adv

Pengikut Cun N Macho

HBeat

Friday, April 13, 2012

Banjir terburuk landa Kampar


Banjir terburuk landa Kampar
Sebahagian mangsa banjir di penempatan banjir SM Kampar

KAMPAR - Di sebalik kebimbangan rakyat Malaysia dengan ancaman gempa bumi di Aceh dan kemung­kinan Tsunami berlaku, 1,145 penduduk dari enam kampung, dekat sini dikejutkan dengan kejadian banjir apabila air dari limpahan Sungai Kampar secara tiba-tiba naik hingga ke paras bumbung kediaman.
Kejadian yang berlaku seawal jam 4 pagi itu nyata mengejutkan ramai pihak yang menganggap ia banjir terburuk sejak 25 tahun lalu.
Hujan lebat selama empat jam sejak malam semalam itu nyata menjadi faktor utama menyebabkan paras air Sungai Kampar naik mendadak dalam masa beberapa minit sahaja menjadikan 254 keluarga panik untuk menyelamatkan diri masing-masing.
Antara kampung yang terlibat adalah Kampung Batu 20, Kampung Baru, Kuala Dipang, Kampung Malayan, Kampung Pasir dan Kampung Nyior.
Lebih 215 anggota pelbagai agensi terpaksa menggunakan 13 lori, enam van dan tujuh bot dalam operasi menyelamat mangsa banjir seawal jam 5 pagi ke Pusat Pemindahan Bencana di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kampar dan Dewan Pulau Bergading.
Turut kelihatan menghulurkan bantuan adalah Exco Kerajaan Negeri, Datuk Dr Mah Hang Soon; Adun Tualang Sekah, Nolee Ashilin Mohd Radzi dan Adun Malim Nawar, Keshvinder Singh.
Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir turut turun padang meninjau keadaan mangsa.
Hujan luar biasa
Kerajaan Negeri akan berusaha sedaya upaya untuk membantu semua mangsa banjir yang kehilangan tempat tinggal dalam kejadian berkenaan.
Zambry berkata, melalui Majlis Keselamatan Negeri (MKN) pihaknya akan menyalurkan bantuan sewajarnya kepada mangsa yang kini tinggal sehelai sepinggang.
Menurutnya, kejadian itu disebabkan keadaan hujan luar biasa selama lebih empat jam yang menyebabkan paras air Sungai Kampar melimpah lalu mengakibatkan banjir di sekitar kawasan berkenaan.
“Kampung terlibat adalah Kam­pung Batu 20, Kampung Baru, Kuala Dipang, Kampung Nyior, Kampung Malayan dan Kampung Pasir.
“Kesemua mereka ditempatkan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kampar dan Dewan Pulau Bergading,” katanya selepas melawat mangsa banjir di Pusat Pemindahan Bencana di SMK Kampar, semalam.
Beliau yang mempunyai program bersama penduduk di Tronoh dan Batu Gajah bergegas ke pusat berkenaan untuk bertemu mangsa banjir yang terlibat.
Zambry berkata, beliau tidak mengaitkan bencana ini dengan kejadian gempa bumi di Acheh, kelmarin sebaliknya mengarahkan Jabatan Peng­airan dan Saliran (JPS) bertindak segera membaiki ban yang pecah.
“Ban itu perlu dibaiki kerana ia membabitkan soal nyawa dan keselamatan penduduk di sini. Saya harap ketua-ketua jabatan dapat membuat keputusan bijak dan pemantauan berterusan akan dilakukan oleh MKN,” katanya.
Pada masa sama, kata Zambry, hujan itu juga telah menjejaskan beberapa kawasan di Ijok apabila lebih 300 keluarga terpaksa dipindahkan awal pagi semalam.
“Ia melibatkan Kampung Sungai Jernih seramai 215 rumah, Kampung Masjid (76) dan Kampung Sangkut (26).
“Kejadian itu juga menyebabkan sebuah rumah penduduk dihanyutkan oleh arus Sungai Jernih dan menghentam sebuah lagi rumah penduduk,” katanya. - SinarHarian

No comments:

Post a Comment

Klik klu suka

Related Posts with Thumbnails

Iklan Semanis Madu