adv

Pengikut Cun N Macho

HBeat

Tuesday, August 27, 2013

Baiki Pusara P.Ramlee, Saloma RM25,000 Haram - Mufti Selangor

Beginilah keadaan pusara P.Ramlee yang roboh akibat dihempap pokok pada Mac lalu. Gambar: Utusan Malaysia
PETALING JAYA: Pusara Seniman Agung, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dan isterinya Puan Seri Saloma yang bakal dibaik-pulih dengan kos mencecah RM25,000 adalah haram hukumnya di sisi agama Islam.
Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abd Wahid berkata, Islam mengharamkan sesebuah pusara itu dihias secara berlebih-lebihan apatah lagi pengubahsuaian itu dilakukan di atas sebuah tanah wakaf.
“Kos RM25,000 itu sangat tinggi untuk menghias sesebuah pusara dan saya percaya ia pasti menggunakan batu marmar yang mahal.
"Malah dalam Islam sendiri sudah jelas memberitahu haram jika pusara dihias secara berlebih-lebihan di tanah wakaf melainkan ia adalah tanah persendirian,” katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Isnin.
Pada 21 Ogos lalu sebuah akhbar melaporkan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) akan melakukan pengubahsuaian terhadap pusara P.Ramlee dan Saloma selepas ia roboh akibat dihempap pokok pada Mac lalu.
Mohd Tamyes Abd Wahid
Ketua Pengarah agensi itu, Raja Rozaimie Raja Dalnish Shah dalam laporan berkenaan berkata, kerja-kerja pengubahsuaian tersebut mengambil sedikit masa memandangkan bahan binaan pusara berkenaan diimport dari luar negara yang turut mencecah RM25,000.
Pusara berkenaan terletak di Tanah Perkuburan Islam, Jalan Ampang dekat sini.
Dalam pada itu Mohd Tamyes berkata, setiap pusara di tanah wakaf hanya boleh dihias tidak melebihi setengah kaki selain dilarang sama sekali membina makam atau bangunan pusara berbentuk kekal kerana ia mungkin akan diguna semula pada masa akan datang jika tanah sudah penuh.
Tambah beliau, walaupun matlamat pihak yang mahu menghias sebuah pusara itu sebagai ingin mencantikkan tempat berkenaan tetapi biarlah hiasan pusara dapat memberi manfaat seperti menanam pokok-pokok renek yang akan mendoakan si mati agar mengurangkan dosa-dosa kecil mereka semasa di dunia.
"Senang cerita, kewajipan manusia pada jenazah hanya empat iaitu memandikan, mengapankan, sembahyangkan dan mengebumikannya. Ini yang wajib dan menghias bukanlah dalam perkara wajib," tegasnya yang turut menyifatkan kos pembinaan itu adalah satu pembaziran.
Mohd Hasnil Abu Bakar
Sementara itu, pendakwah dan pembimbing jemaah Haji, Ustaz Mohd Hasnil Abu Bakarpula berkata pihak Finas perlu mendapatkan nasihat dan pandangan daripada pihak berkuasa agama Islam sebelum meneruskan perancangan membaik pulih pusara berkenaan.
"Memanglah P.Ramlee milik masyarakat dan Allahyarham disayangi ramai.
"Tetapi untuk membaik pulih pusara dengan kos seperti itu, lebih baik mereka berbincang dahulu bagi mendapatkan nasihat yang sepatutnya oleh pihak berkuasa Agama Islam ataupun mufti-mufti,” katanya.
Tambah beliau, jika pembinaan pusara itu dibuat secara keterlaluan, ditakuti wujudnya unsur-unsur syirik dengan aktiviti pemujaan untuk generasi akan datang sehingga menjadi tempat penyebaran ajaran sesat.
“Adalah lebih baik wang itu digunakan untuk membuka maahad tahfiz P.Ramlee kerana ia akan mendatangkan lebih manfaat kepada umat Islam dan juga si mati sendiri,” katanya.
Ditanya siapakah yang berdosa jika projek berkenaan diteruskan Mohd Hasnil berkata, pihak yang terlibat membinanya akan menanggung dosa itu dan bukannya si mati. - mStarOnline

Thursday, August 22, 2013

Nasi Kerabu Kegemaran Kami

Kami masih dalam mood raya....walaupun hari ini telah masuk hari yang ke 15 Syauwal 1434H. 

Setakat hari ini, baru 2 hari akak berpeluang menjalani ibadah puasa 6, In Shaa Allah akan ku settlekan semuanya next week.

Hari minggu lalu yakni pada raya yang ke 11 Syauwal, adik2 ku bersama famili masing-masing dari Senawang & Nilai berkunjung ke rumah akak dan dengan rajinnya berpeluang menyediakan makanan kegemaran kami sekeluarga yakni NASI KERABU......yeahhaa.....

Dan yang paling bestnya.....mereka puji masakan akak...(katanya : macam arwah mamanya masakan)...wow...happy semacam....terutama bila tengok betapa berseleranya mereka makan dan bertambah-tambah.....ooohhhh...Alhamdulillah....penat lelah berbayar dan rezeki Allah dikongsi bersama.....

Inilah dia hasil air tanganku......





Minggu ni...akak tidak tahu nak masak apa untuk adik2 ku dari KL pula yang akan berkunjung....Pening juga nak memikirkannya......hmmmmm.....mungkin nasi berlauk kut.....

Khurafat kembali di Pulau Besar

Khurafat kembali di Pulau Besar
Kubur panjang yang mempunyai dua nisan lama tertera Allahyarham Datuk Haji Noh yang diikat dengan kain kuning dipercayai turut menjadi lokasi pemujaan.

MELAKA - Biarpun sudah dibersihkan, namun pembinaan kubur baru untuk melakukan upacara pemujaan masih aktif di Pulau Besar oleh mereka yang  mempercayai amalan khurafat berkenaan.


Ketua Pegawai Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim), Rahimin Bani berkata, ia berikutan penemuan sembilan kubur palsu di kawasan tapak perkemahan di pulau berkenaan.

“Kubur baru di atas tapak bekas Kubur Tujuh Beradik yang dibina semula dengan struktur simen dan tanah dipercayai dikunjungi individu Muslim dan bukan Muslim pada waktu malam hingga awal pagi.

“Kebiasaannya mereka melakukan upacara pemujaan menggunakan colok, lilin, limau, air mawar dan setanggi selain turut meletakkan bunga di atas kubur-kubur tersebut,” katanya.

Rahimin berkata, kesemua kubur itu kemudian diratakan semula bagi mengelakkan ia dijadikan lokasi individu yang berhajat mencari jodoh, memperoleh tuah, membuang sial dan mendapatkan nombor ekor.

“Hasil maklumat dan aduan orang awam,  sembilan kubur itu dibersihkan sepasukan 30 pegawai dan anggota penguatkuasa Jaim dengan kerjasama Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) dan polis, kira-kira 9 pagi semalam (kelmarin).

“Hasil pemeriksaan pihak di kawasan itu mendapati satu daripada kubur itu bukan saja bersaiz panjang namun turut diletakkan dengan batu nisan lama tanpa lama selain berbau setanggi,” katanya di sini, semalam.

Rahimin tidak menolak kemungkinan amalan khurafat dan menjurus kepada syirik itu sudah dilakukan individu tertentu di kubur terbabit sejak awal Aidilfitri lalu.

“Semua kubur itu dipercayai dibina beberapa individu sejak Aidilfitri lalu dan upacara pemujaan dilakukan pada waktu malam.

“Operasi yang berakhir jam 1 petang itu turut membawa kepada penemuan satu kubur panjang yang mempunyai dua nisan lama tertera Allahyarham Datuk Haji Noh yang diikat dengan kain kuning,” katanya.

Beliau berkata, selain batu nisan itu, sebuah tabung khas yang ditemui kira-kira 300 meter daripada lokasi tersebut turut disita untuk siasatan lanjut. - SinarHarian

Klik klu suka

Related Posts with Thumbnails

Iklan Semanis Madu