adv

Pengikut Cun N Macho

HBeat

Thursday, September 20, 2012

Cinta Yuna Dan Qi Razali Putus


Yuna
PETALING JAYA: Hubungan cinta Yunalis Zarai atau Yuna dengan Qi Razali terjawab apabila penyanyi terkenal itu mengaku dirinya kini solo.
Menurut laporan Berita Harian, Yuna mendedahkan keputusan membawa haluan masing-masing dibuat atas dasar bersama, namun dia dan Qi atau nama sebenarnya Qushairi Razali masih berkawan baik.
“Yes, single but not available. Kalau ada jodoh tidak ke mana dan perhubungan bukan satu pilihan.
Kami mengambil keputusan bersama untuk menumpukan perhatian kepada kerjaya, tetapi masih mengambil berat sebagai kawan baik.
“Tiada komitmen dan bebas untuk melakukan apa saja. Dia bebas untuk melakukan apa saja termasuk menjalin hubungan dengan wanita lain,” katanya pada sidang akhbar mengumumkan Konsert Yuna Homecoming di Kuala Lumpur, semalam.
Menafikan campur tangan pihak ketiga menjadi faktor kasih berakhir, Yuna menjelaskan, mereka mahu fokus kepada kerjaya seni, selain faktor jarak dan masa.
Merasakan faktor jarak dan masa menyulitkan hubungan mereka, Yuna mahu menumpukan kepada kerjaya seninya yang makin meningkat, selain tanggungjawab kepada keluarga.
Bagaimanapun penyanyi itu mengakui dia masih lagi bertemu Qi dan menganggap hubungan baik dengan pengacara Art Attack itu tidak harus berakhir walaupun tanpa ikatan cinta.
“Saya nak peminat doakan yang terbaik untuk kami. Kami tidak boleh menggembirakan orang dengan perkahwinan, kalau bukan itu yang kami mahukan. Kami hormati keputusan masing-masing, tetapi masih berjumpa. Tiga hari lalu kami keluar bersama dengan keluarga saya.
“Saya tahu dia bekerja keras untuk membina kerjayanya. Qi juga tahu saya sedang berusaha keras dalam bidang ini. Saya sentiasa sibuk, jadi kita rest dulu daripada perhubungan ini dan fokus kepada kerjaya masing-masing,” katanya.
Mengulas mengenai konsertnya, Yuna berkata, ia cukup istimewa kerana dibuat atas idea sendiri.
“Kebetulan November ini saya pulang ke Malaysia untuk memperbaharui visa persembahan.Jadi, dalam tempoh sebulan bercuti itu lebih baik diisi dengan konsert yang sudah lama dirancang. Ia juga akan diadakan di lokasi lain, tetapi bergantung kepada faktor masa,” katanya.
Dia dijangka menyampaikan 20 lagu termasuk daripada album Yuna terbitan AS.
Menyorot kejayaan dalam tempoh 10 bulan lalu,Yuna berbangga apabila sebuah lagu daripada album itu dijadikan muzik latar program realiti berjudul Hollywood Exes. - mStarOnline

No comments:

Post a Comment

Klik klu suka

Related Posts with Thumbnails

Iklan Semanis Madu