adv

Pengikut Cun N Macho

HBeat

Friday, July 12, 2013

Marhaban Ya Ramadhan


Alhamdulillah! bersua kembali akak bersama bulan yang penuh baraqoh ini. Syukur kepada Allah swt kerana masih memberi peluang untuk akak menghayati dan mengimarahkan bulan Ramadhan ini dengan sebaik-baiknya.

Tahun ini untuk pertama kali, akak berpeluang menyertai iftar di masjid kerana tahun ini akak berpuasa sendirian, suami outstation dan anak-anak di asrama. Dapatlah rasa berbuka puasa secara sederhana bersama jemaah lain sebelum mendirikan solat maghrib. Tapi kalau ikut keselesaan, akak lebih suka berbuka di rumah kerana akak selalunya berbuka dengan kurma dan air seterusnya menyegerakan solat maghrib. Dah selesai hutang dengan YG ESA barulah selesa nak menghadap hidangan lain.

Dan tahun ini juga akak berpeluang mengikuti kumpulan tadarus di dua kawasan yang berlainan. Alhamdulillah! sudah 3 malam akak berpeluang menyertai ibadah ini.....semuga Allah swt dapat memberi akak kekuatan mental dan fizikal untuk meneruskannya hingga khatam.

Dan hari ini, barulah anak-anak akak ada bersama untuk berbuka puasa...mereka baru balik dari asrama masing-masing. Pening juga nak memikirkan menu untuk mereka, tapi yang pasti mestilah masakan kegemaran mereka yang akak akan hidangkan. 

Manakala suami dan angah akan balik esok....itu esok punya ceritala.....

Ok....ke dapur kita....SELAMAT BERPUASA UNTUK SEMUA MUSLIMIN & MUSLIMAT SEKALIAN : "SEMOGA RAMADHAN KALI INI LEBIH BAIK DARI YANG LEPAS".

SELAMAT BERAMAL........

No comments:

Post a Comment

Klik klu suka

Related Posts with Thumbnails

Iklan Semanis Madu