adv

Pengikut Cun N Macho

HBeat

Wednesday, June 6, 2012

Pemuda nekad kejar dua peragut


SEREMBAN - Seorang pemuda nekad mengejar dua peragut yang cuba melarikan diri selepas merentap seutas rantai daripada seorang wanita dan berjaya menahan salah seorang suspek dalam kejadian berhampiran sebuah pusat beli-belah, di sini hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 12.20 tengah hari, Mohd Salehuddin Nazaruddin, 21, bersama bapa dan bapa saudaranya sedang melakukan kerja penyelenggaraan kabel Telekom, di Jalan Yamtuan, berhampiran pusat beli-belah itu.
Katanya tiba-tiba dia terdengar bunyi deruman motosikal yang kuat serta jeritan wanita, kira-kira 30 meter dari tempat dia melakukan kerja penyelenggaraan.
"Selepas mendengar wanita terbabit menjerit, tanpa berfikir panjang saya terus berlari ke arah mereka dan mengejar motosikal itu dan sempat merentap baju salah seorang suspek menyebabkan kedua-dua mereka terjatuh dari motosikal.
"Saya cuba pegang kedua-dua suspek sebelum berlaku pergelutan dan salah seorang daripada mereka berjaya melarikan diri ke arah seorang lagi rakan mereka yang lain yang menunggu dengan motosikal lain tidak jauh dari situ," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Katanya suspek yang berjaya dipegangnya pula cuba melarikan diri dan Mohd Salehuddin berkata dia terus mengejar lelaki itu dan berjaya menendang kaki suspek berusia lingkungan 20-an itu menyebabkannya terjatuh.
"Saya memang geram sangat bila dia dapat larikan diri. Jadi, saya pun terus mengejarnya dengan harapan orang ramai yang melihat kejadian itu dan membantu menahan suspek.
"Walaupun seorang sahaja suspek berjaya ditahan, tapi saya tetap berpuas hati kerana dapat membantu menangkap penjenayah, tapi agak kecewa dengan sikap orang ramai yang hanya menjadi pemerhati," katanya yang mengalami lebam di tangan akibat kejadian itu.
Wanita berusia 40-an yang menjadi mangsa dalam kejadian itu berjaya mendapatkan kembali rantainya selepas barang kemas itu terjatuh ketika pergelutan antara suspek dan Mohd Salehuddin.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban ACP Saiful Azly Kamaruddin ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kes itu.- Bernama

No comments:

Post a Comment

Klik klu suka

Related Posts with Thumbnails

Iklan Semanis Madu