adv

Pengikut Cun N Macho

HBeat

Sunday, June 30, 2013

'Saya ada ramai teman lelaki'

'Saya ada ramai teman lelaki'
Antara dua remaja perempuan yang ditahan dalam sekatan jalan raya, awal pagi kelmarin.
KULIM - Salah seorang remaja bawah umur ditahan semasa operasi cegah kegiatan lumba haram, awal pagi kelmarin mengaku sering melakukan hubungan seks sejak berusia 15 tahun dan sehingga hari ini telah melakukan perbuatan itu bersama lebih 10 teman lelakinya.

Menurutnya dia melakukan hubungan seks kerana suka dilayan oleh teman lelaki dan berbangga kerana memiliki ramai kekasih.

“Dia (teman lelaki) janji nak kahwin dengan saya, sebaliknya saya ditinggalkan kerana dia memiliki teman wanita lain. Sejak hari itu ramai lelaki yang berjanji akan menjadikan saya isteri mereka bagaimanapun semuanya tipu.

"Sekarang ini saya mempunyai ramai teman lelaki dan sudah banyak kali melakukan hubungan seks,” katanya yang membuat pengakuan berkenaan kepada Sinar Harian.

Dia antara dua remaja perempuan bawah umur yang ditahan dalam sekatan di Jalan Kilang Lama semasa operasi oleh Cawangan Pencegahan Jenayah Balai Polis Kulim.

Ketika ditahan, dia bersama seorang lagi remaja perempuan berusia 16 tahun, menjadi pembonceng motosikal yang dibawa teman lelaki masing-masing.

Teman lelaki mereka bagaimanapun dibebaskan setelah didapati memiliki dokumen seperti lesen dan kad pengenalan diri yang lengkap.  

Difahamkan, bagi mana-mana remaja perempuan ditahan kerana berpelesiran selepas tengah malam, polis boleh mengarahkan ibu bapa mereka datang ke balai untuk mengambil mereka pulang ke rumah.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, tindakan itu antara cara pencegahan dilakukan polis untuk memastikan remaja perempuan tidak terlibat dalam sebarang kegiatan berunsur jenayah atau menjadi mangsa rogol.

Menurutnya, sehingga kini remaja bawah umur terutama pelajar sekolah merupakan golongan paling ramai terlibat dalam kes rogol.

Katanya, walaupun perlakuan seks atas kerelaan mangsa atau suka sama suka, ia masih dianggap rogol jika mangsa bawah umur.

“Ada kalangan mangsa menyatakan mereka sanggup lakukan hubungan seks setelah kekasih mereka itu yang berjanji akan berkahwin dengan mereka. Bagaimanapun janji hanya tinggal janji apabila hubungan cinta itu tidak kesampaian.

"Selain itu remaja hari ini terlalu ghairah melakukan hubungan seks setelah melihat adegan lucah yang terdapat dalam talefon bimbit atau melalui Internet. Semua ini merangsang mereka untuk mencuba," katanya.

Terdahulu menurutnya, dari pengakuan dibuat, 95 peratus kalangan remaja perempuan bawah umur ditahan polis mengaku pernah melakukan hubungan seks bersama teman lelaki atau kekasih masing-masing.

Beliau turut menasihatkan remaja perempuan bawah umur terutama kepada teman lelaki mereka supaya jangan sesekali melakukan hubungan seks dengan mana-mana gadis bawah umur. 

Menurutnya, sekiranya ada mana-mana pihak membuat laporan polis, kes itu akan di siasat bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol dan jika sabit kesalahan suspek boleh dihukum dengan sebatan dan penjara dengan tempoh yang lama. - Sinar Harian

Piya: Hadiah untuk rakyat Kelantan

Piya: Hadiah untuk rakyat Kelantan


PEMAIN terbaik perlawanan akhir Piala FA 2013, Mohd Badhri Radzi menyifatkan kejayaan menewaskan Johor Darul Takzim (JDT) di Bukit Jalil malam tadi sebagai hadiah buat penyokong Kelantan.

Mohd Badhri atau mesra dengan panggilan Piya berkata, The Red Warriors sentiasa menghargai sokongan padu penyokong yang sanggup membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil.


Katanya, sorakkan penyokong berjaya menaikkan semangat pemain untuk menampilkan aksi terbaik."Sudah tentu saya gembira apabila dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan. 


Namun, pujian harus diberikan kepada semua pemain."Kita bermain sebagai satu pasukan. Kejayaan ini hadiah untuk rakyat Kelantan," katanya.


Pada masa sama, Piya mahu rakan sepasukannya segera melupakan kejayaan malam tadi untuk kembali fokus pada saingan Liga Super.


"Kita ada baki dua lagi perlawanan Liga Super. Ia sangat penting untuk baiki kedudukan dan harap semua pemain bersedia," katanya. - SinarHarian

Monday, June 10, 2013

Latifah Omar Beli Kain Kafan Persediaan Meninggal Dunia

Allahyarham Latifah Omar telah dikebumikan di tanah perkuburan Islam As-Sobirin, AU4, Lembah Keramat pada tengah hari Isnin. Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Allahyarham seniwati Latifah Omar atau nama sebenarnya Fatimah Omar, 74, telah membeli kain kafan serta menyediakan sejumlah wang sebagai persediaan untuk urusan pengebumiannya jika beliau meninggal dunia.
Perkara itu didedahkan oleh rakan baik Allahyarham iaitu pelakon veteran Mariani Ismail, 80, yang merupakan teman baik Allahyarham.
Mariani berkata, Allahyarham telah memberitahunya mengenai hal itu kerana tidak mahu menyusahkan sesiapa sekiranya beliau meninggal dunia.
"Allahyarham ada maklumkan kepada saya yang dia sudah menyediakan kelengkapan seperti kain kapan dan sejumlah wang agar urusan mengebumikannya dapat dilakukan apabila dia meninggal dunia nanti.
“Perkara itu dilakukan Allahyarham ketika dia sakit selain merasakan usianya juga sudah tidak panjang. Allahyarham juga dia sudah bersedia untuk 'pergi' kerana dia tidak tahan dengan pelbagai suntikan dan pembedahan yang perlu dibuat.
Latifah Omar ketika zaman mudanya.
"Saya pun tak sanggup melihatnya keluar masuk hospital pada ketika itu," katanya kepadamStar Online ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam As-Sobirin, AU4, Keramat di sini pada Isnin.
Allahyarham meninggal dunia di Pusat Rawatan Rapi (ICU), Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) pada pukul 6.19 petang Ahad akibat komplikasi pelbagai penyakit termasuk usus.
Terdahulu jenazah selamat disembahyangkan di Masjid Al-Khairiah AU3, Taman Keramat di sini.
Tambah Mariani, kenangan menetap serumah dengan Allahyarham bersama-sama Allahyarham seniwati Saloma di studio Jalan Ampas, Singapura, suatu ketika dahulu antara detik yang tidak boleh dilupakan kerana mereka bertiga digelar di gelar The Three Naughty Lady of Kim Kat Lane kerana gemar berjalan-jalan di luar kawasan studio.
"Ketika menjadi pelakon di Jalan Studio Ampas dahulu, kami tidak dibenarkan keluar dari kawasan studio, tetapi saya, Latifah dan Saloma degil. Kami tetap mahu keluar nak berjalan-jalan.
"Sehinggakan orang di sekitar studio itu memanggil kami gelaran itu. Allahyarham juga seorang yang cukup jelita sehingga membuatkan lelaki-lelaki di luar sana mudah 'cair'," selorohnya.
Sementara itu, Datin Rosnani Jamil atau Mak Nani yang juga teman seangkatan Allahyarham berkata, Latifah seorang yang kuat semangat dalam melawan penyakitnya.
"Dari dahulu sehinggalah sekarang, kami melalui hidup susah senang bersama. Dalam keadaan dia bersemangat mahu melawan penyakitnya itu, dia juga sudah bersedia untuk 'pergi' pada bila-bila masa.
"Kata Allahyarham dia sudah tidak larat untuk keluar masuk hospital apabila melihat keadaannya makin teruk.
"Apa-Apa pun, bagi saya, Allahyarham seorang manusia yang cukup sempurna di mana dia memiliki sifat-sifat kebaikan dalam diri," ujar Mak Nani.
Datin Umi Kalthum pula menyifatkan pemergian Latifah adalah satu kehilangan yang besar buat industri filem tempatan kerana bakat lakonannya yang cukup mengagumkan.
Katanya, pemergian Allahyarham membuatkan dia terkenang kembali detik cemasnya bersama Latifah ketika menghadiri sebuah festival filem di Taiping, Perak di mana ketika itu mereka terlibat dalam kemalangan kereta api.
"Masa itu kami saling berpelukan kerana risau akan 'pergi' pada bila-bila masa sahaja," katanya.
Latifah yang sering digandingkan dengan Nordin Ahmad membintangi sebanyak 23 filem antaranya Bawang Putih Bawang Merah, Jebat, Jalak Lenteng, Laila Majnun, Putus Sudah Kasih Sayang, Gurindam Jiwa, Che Mamat Parang Tumpul dan terakhir Hati Batu pada 1973.
Antara rakan artis yang turut menziarahi Allahyarham ialah Datuk Aziz Sattar, Datuk Maria Menado, Dayang Sulu, Melissa Saila, Datuk Sarimah Ahmad, Azlina Aziz dan Datuk D.J Dave.
Allahyarham yang terkenal dengan tahi lalat manis di pipi meninggalkan empat orang anak termasuk seorang anak angkat hasil daripada tiga perkahwinan.
Anak sulung beliau, Affendi Rahmat, 55, merupakan pensyarah dalam bidang seni dan penyiaran di Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi), Tanjung Malim, Perak.
Allahyarham juga mempunyai sembilan orang cucu. - mStarOnline

Sunday, June 9, 2013

Kepala pecah jatuh tingkat 18

Wanita maut jatuh tingkat 18 pangsapuri
Pangsapuri dimana mayat Leng Leng ditemui jatuh.
PUCHONG – Tragis apabila seorang wanita ditemui maut dengan keadaan kepalanya pecah dan otak terburai dipercayai terjatuh dari tingkat 18 Apartment Atmosfera, di sini, pagi semalam.

Mayat mangsa, Yew Leng Leng, 23 ditemui terbaring di tingkat bawah pangsapuri berkenaan, kira-kira jam 7.40 pagi oleh seorang pengawal keselamatan.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Abd Razak Elias berkata, siasatan awal mendapati mangsa terjatuh dari ruang rehat beranda, pangsapuri berkenaan.

"Mayatnya ditemui bersama serangkai kunci dipercayai kunci rumah yang didiaminya bersama teman lelaki di pangsapuri sama.

"Pemeriksaan mendapati perut mangsa pecah, terdapat luka di belakang badan selain lebam di kaki dan leher dipercayai akibat terjatuh dari tingkat tinggi itu," katanya.

Menurutnya, mangsa dipercayai tinggal di tingkat tiga pangsapuri berkenaan sejak enam bulan lalu.

"Kejadian dipercayai berlaku antara jam 7 pagi hingga sebelum mayat mangsa yang memakai kemeja T hitam ditemui tertiarap atas jalan.

“Tiada siapa yang melihat kejadian itu (mangsa terjatuh) sehinggalah dia ditemui terbaring di atas jalan dan sudah tidak bernyawa,” katanya.

Abd Razak berkata, sehingga kini punca kematian masih belum diketahui dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

“Polis forensik dikejarkan ke tempat kejadian dan siasatan menyeluruh masih dijalankan.

"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat,” katanya. SinarHarian

Latifah Omar meninggal dunia

Latifah Omar


SENIWATI Latifah Omar dilaporkan meninggal dunia di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), petang tadi.

Allahyarham sebelum ini dilaporkan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) HUKM setelah menjalani pembedahan akibat penyakit ulser.

Pelakon veteran yang berusia 74 tahun itu dimasukkan ke wad setelah mengadu sakit perut dan mengalami muntah-muntah pada Khamis lalu sebelum dibawa ke hospital. - SinarHarian

Majlis Resepsi Beego & Linda Hashim Meriah

Beego dan Linda diarak masuk ke pelamin persandingan mereka di Finas.
KUALA LUMPUR: Selepas selamat dinikahkan pada Jumaat lalu, pelakon Mohd Aszerul Nizam Abdullah atau Beego dan isterinya, Norhazlinda Hashim atau Linda mengadakan majlis persandingan mereka dalam suasana yang cukup meriah di Dataran Karyawan Finas di sini malam Sabtu.
Majlis yang dihadiri kira-kira 1,000 tetamu itu terdiri daripada ahli keluarga, sanak saudara kedua-dua belah pihak, kenalan artis dan rakan media.
Bertemakan konsep dalam taman, Linda kelihatan ayu dengan busana kebaya moden berwarna ungu rekaan Erins N Erinas Sequins manakala Beego segak dengan baju Melayu warna sedondon juga rekaan pereka sama.
Majlis yang dihadiri kira-kira 1,000 tetamu itu terdiri daripada ahli keluarga, sanak saudara kedua-dua belah pihak, kenalan artis dan rakan media.
Suasana di Dataran Karyawan itu juga yang dihias indah tampak sederhana tetapi cukup elegan.
Acara yang bermula pada pukul 9 malam dengan ketibaan pengantin perempuan diiringi pula dengan pengantin lelaki.
Acara pada malam itu turut diserikan dengan persembahan beberapa buah lagu daripada penyanyi terkenal Indonesia, Endang S. Taurina.
Antara selebriti yang kelihatan pada majlis tersebut adalah Zed Zaidi, Que Haidar, Rozie Othman, Hamidah Hamid dan Fadilah Mansor.
Beego, 33, sah bergelar suami kepada Linda, 29, hanya dengan sekali lafaz dalam majlis pernikahan yang diadakan di Masjid Usaimah Bin Zain, Wangsa Maju, di sini, Jumaat malam lalu.
Pasangan itu dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk Wilayah Persekutuan, Mohd Nizam Wahab disaksikan oleh bapa pengantin perempuan, Hashim Yusof pada kira-kira pukul 9.25 malam.
Beego dan Linda di majlis resepsi mereka.
Ini merupakan perkahwinan kedua Beego manakala yang pertama untuk Linda.
Beego sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama Intan Shahira Mohd Shahru pada 28 Disember 2007 dan bercerai pada 16 Mac 2009.
Mereka mula menjalinkan hubungan cinta sejak dua tahun lalu dan mengikat tali pertunangan pada 3 November 2012. - mStarOnline

Klik klu suka

Related Posts with Thumbnails

Iklan Semanis Madu