adv

Pengikut Cun N Macho

HBeat

Friday, July 12, 2013

Marhaban Ya Ramadhan


Alhamdulillah! bersua kembali akak bersama bulan yang penuh baraqoh ini. Syukur kepada Allah swt kerana masih memberi peluang untuk akak menghayati dan mengimarahkan bulan Ramadhan ini dengan sebaik-baiknya.

Tahun ini untuk pertama kali, akak berpeluang menyertai iftar di masjid kerana tahun ini akak berpuasa sendirian, suami outstation dan anak-anak di asrama. Dapatlah rasa berbuka puasa secara sederhana bersama jemaah lain sebelum mendirikan solat maghrib. Tapi kalau ikut keselesaan, akak lebih suka berbuka di rumah kerana akak selalunya berbuka dengan kurma dan air seterusnya menyegerakan solat maghrib. Dah selesai hutang dengan YG ESA barulah selesa nak menghadap hidangan lain.

Dan tahun ini juga akak berpeluang mengikuti kumpulan tadarus di dua kawasan yang berlainan. Alhamdulillah! sudah 3 malam akak berpeluang menyertai ibadah ini.....semuga Allah swt dapat memberi akak kekuatan mental dan fizikal untuk meneruskannya hingga khatam.

Dan hari ini, barulah anak-anak akak ada bersama untuk berbuka puasa...mereka baru balik dari asrama masing-masing. Pening juga nak memikirkan menu untuk mereka, tapi yang pasti mestilah masakan kegemaran mereka yang akak akan hidangkan. 

Manakala suami dan angah akan balik esok....itu esok punya ceritala.....

Ok....ke dapur kita....SELAMAT BERPUASA UNTUK SEMUA MUSLIMIN & MUSLIMAT SEKALIAN : "SEMOGA RAMADHAN KALI INI LEBIH BAIK DARI YANG LEPAS".

SELAMAT BERAMAL........

Saturday, July 6, 2013

Kesian dia.......

Pagi ni akak selamatkan 2 ekor anak arnab yang terdampar dalam longkang besar depan rumah.....Astaghfirullah.....siapa punya arnab la ni......dan Alhamdulillah, malam tadi ataupun pagi tadi tak hujan.....kalau tak, hmmmm dah jadi arwah la arnab2 ni......

Tapi akak berhajat nak bagi orang la arnab2 ni....sebab akak tak pandai dan tak punya masa untuk membela si comel ini....

Jadi pada sahabat2 yang berada di sekitar Tampin yang berminat dan sayang pada binatang khususnya pada si arnab2 ini, anda boleh la berhubung dengan akak ya......

Tuesday, July 2, 2013

Majlis Penangguhan Kelas Tajwid & Talaqi Al-Quran

Foto-foto yang sempat akak ambil masa majlis yang serba santai ini di Masjid Jamek Tunku Besar Tampin pagi tadi. 

Ini adalah majlis penangguhan kelas tajwid plus talaqi di bawah kelolaan Pn Hjh Hasnah sempena Ramadhan menjelang tiba. Lepas Ramadhan, kita sambung balik ya......











Maaf! foto dari BB fon memang x cun.....blurr...semacam.......

Tips Kebahagiaan Anak dari Prof. Dr. Muhaya






Jom amalkan 10 tip dibawah ini bermula dari hari ini juga. Akak ambil dari Prof Dr Muhaya untuk di kongsi bersama.....mudah2an mendapat keberkatan dan rahmat dari yg Esa.

Sebenarnya diuji dalam nikmat ini amat memerlukan pertolongan Allah. Takut pula timbul sifat sombong, bangga diri, rasa hebat dan lain2. Hanya padaNya kita berserah setelah berdoa dan berusaha. Beberapa tip yang boleh kongsi bersama.


1. Kalau tiba-tiba teringatkan anak kirimkan bacaan Al Fatihah. Sampai ke ayat "iyyakanakbudu waiyyakanastain" - yang ertinya "Hanya kepada Mu kami sembah dan hanya padaMU pohon pertolongan..", mintalah apa-apa hajat masa itu yang ada hubung kait dengan anak yang kita ingat tu, habiskan bacaan surah Al Fatihah doakan semuga anak kita diberi kefahaman yang sebenarnya dalam urusan agamanya, memiliki ilmu yang bermanafaat Dan serahkan  urusan anak kepada Allah untuk menjaganya.

2. Pandang wajahnya semasa dia tidur ucapkan bahawa, ibu nak (nama anak) jadi anak yang soleh sayang!. Cubalah amalkan ( ustaz kata ini makna kita bercakap dengan rohnya ) Dan ucapan ini adalah DOA Dan Allah Maha mendengar lagi maha melihat.

3. Masa bangun solat malam, solatlah hajat disisinya. Maksudnya kita solat dalam bilik dia dan dekat dengan dia. Jika Kita selalu buat Dan Kita juga selalu beritahu dia yang kita sering doakan dia, dia akan rasa satu ikatan kasih sayang yang hakiki yang kita amat sayangkan dia dan nak dia jadi anak soleh. Dia akan tahu kita selalu solat hajat untuknya.

4. Minta dikasihani. Ucapkan setiap masa bahawa kita ni sedang menunggu panggilan Allah. Jika dia tak jadi anak soleh bermakna dia tak sayangkan kita dan tentunya kita akan merana di Alam Barzah nanti.

5. Peluklah anak selalu walaupun dia sudah besar, sebagaimana kita tatang dia masa kecilnya. Aura ciuman dan belaian ibu sambil bisikkan padanya yang kita bangga mempunyai anak sepertinya.

6. Maafkan anak kita setiap masa walaupun perbuatannya amat melukakan hati kita. Muhasabbah diri mungkin kesilapan yang anak lakukan itu adalah kerana dosa-dosa kita dimasa lampau.

7. Yang paling penting jaga tutur kata kita, jangan sekali-kali ucapkan perkataan yang boleh melukakan hatinya. Jika ini berlaku juga kerana kita TER.. kata, cepat-cepat cari masa yang sesuai untuk kita minta maaf padanya. Mengakulah padanya itu kelemahan kita, kita marah kerana dia buat salah, bukan bermaksud membenci. Ceritalah buat macam drama pun boleh .

8. Amalkan membaca ayat 40 surah Ibrahim supaya kita, anak dan zuriat keturunan kita termasuk dalam golongan orang2 yang tetap mendirikan Solat. [Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.]

9. Selalu ingatkan anak bahawa tak guna ada pangkat, belajar tinggi, hatta hafal Quran sekalipun jika tidak mempunyai peribadi yang mulia. Allah tak pandang wajah yang cantik tapi pandang hati yang cantik. Allah tak sayang, manusia tak suka.

10. Masa basuh beras niatkan "Ya.. Allah lembutkanlah hati anak-anak ku sebut nama dia.....untuk faham agamanya ", [kenapa Kita nak dia faham agama, kerana anak yang tak faham agama boleh bawa ibubapanya juga ke neraka] sebagaimana engkau lembutkan beras ini menjadi nasi ". Basuh beras lawan jam ( macam org tawaf ) sambil selawat kepada Nabi Muhamad S.A.W. Masa buat kerja ini hati jangan lalai..dan ingat kepada Allah selalu.

Semoga tip-tip di atas dapat membantu kita kaum ibu untuk menjadi ibu yang terbaik buat generasi kita....In shaa Allah.

Terima kasih buat Prof., kerana perkongsian ilmu ini, moga Allah swt sentiasa mempermudahkan segala urusan Prof.



Klik klu suka

Related Posts with Thumbnails

Iklan Semanis Madu