama. - mStarOnline

Klik klu suka

Related Posts with Thumbnails

Iklan Semanis Madu