adv

Pengikut Cun N Macho

HBeat

Sunday, September 29, 2013

Wanita misteri hilang di celah dinding

Wanita misteri hilang di celah dinding
Azim merakamkan lokasinya bertemu dengan wanita berpakaian kilang dan hilang di celah lubang kecil.
SUNGAI NIBONG - Pengalaman terserempak dengan wanita berpakaian kilang dan kemudiannya menghilangkan diri di celah dinding mungkin tidak dapat dilupakan seorang lelaki.

Dia yang dikenali dengan nama Azim berkongsi kisah berkenaan kepada Sinar Harian.

Azim berkata, kejadian berlaku ketika dia memandu di bawah jejantas Sungai Nibong kira-kira jam 11 malam.

Menurutnya, ketika itulah dia terpandang wanita berpakaian kilang duduk di atas batu dengan wajahnya yang begitu muram.

“Tanpa ragu-ragu saya pun terus ingin bertanya jika dia (wanita) perlukan bantuan, dan ketika saya baru hendak berjalan menuju ke arahnya serta merta dia masuk di celah dinding jejantas berkenaan.

“Pada mulanya saya terkejut kenapa dia lari dan bergegas saya mengejarnya kerana bimbang keadaan yang amat gelap di situ, tetapi alangkah terkejutnya saya apabila ternampak ruang berkenaan begitu sempit iaitu sebesar ibu jari saya saja,” katanya kepada Sinar Harian.

Kejadian itu terus membelenggu dalam ingatan Azim sehingga kini.

Sama seperti Azim, rakannya, Zul turut melalui pengalaman yang sama ketika jam 3 pagi apabila terserempak dengan wanita berpakaian kilang sama seperti yang dilihat Azim.

Zul berkata, dia terserempak dengan wanita itu setiap tiga malam berturut-turut dan pada masa yang hampir sama.

“Hari ketiga saya bertekad untuk memandang mukanya, apabila saya nampak mukanya, ada raut persis wanita Indonesia tapi dalam keadaan yang amat sugul dan menyedihkan, apa lagi, terus saya memandu laju,” katanya.

Ketika berkongsi kisah berkenaan dengan rakan-rakan yang lain, lokasi berkenaan dipercayai menjadi kawasan panas kemalangan jalan raya.

Ada yang beritahu ada kanak-kanak sekolah yang dilanggar beberapa kali di situ hingga menemui ajal. - SinarHarian

Bumbung Masjid Kampung Tebauk di Terengganu runtuh

Bumbung Masjid Kampung Tebauk di Terengganu runtuh
Orang ramai melihat struktur runtuhan siling dan bumbung Masjid Kampung Tebauk, Bukit Tunggal di sini dalam kejadian yang berlaku sekitar 4 pagi tadi. Insiden runtuhan bumbung itu melibatkan kira-kira 40 peratus bahagian masjid bernilai RM6 juta yang siap pembinaannya dua tahun lalu. - Foto Bernama
KUALA TERENGGANU - Sebahagian bumbung dan siling Masjid Kampung Tebauk, Bukit Tunggal di sini runtuh awal hari ini.
    
Insiden itu dipercayai berlaku pukul 4 pagi ini melibatkan kira-kira 40 peratus bahagian masjid itu yang siap dibina dua tahun lepas melibatkan kos RM6 juta dan boleh memuatkan 1,000 jemaah.
    
Bilal masjid Man Mat, 61, berkata ketika tiba di pintu pagar utama, dia terkejut melihat sebahagian bumbung dan siling masjid runtuh dan segera memaklumkan kepada anggota jawatankuasa masjid.
    
"Saya tanya penduduk yang tinggal paling hampir dengan masjid ini dan mereka beritahu ada bunyi dentuman kuat kira-kira pukul 4 pagi tadi," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
    
"Masjid ini baru dua tahun digunakan dan sepanjang tempoh ini tidak ada tanda atau bunyi pelik melainkan sedikit kebocoran tetapi ia tidak serius," katanya.
       
Ini bukan laporan pertama mengenai masjid bumbung runtuh di negeri ini. Pada 20 Mei lepas, 12 jemaah masjid yang baru sahaja solat Isyak nyaris maut setelah bumbung hadapan Masjid Kampung Binjai Kertas, Hulu Terengganu runtuh.
    
Pada 3 Okt 2009, bumbung bahagian hadapan Masjid Kampung Batu Putih, Kerteh, Kemaman juga runtuh menyebabkan tiga mangsa cedera.
    
Selain itu, pada 2 Jun 2009, bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang menelan belanja RM292.9 juta telah siap dibina pada Mei 2008 dan digunakan dalam penganjuran Sukan Malaysia turut roboh.
    
Sebahagian struktur bumbung stadium berkenaan sekali lagi roboh pada 20 Feb lepas menyebabkan tiga pekerja parah manakala dua lagi cedera ringan. - Bernama

Thursday, September 12, 2013

Bayi enam bulan koma disyaki didera

Bayi enam bulan koma disyaki didera
Mangsa yang disyaki didera oleh pengasuhnya masih dirawat di Unit Rawatan Rapi Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang
SHAH ALAM - Seorang bayi enam bulan yang disyaki didera, dilaporkan tidak sedarkan diri selepas mengalami sesak nafas ketika dalam jagaan pengasuh di Jalan Yadi, Teluk Gadong Kecil, Klang, petang kelmarin.

Nur Sofea Insyirah Mohd Sharil difahamkan dihantar pengasuh ke Hospital Pantai Klang untuk rawatan, sebelum dipindahkan ke unit rawatan rapi Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian selepas bapa mangsa, sebagai posmen, membuat laporan polis kira-kira jam 10 malam kelmarin.

Beliau berkata, bapa mangsa memberitahu pengasuh wanita berusia 28 tahun itu menghubunginya pada jam 4.30 petang kelmarin, memaklumkan kejadian tersebut.

Menurutnya, ketika itu bapa mangsa berada di Pulau Indah, Pelabuhan Klang, atas urusan kerja dan meminta isterinya, seorang kerani, untuk melihat keadaan anak mereka.

Katanya, menurut bapa mangsa yang berusia 28 tahun itu, bayi itu dihantar kepada pengasuh sejak usia dua bulan dengan bayaran RM300 sebulan.

"Sepanjang tempoh empat bulan di bawah jagaan pengasuh, dahi bayi itu pernah melecet tergesel di karpet.

"Khamis lalu, dahi bayi itu lebam dan pengasuh tersebut memberi alasan ia disebabkan terkena botol susu," katanya, semalam.

Mohamad berkata, laporan perubatan yang diterima daripada doktor mengesahkan terdapat kesan retak pada tengkorak kiri mangsa, selain pendarahan di tengah otak serta lebam di dahi bayi tersebut.

Beliau berkata, berdasarkan kecederaan itu, pihaknya tidak menolak kemungkinan bayi tersebut didera.

"Kita dah tahan pengasuh itu di rumahnya petang tadi (semalam) bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak 2001," katanya.

"Semakan awal mendapati mangsa tidak memiliki rekod jenayah," katanya. - Sinar Harian
 

Lihat anak maut depan mata

Lihat anak maut depan mata
Ibu mangsa bersedih di atas kejadian tragis menimpa Allahyarham Mohd Adam.
PARIT BUNTAR - “Ayah, adik dekat belakang mati kena langgar!” Hanya itu mampu diungkapkan kakak kanak-kanak berusia dua tahun yang maut dirempuh kereta bapanya di kediaman mereka di Taman Kerian di sini, semalam.

Lebih memilukan, kejadian tragis itu berlaku di hadapan mata bapa kanak-kanak malang itu.

Ketika kejadian yang berlaku kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, mangsa, Mohd Adam Mohd Ali difahamkan berada di belakang kereta Toyota untuk mengambil seliparnya manakala abangnya, Aiman Yasin Mohd Ali yang berusia empat tahun berada dalam kereta terbabit dan cuba menghidupkan kenderaan itu.

Bapa mangsa, Mohd Ali Hussin, 53, berkata, ketika kejadian, dia baru tiba di rumah selepas menghantar isterinya berniaga di Alor Pongsu, Bagan Serai dan ingin bergegas menghantar anak perempuannya ke sekolah.

Menurutnya, sebaik sahaja tiba di rumahnya, dia masuk ke dalam sebentar untuk mengambil barang sebelum terdengar bunyi bising dari luar rumah.

“Saya segera keluar dan melihat Aiman sedang bermain di tempat duduk pemandu, manakala arwah berada di belakang kereta untuk memakai selipar. Saya mendekati kereta dan terkejut melihat Aiman cuba menghidupkan enjin kereta.

“Saya cuba menahan tindakannya itu, namun dia terus menghidupkan enjin dan secara tiba-tiba kereta mengundur ke belakang,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, semalam.

Mohd Ali berkata, dia kemudiannya terdengar jeritan yang diselangi suara anak perempuannya mengatakan Mohd Adam meninggal dunia akibat dilanggar.

Dia segera meluru ke belakang kereta yang mengundur hingga menyentuh dinding rumah itu dan mendapati mangsa dalam keadaan melutut sambil memegang selipar, manakala bahagian kepalanya dihimpit belakang kereta.

“Saya melihat Mohd Adam kaku di belakang kereta dan apabila kereta dialihkan ke hadapan, arwah terus terduduk.

Kepala arwah cedera dan saya segera memeriksa keadaannya serta mendapati arwah sudah tidak bernyawa.

“Saya tidak sangka kereta akan mengundur dan saya percaya Aiman memasukkan gear mengundur secara tidak sengaja ketika sedang bermain dalam kereta,” katanya.

Mohd Ali berkata, melihat keadaan mangsa, anak keempatnya, Akmal Yasin pada mulanya menyangka mangsa sedang ‘tidur’ dan mengangkatnya ke bahagian hadapan rumah.

Katanya, bagaimanapun sebaik sahaja mengetahui adik bongsunya itu sudah tidak bernyawa, kanak-kanak itu terus meluru ke arah kakaknya sambil menangis kerana dia rapat dengan arwah.

“Kejadian ini amat mengejutkan kami sekeluarga kerana arwah langsung tidak pernah menunjukkan tanda-tanda akan meninggalkan kami buat selama-lamanya,” katanya.

Mohd Ali turut meluahkan kekesalan kerana tidak dapat memenuhi permintaan terakhir arwah yang berulang kali mengajak mereka sekeluarga pergi melancong.

“Kami sekeluarga pasrah dengan pemergian arwah, cuma saya sedih kejadian tragis ini berlaku di hadapan mata kami sekeluarga,” katanya.

Suasana pilu turut menyelubungi lokasi kejadian apabila ibu mangsa menangis teresak-esak tanpa henti sambil memeluk jenazah mangsa sehingga saat mangsa ingin dibawa polis ke Hospital Parit Buntar untuk bedah siasat.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mat Fauzi Nayan ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan mengklasifikasikannya kes sebagai kematian mengejut.

Dalam pada itu, Timbalan Ketua Pemuda Pas  Parit Buntar, Hairul Nizam Ishak yang turut hadir ke lokasi kejadian meminta orang ramai terutama golongan ibu bapa supaya lebih berhati-hati mengendalikan kenderaan di pekarangan rumah masing-masing.

“Kejadian tragis wajar dijadikan iktibar kepada semua ibu bapa agar sentiasa memantau pergerakan anak-anak kecil terutama apabila mereka berada di luar rumah,” katanya. - SinarHarian

Tuesday, September 3, 2013

Kenaikan harga minyak

Imej: Hamitsu Koniciwa
Hari ini dengan rasminya minyak petrol RON95 & diesel naik RM0.20sen/liter. Bagi orang yang berkemampuan....ala  jeeeeeee...........itu pun nak kecoh.

Berikut adalah luahan hati seorang ibu tunggal yang juga rakan sepengajianku :-

Ekonomi saya akan bertambah teruk ekoran kenaikan harga minyak.....dengan secara otomatik harga barangan runcit akan naik....yang paling parah & merisaukan saya, tambang bas sekolah akan naik....Cuba akak bayangkan, tambang bas sekolah sekarang aja dah RM25.00 seorang kali 5 orang.....belum lagi dengan duit belanja sekolah...itupun anak2 memahami...mereka cuba berjimat sedaya mungkin.....

Saya terasa bila ada orang sindir...."Tak cukup duit tak yah lah pakai kereta"....TAPI mereka lupa bahawa kereta ni keperluan bukannya untuk bermewah. Lagipun kereta KANCIL je kut....kalau takda kereta buruk ni macamana saya nak pergi kerja kat Melaka nun bukannya Tampin.

Dengan gaji lebih kurang RM1500 sebulan (kalau ada O/T)....cukup ke saya nak sara keluarga saya lepas ni....alamak lepas ni anak2 kena makan nasi goreng hari2 la....sekarang ni pun ikan mahal sangat...bil letrik pun dah naik........lelah saya kak.

Walau apa pun saya nak ucapkan TERIMA KASIH lah pada mereka yang mengundi kerajaan sekarang.....Semoga Allah SWT balas jasa2 mereka kerana bersama-sama membina kerajaan yang ada sekarang.....

Akak kehilangan kata2....

Sebenarnya, akak bersimpati sangat dengan masalah kawan akak ni...ya la "the sole breadwinner". Ni baru masalah seorang...ramai lagi kat luar sana yang mengalami nasib yang sama.

Pada rakan2 yang memihak cara pemikiran pemerintah sekarang...yang asyik kutuk kami kerana membantah akan kenaikan harga minyak ni....cuba lah letak diri kamu di tempat rakan akak yang sorang ni.

Kamu semua boleh la bercakap besar kerana kamu tak banyak tanggungan & tak ada tanggungan kerana kebanyakannya belum berkahwin. Bil pun orang tua yang bayar sebab duduk pun dengan orangtua.

Klik klu suka

Related Posts with Thumbnails

Iklan Semanis Madu