adv

Pengikut Cun N Macho

HBeat

Monday, June 10, 2013

Latifah Omar Beli Kain Kafan Persediaan Meninggal Dunia

Allahyarham Latifah Omar telah dikebumikan di tanah perkuburan Islam As-Sobirin, AU4, Lembah Keramat pada tengah hari Isnin. Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Allahyarham seniwati Latifah Omar atau nama sebenarnya Fatimah Omar, 74, telah membeli kain kafan serta menyediakan sejumlah wang sebagai persediaan untuk urusan pengebumiannya jika beliau meninggal dunia.
Perkara itu didedahkan oleh rakan baik Allahyarham iaitu pelakon veteran Mariani Ismail, 80, yang merupakan teman baik Allahyarham.
Mariani berkata, Allahyarham telah memberitahunya mengenai hal itu kerana tidak mahu menyusahkan sesiapa sekiranya beliau meninggal dunia.
"Allahyarham ada maklumkan kepada saya yang dia sudah menyediakan kelengkapan seperti kain kapan dan sejumlah wang agar urusan mengebumikannya dapat dilakukan apabila dia meninggal dunia nanti.
“Perkara itu dilakukan Allahyarham ketika dia sakit selain merasakan usianya juga sudah tidak panjang. Allahyarham juga dia sudah bersedia untuk 'pergi' kerana dia tidak tahan dengan pelbagai suntikan dan pembedahan yang perlu dibuat.
Latifah Omar ketika zaman mudanya.
"Saya pun tak sanggup melihatnya keluar masuk hospital pada ketika itu," katanya kepadamStar Online ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam As-Sobirin, AU4, Keramat di sini pada Isnin.
Allahyarham meninggal dunia di Pusat Rawatan Rapi (ICU), Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) pada pukul 6.19 petang Ahad akibat komplikasi pelbagai penyakit termasuk usus.
Terdahulu jenazah selamat disembahyangkan di Masjid Al-Khairiah AU3, Taman Keramat di sini.
Tambah Mariani, kenangan menetap serumah dengan Allahyarham bersama-sama Allahyarham seniwati Saloma di studio Jalan Ampas, Singapura, suatu ketika dahulu antara detik yang tidak boleh dilupakan kerana mereka bertiga digelar di gelar The Three Naughty Lady of Kim Kat Lane kerana gemar berjalan-jalan di luar kawasan studio.
"Ketika menjadi pelakon di Jalan Studio Ampas dahulu, kami tidak dibenarkan keluar dari kawasan studio, tetapi saya, Latifah dan Saloma degil. Kami tetap mahu keluar nak berjalan-jalan.
"Sehinggakan orang di sekitar studio itu memanggil kami gelaran itu. Allahyarham juga seorang yang cukup jelita sehingga membuatkan lelaki-lelaki di luar sana mudah 'cair'," selorohnya.
Sementara itu, Datin Rosnani Jamil atau Mak Nani yang juga teman seangkatan Allahyarham berkata, Latifah seorang yang kuat semangat dalam melawan penyakitnya.
"Dari dahulu sehinggalah sekarang, kami melalui hidup susah senang bersama. Dalam keadaan dia bersemangat mahu melawan penyakitnya itu, dia juga sudah bersedia untuk 'pergi' pada bila-bila masa.
"Kata Allahyarham dia sudah tidak larat untuk keluar masuk hospital apabila melihat keadaannya makin teruk.
"Apa-Apa pun, bagi saya, Allahyarham seorang manusia yang cukup sempurna di mana dia memiliki sifat-sifat kebaikan dalam diri," ujar Mak Nani.
Datin Umi Kalthum pula menyifatkan pemergian Latifah adalah satu kehilangan yang besar buat industri filem tempatan kerana bakat lakonannya yang cukup mengagumkan.
Katanya, pemergian Allahyarham membuatkan dia terkenang kembali detik cemasnya bersama Latifah ketika menghadiri sebuah festival filem di Taiping, Perak di mana ketika itu mereka terlibat dalam kemalangan kereta api.
"Masa itu kami saling berpelukan kerana risau akan 'pergi' pada bila-bila masa sahaja," katanya.
Latifah yang sering digandingkan dengan Nordin Ahmad membintangi sebanyak 23 filem antaranya Bawang Putih Bawang Merah, Jebat, Jalak Lenteng, Laila Majnun, Putus Sudah Kasih Sayang, Gurindam Jiwa, Che Mamat Parang Tumpul dan terakhir Hati Batu pada 1973.
Antara rakan artis yang turut menziarahi Allahyarham ialah Datuk Aziz Sattar, Datuk Maria Menado, Dayang Sulu, Melissa Saila, Datuk Sarimah Ahmad, Azlina Aziz dan Datuk D.J Dave.
Allahyarham yang terkenal dengan tahi lalat manis di pipi meninggalkan empat orang anak termasuk seorang anak angkat hasil daripada tiga perkahwinan.
Anak sulung beliau, Affendi Rahmat, 55, merupakan pensyarah dalam bidang seni dan penyiaran di Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi), Tanjung Malim, Perak.
Allahyarham juga mempunyai sembilan orang cucu. - mStarOnline

No comments:

Post a Comment

Klik klu suka

Related Posts with Thumbnails

Iklan Semanis Madu