adv

Pengikut Cun N Macho

HBeat

Thursday, July 5, 2012

Abang ugut bakar siber kafe adik kerana enggan beri RM10


Abang ugut bakar siber kafe adik kerana enggan beri RM10
Mohd Rosdi dipenjara 12 bulan mengaku salah mengugut adiknya di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, semalam.

KUALA TERENGGANU - “Kalau mung dok wi pitis, aku bakor kedai mung” dan “kalau mung tamboh mati, mung keluor dari kedai, aku nok bakar kedai”.


Demikian ugutan seorang abang yang mahu membakar kafe siber yang menjadi tempat adiknya bekerja, dalam satu kejadian ugut di Kampung Batu Hampar, Lorong Padang Paloh, Jalan Telemong, Manir, di sini, Jun lalu. ‘Si abang’  tergamak mengeluarkan kata-kata ugutan sebegitu setelah ‘naik hantu’ apabila adiknya enggan memberikan wang RM10 yang diminta sebelum itu.

Bagaimanapun, perbuatan biadap si abang, Mohd Rosdi Ibrahim, 34, menerima balasan setimpal setelah Mahkamah Majistret di sini, semalam, menjatuhkan hukuman penjara 12 bulan terhadapnya.

Majistret Rozianti Mohamed Hanaphi menjatuhkan hukuman itu selepas dia mengaku dengan sengaja telah merosakkan harta benda di dalam kedai serta mendatangkan kecederaan terhadap Mohd Ros Kamaruddin, 23, di Hazida  Cafe, Kampung Batu Hampar, Jalan Telemong, Manir, di sini, kira-kira jam 1.15 tengah hari, 20 Jun lalu.

Dengan itu dia yang bekerja sebagai pemandu jentera berat itu mengaku melakukan kesalahan di bawah Seksyen 503 Kanun Keseksaan kerana menakutkan secara jenayah dan boleh dihukum mengikut Seksyen 506 Kanun yang sama.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Asisten Superintendan Ngiam Ooi Ming manakala Mohd Rosdi tidak diwakili peguam.

Berdasarkan fakta kes, pada hari kejadian, Mohd Rosdi datang berjumpa adiknya yang bekerja sebagai pembantu kedai kafe siber di premis berkenaan dan meminta RM10 daripada mangsa.

Pada awalnya, mangsa memaklumkan kepada Mohd Rosdi yang tidak mempunyai wang tetapi disebabkan geram melihat Mohd Rosdi yang langsung tidak berganjak dari situ, mangsa menyuruh rakannya mengambil RM5 daripada kaunter lalu menyerahkan wang itu kepadanya.

Bagaimanapun, tertuduh enggan mengambil wang berkenaan sebaliknya masuk ke dalam premis sebelum mengamuk dengan menendang komputer selain menyerang adiknya dengan mencekik leher mangsa.

Dalam masa sama, dia turut mengugut mahu membakar kedai berkenaan jika adiknya tidak memberikan wang seperti mana yang diminta dan disebabkan ketakutan, mangsa terpaksa memberikan RM10 kepadanya.

Susulan kejadian, mangsa mengambil keputusan membuat laporan polis sebelum tertuduh yang turut memiliki rekod jenayah lampau ditahan di kediaman mereka kira-kira jam 8.20 pagi, 25 Jun lalu. - SinarHarian

1 comment:

Klik klu suka

Related Posts with Thumbnails

Iklan Semanis Madu