adv

Pengikut Cun N Macho

HBeat

Tuesday, January 8, 2013

Perokok Tidak Dilantik Anggota PBT Kelantan - Nik Aziz



KOTA BAHARU: Kerajaan Kelantan tidak akan melantik individu yang merokok bagi mengisi jawatan anggota majlis daerah atau pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini.
Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata langkah itu sebagai salah satu usaha mendisiplinkan pemimpin dalam sesebuah agensi kerajaan negeri di bawah pentadbirannya.
"Sebagaimana parti (PAS) sebelum ini tidak memilih calon mereka yang merokok, kita (kerajaan negeri) juga tidak akan pilih ahli majlis daerah atau anggota PBT yang merokok," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penyerahan watikah pelantikan anggota PBT dari seluruh negeri ini di sini, Selasa.
"Bagi saya tidak pilih mana-mana ahli majlis daerah yang merokok sebagaimana juga calon pilihan raya,...lainlah kalau saya tak tahu," katanya.
Nik Abdul Aziz dalam ucapannya sebelum itu menegur sesetengah penyokong dan pemimpin Pas yang menghisap rokok di khalayak umum sambil memakai ketayap (kopiah) dan berimejkan orang Islam.
"Mereka ini seolah-olah berlagak seperti seseorang yang mempunyai pistol menunjuk-nunjukkan kepada khalayak umum walaupun mempunyai lesen," katanya. - BERNAMA

1 comment:

  1. Aku suka....aku suka....bukankah rokok itu haram.....kenapa lah nak rosakkan diri sendiri.

    ReplyDelete

Klik klu suka

Related Posts with Thumbnails

Iklan Semanis Madu