adv

Pengikut Cun N Macho

HBeat

Tuesday, September 25, 2012

Lelaki berseluar dalam dibelasah

Lelaki berseluar dalam dibelasah
Lelaki terbabit cedera dikepala dan dibawa polis ke PPUM untuk rawatan lanjut.

PETALING JAYA – Gara-gara membuat kacau, seorang lelaki dibelasah selepas enggan beredar dari kawasan perumahan   di Damansara Jaya, malam kelmarin.

Lelaki yang hanya memakai seluar dalam itu pada mulanya mahu meminta makanan dari salah sebuah rumah namun dia tidak mahu beredar dan menyebabkan suasana menjadi kecoh.

Kejadian jam 10 malam yang berlaku di Jalan SS 22/39 itu bermula apabila lelaki berusia dalam lingkungan 30an terbabit  berdegil dan terus meminta makanan dari satu rumah ke satu rumah yang lain meskipun ditegah dari berbuat demikian.

Sumber polis berkata, penduduk yang berang kemudiannya bertindak membelasahnya sebelum polis tiba.

“Pemeriksaan mendapati lelaki itu tiada sebarang dokumen pengenalan diri dan apabila ditanya, jawapannya berubah-ubah serta memberitahu berasal dari Indonesia,” katanya.

Lelaki itu yang cedera di bahagian kepala dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM)  untuk rawatan lanjut. - SinarHarian

1 comment:

  1. La hai...kesiannya....kok ya ngeri pun tengok dia berseluar dalam, xyah lah belasah...minta makanan je pun...apa salah bagi aje la...

    Kita ni manusia yg punya akal jgn sampai hilang pertimbangan....sedangkan haiwan pun kita bagi makan....inikan pula manusia. Tak kisah la dia dari negara mana pun...sakit mental pula tu...xda nasi bagi biskut...klu xnak bersedekah, tutup aje la pintu panggil polis....ni dah belasah org setengah mati baru nak panggil polis.....

    ReplyDelete

Klik klu suka

Related Posts with Thumbnails

Iklan Semanis Madu