adv

Pengikut Cun N Macho

HBeat

Saturday, January 5, 2013

Lima das tembakan jarak dekat


pix_middle
PETALING JAYA: Baru dua hari sampai dari kampung, seorang lelaki menemui ajal selepas ditembak dari jarak dekat ketika sedang menaiki motosikal berdekatan kediaman saudaranya di Gugusan Dahlia, di Kota Damansara di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu, mangsa berusia 44 tahun dikatakan hendak pulang ke rumah saudaranya dengan menaiki motosikal milik sebuah syarikat keselamatan dekat sini sebelum di tembak oleh suspek yang dipercayai menaiki sebuah kereta berwarna gelap.

Menurut saksi di tempat kejadian yang enggan dikenali, ketika kejadian mangsa sedang menunggang motosikal seorang diri sebelum dipintas sebuah kereta yang kemudiannya berpatah balik.

"Saya terdengar beberapa bunyi letupan sebelum terlihat mangsa sudah rebah manakala kenderaan berkenaan terus memecut laju.

"Sekurang-kurangnya lima das tembakan dilepaskan suspek," katanya kepada wartawan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, mangsa yang baru dua tiga hari tiba dari Kedah menumpang di rumah saudaranya di kawasan berkenaan dengan tujuan mencari kerja.

"Kita percaya suspek melepaskan beberapa das tembakan ke arah mangsa dan dua daripadanya kena tepat di dada manakala satu lagi mengenai tangan kanan mangsa.

"Hasil pemeriksaan awal, polis menemui kelongsong peluru 9 mm di tempat kejadian dan mayat mangsa di bawa ke Hospital Sungai Buloh (HSB) untuk bedah siasat," katanya. Arjunaidi berkata, kes pembunuhan itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.  - myMetro

No comments:

Post a Comment

Klik klu suka

Related Posts with Thumbnails

Iklan Semanis Madu