adv

Pengikut Cun N Macho

HBeat

Saturday, October 26, 2013

Diana Amir sah bergelar isteri

Diana Amir
Dengan sekali lafaz, Diana dan Habib sah bergelar pasangan suami isteri.
PUTRAJAYA - Tanggal 25 Oktober menjadi saksi penyatuan pasangan Nurdiyana Amir Hashim atau Diana Amir, 27 dan pasangannya Mohd Habib Bullah A Rahman, 26, di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya, malam ini.

Tepat jam 9.30 malam dengan sekali lafaz, pelakon 7 Petala Cinta ini sah menjadi isteri kepada Habib, yang juga pensyarah di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Merbok.

Pasangan ini dinikahkan Imam Besar Masjid, Hazaruddin Baharuddin.

Pengantin perempuan manis mengenakan busana merah jambu dan putih manakala Habib pula tampan dengan baju Melayu putih tajaan khas pereka terkenal, Ezuwan Ismail.

Tanpa wang dan dulang hantaran, Diana menerima senaskhah al-Quran, sebentuk cincin dan mas kahwin bernilai RM1,000.

Hadir sama pada majlis itu, Penerbit Eksekutif Metrowealth International Group (MIG), Mejar (K) David Teo, Heliza, Yatt Hamzah dan Irma Hasmie. - SinarHarian

Thursday, October 24, 2013

FBI letak jawatan sebagai penyampai radio Hot FM

Faizal Ismail
Faizal Ismail - Foto Ihsan Facebook Faizal Ismail
SHAH ALAM - Mohd Faizal Ismail atau lebih dikenali sebagai FBI, hari ini mengesahkan bahawa beliau telah meletakkan jawatan sebagai penyampai radio Hot FM.

Perkara ini disahkan di laman mikro Facebooknya.

"Salam semua, terima kasih kepada yang bertanya, maaf saya tidak boleh jawab secara mendalam.

"Cuma ada yang salah faham yang mengatakan saya letak jawatan 24 jam. Saya kata notis berkuatkasa hari ini 24 Oktober, bukan 24 jam. Apapun, semuanya benar dan bukan status hangit seperti anggapan sesetengah anda. Terima kasih," memetik katanya di Facebook.

Sementera itu menurut laporan portal hiburan Gua.com, ekoran tindakan FBI yang mengatakan bahawa beliau telah meletak jawatan, ramai yang tertanya apakah benar dia telah berhenti dari Hot FM?

Menurut laporan tersebut juga, ekoran daripada perkhabaran tersebut pihak  pengurusan Rangkaian Radio Media Prima Berhad telah menghantar satu kenyataan rasmi berhubung perkara ini dan mengesahkan tentang peletakan jawatan FBI.

Berikut adalah kenyataan rasmi yang dikeluarkan:-

"Pihak pengurusan Rangkaian Radio Media Prima Berhad hari ini mengumumkan bahawa Mohd Faizal Bin Ismail (FBI) akan menamatkan kontraknya bersama stesen radio itu pada 16 November 2013.

Beliau yang lebih dikenali sebagai FBI, berhasrat untuk memberikan sepenuh fokusnya terhadap perniagaan beliau yang baru sahaja bermula. Bagaimanapun, FBI akan meneruskan perkhidmatan beliau bersama Hot FM sehingga pertengahan November 2013.

FBI, sepanjang berkhidmat di bawah stesen radio Hot FM merupakan seorang yang sangat komited dengan tugas sebagai seorang penyampai radio. Beliau yang juga penerima Anugerah Penyampai Radio Lelaki Popular selama 6 tahun berturut-turut sentiasa bersedia dengan idea-idea luar kotak setiap kali diperlukan.

Begitupun, Hot FM akan terus berkolaborasi bersama FBI untuk projek akan datang memandangkan FBI masih relevan dengan pasaran stesen radio tersebut. FBI juga bakal menyumbangkan khidmatnya sebagai penyampai radio sambilan di Hot FM selesai tamat kontraknya nanti.

Hot FM ingin merakamkan setinggi penghargaan kepada FBI sepanjang penglibatan beliau bersama Hot FM malah pihak pengurusan radio tersebut juga akan terus menyokong karier dan masa hadapan beliau pada masa akan datang." - SinarHarian

Tuesday, October 22, 2013

Tune Excel Prepaid That Pays

Contoh Simkad
Modalnya sebanyak RM80 sekali seumur hidup adalah sangat halus, bila kita bandingkan apa yg akan kita akan perolehi. Ramai sangat pengguna2 hp yg mampu utk mencuba perniagaan ini jika dibandingkan perniagaan2 konvensional dan MLM yg lain.

Maintenance bulanan dlm perniagaan ini hanya RM20 sahaja. Kebanyakkan bil bulanan hp kita melebihi RM20 dan kalau kita tak buat perniagaan ini, kita pasti akan menggunakan hp hampir setiap hari.

Biasanya org yg mengguna hp akan dapat 3 perkara: bercakap, bersms & berinternet. Tetapi pengguna SimKad ToneExcel mendapat 7 perkara: bercakap, bersms, berinternet, insuran kemalangan RM100 ribu, bila topup akan mendapat point yg boleh ditukarkan kpd tiket kapal-terbang, mendapat corporate rate di Tune Hotel di seluruh dunia & lesen utk berniaga.

Outlet utk topup ada di merata-rata tempat di seluruh tanah air. Pengguna bila hendak topup, mereka tak akan cari kita sebab kita bukan penjual topup. Bayangkan bila kita sedang tidor, duit masuk sebab org yg kita kenal & yg tidak kita kenal sedang guna hp. Luar biasa perniagaan ini. Hebat WOW.

Yang berminat, pm saya.....no harm, dont be shy...janji HALAL...klik kat sini klu nk tahu lebih lanjut kerana ia PREPAID YG TERLAJAK LARIS buat masa ini......


Monday, October 21, 2013

Terkandas lebih lima jam

KUALA PILAH: Seramai 75 penuntut UiTM Shah Alam diselamatkan pihak berkuasa selepas terkandas lebih lima jam di Gunung Angsi, Ulu Bendul, di sini, kira-kira 10 malam tadi.
Dalam kejadian itu, semua penuntut berusia lingkungan 20-an dipercayai memulakan ekspedisi memanjat gunung itu, kira-kira 9 pagi, hari yang sama.
Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Azmi Abdul Rahim, berkata pihak berkuasa menerima maklumat dan melancarkan gerakan mencari pada kira-kira 5 petang.

"Ini berikutan kumpulan penuntut itu dikesan tidak turun. Semua 75 penuntut itu ditemui di kaki gunung dalam keadaan keletihan.

Foto

"Daripada jumlah itu, enam daripada mereka cedera dan dirawat di Hospital Tuanku Ampuan Najihah selepas mengalami kekejangan," katanya. -  Oleh Suraya Roslan (Harian Metro)

Sunday, October 20, 2013

Jom buat duit


Sesiapa yang berminat nak duit tambahan, jom ikut saya....paling mudah nak buat duit....cuma luangkan beberapa minit untuk baca info ini....tiada paksaan.....

Ala benda senang, after all kita memang guna handphone pun kan...daripada beli kredit setiap minggu tanpa dapat apa2...lebih baik kita cari benda yang boleh bagi duit balik...CUMA..bagi sesetengah orang tu RM80 tu mahal...ini permulaan aja....dalam RM80.00 tu ada RM30 airtime, RM30 tu insuran & RM20 tu...upah register plus komisen utk upline....

Dgn bermodalkan RM 80 shj anda layak menjadi agen TuneTalk prabayar termurah dan mendapat pelbagai manafaat :

1. Satu cara mudah untuk mendapatkan pendapatan pasif seumur hidup

2. Anda boleh mengekalkan nombor telefon anda yang lama atau mendapatkan nombor baru

3. Tiada had masa - boleh buat cepat atau perlahan

4. Tiada produk untuk di jual - Hanya memperkenalkan Simkad Tune Talk/ Tone Excel ( maksudnya kita bukan jual barang tapi berkongsi tentang kelebihan menggunakan line Tune Talk ini sambil menjana pendapatan )

5. Pendapatan komisen/bonus boleh diwariskan kepada isteri/anak/ibu bapa anda

6. Komisen/Bonus dibayar terus ke bank anda setiap bulan

7. Terbukti kerana sudah ramai yang telah mendapat pendapatan sehingga puluhan ribu ringgit sebulan

8. Tak perlu beli stok yang banyak

9. Kos rendah untuk memulakan perniagaan

10. Boleh topup Tune Talk dimana-mana - kedai 24 jam seperti 7 eleven, semua station minyak, kedai telefon, kedai yang menjual topup atau topup secara online di maybank2u atau cimb click. Topup tune Talk dijual dengan harga RM3, RM5,
RM10, RM80, RM100 atau RM300

11. Pasaran yang luas - 30 juta pengguna telefon bimbit

12. Setiap kali downline topup anda dibayar komisen

13. Tak perlu ingatkan downline untuk topup kerana telefon bimbit adalah keperluan

14. produk yang diperlukan oleh semua orang

15. Anda boleh memiliki beberapa akaun

16. Penyelenggaraan rendah - hanya perlu topup simkad anda RM30 sebulan dan RM30 tersebut anda boleh gunakan untuk call atau sms.

17. Setiap nilai yang anda topup akan mendapat point dan point tersebut boleh ditukarkan dengan barangan pada syarikat Tune Talk/Tone Excel seperti telefon bimbit, menukarkan point tersebut dengan tiket kapal terbang Air Asia, Tiket Konsert dan lain-lain.

18. Syarikat yang kukuh dimana dibawah Tune Group yang terdiri daripada Tune Air ( Air Asia ), Tune Talk, Tune Hotel dan lain-lain.

19. Umur 12 tahun pun boleh bermula

20. Layak mendapat insuran kemalangan RM100,000 percuma - jika topup anda RM30 sebulan

21. 35% Saham syarikat adalah milik Celcom jadi maksudnya dimana ada line Celcom, di situlah juga ada line Tune Talk.

22. Ahli Tune Talk / Tone Excel layak mendapat 30% potongan menginap di Tune Hotel.


Untuk lebih info klik : http://toneexcel.biz/?id=167557 

Ala jangan berkira sangat.....tukar aje...daripada xda biar ada walaupun sikit...nak banyak cari pelanggan baru byk2.....hihihiiii......

Wednesday, October 16, 2013

Penat tapi berbaloi...

Salam Aidil-Adha kepada semua muslimin & muslimat....semoga semua ibadah yang dilaksanakan mendapat keberkatan YG ESA.

Dari malam 10 Zulhijjah 1434 sampai ke petang 11 Zulhijjah 1434, tempat ku didapur bersising lengan menyiapkan juadah kegemaran suami dan anak-anak. Kebetulan lak adik-adikku Pee & Zaha datang beraya dan bermalam di rumah kami......bertambah meriah rasanya...cuma ku rasa kekurangan kerana seorang anakku, Era tiada bersama kami kerana menjalani praktikal...tak dapat cuti....huaaaaa.....

Ini lah juadah2 yang sempat ku siapkan untuk dimakan dan dibekalkan untuk anak-anak.....
Steak Daging Korban

Laksam

Spaghetti

Choc Moist Cupcake
Kini ku keseorangan.....kami kembali dengan rutin-rutin harian demi meneruskan kehidupan sebagai kalifah di bumi Allah SWT, anak-anakku kembali ke asrama masing2, suami dan adik-adikku kembali ke daerah masing2 demi mencari rezeki....

Malasnya nak kerja besok.....letih 2 hari ni tak hilang lagi.....penat TAPI berbaloi....suami dan anak-anak serta adik-adikku "appreciate" apa yang mereka "request" dapat ku penuhi....mereka suka....aku senenggggg.....


Tuesday, October 1, 2013

Cacat fizikal bukan penghalang

Cacat fizikal bukan penghalang
Mat Jamil beriringan dengan isterinya, Hedza Azwin ketika majlis sambut menantu di rumahnya di Felda Bukit Bading, kelmarin
FELDA BUKIT BADING - “Walaupun sekadar berkenalan melalui facebook, namun saya dapat rasakan suami seorang yang baik hati. Melihat sendiri dia memandu kereta walaupun tiada tangan, suara hati saya kuat mengatakan dia bukan OKU biasa.”

Demikian secebis kisah cinta antara Hedza Azwin Hasbullah, 25, yang disatukan dengan seorang OKU dari Felda Bukit Bading, Mat Jamil Ramli, 29, pada 6 September lalu, manakala majlis sambut menantu pula diadakan di sini, kelmarin.

Hedza Azwin yang berasal dari Melaka berkata, dia mula berkenalan dengan suaminya menerusi facebook sekitar 2010 dan pada awalnya hanya menganggap Mat Jamil sebagai kawan biasa serta rakan sekerja memandangkan mereka bernaung di bawah syarikat sama, tetapi berlainan cawangan.

Namun katanya, lama-kelamaan perasaan sayang mula bercambah kerana sikap Mohd Jamil yang begitu mengambil berat dan baik hati.

“Suami bekerja sebagai pereka grafik di Subang Jaya, manakala saya di Melaka. Mulanya saya sukar mempercayai dia boleh memandu kereta, namun tanggapan itu berubah ketika kami bertemu apabila dia (suami) datang sendirian sambil memandu kereta.

"Ketika itu hati saya kuat mengatakan suami bukan calang-calang orang. Walaupun OKU, saya yakin dia seorang yang berdikari dan kuat semangat. Biarpun suami tidak sempurna, namun saya tidak rasa kekurangan itu, sebaliknya bersyukur kerana bertemu jodoh dengan insan yang sentiasa berfikiran positif,” katanya, kelmarin.

Sementara itu, Mat Jamil yang merupakan anak ketiga bagi pasangan Ramli Husin, 55 dan Jarah Mohamad, 52, berkata, dia tidak mempunyai kedua-dua belah tangan sejak lahir dan bersyukur kerana dikurniakan isteri yang cukup memahami.

“Walaupun tidak mempunyai tangan, saya sentiasa berfikiran positif. Sejak kecil saya dididik berdikari, malah saya turut mengambil SPM bersama pelajar normal pada 2003 di SMK Ajil,” katanya. - SinarHarian

Kenduri racun libat tetamu petang

 Keracunan: Pengunjung sebelah petang ramai terkena
Isteri Ibrahim, Kamariah Abu Bakar, 56, (kanan) sedang menunggu jenazah suaminya di HSAH semalam.
SUNGAI PETANI – Mangsa terbaru keracunan makanan, Ibrahim Mohamad, 62, disahkan meninggal dunia lebih kurang jam 6.30 petang tadi di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani.

Jenazah yang dituntut keluarga akan dibawa pulang ke kampung halaman di Kampung Alor Jejawi, Kuala Besut, Terengganu sebaik sahaja selesai bedah siasat di HSAH.

Anak mangsa, Zulkifli, 31, berkata, bapanya dikatakan mengalami cirit-birit sejak pagi Ahad lalu akibat dipercayai keracunan makanan selepas dikatakan menghadiri majlis perkahwinan berdekatan rumahnya di Kampung Huma, Tanjung Dawai, jam 6 petang Sabtu lalu.

“Pagi itu (Ahad), ayah dah mengalami cirit-birit serta beberapa kali masuk ke tandas, bagaimanapun keadaannya masih baik serta boleh bercakap seperti biasa,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di HSAH hari ini.

Menurut Zulkifli, keadaan Ibrahim dilihat semakin tidak bermaya beberapa jam selepas itu menyebabkan ahli keluarga membawanya ke Hospital Daerah Yan tengah hari semalam bagi mendapatkan rawatan.

“Walaupun dibenarkan pulang selepas ditambah air dalam badan, keadaan ayah semakin lemah serta tidak mampu berjalan menyebabkan ayah terus ditahan wad.

“Disebabkan makin kritikal, ayah kemudian dirujuk ke HSAH lebih kurang jam 2 petang tadi,” katanya.

Bagaimanapun, mangsa kemudian disahkan meninggal dunia jam 6.30 petang.

Sementara itu, penduduk, Puan Md Noor, 55, berkata, anaknya yang berusia 25 tahun juga menerima rawatan di HSAH akibat keracunan selepas menghadiri kenduri yang sama.

“Anak kelima saya, Mohd Nazri Deraman, turut mengalami loya dan muntah serta cirit-birit dipercayai selepas makan kenduri.

“Nazri terlebih dahulu menerima rawatan di sebuah klinik di Semeling pada jam 9 malam semalam.

“Tetapi, keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan menyebabkan keluarga membawanya ke HSAH pada jam 2 petang tadi,” katanya.

Mohd Nazri dikatakan makan kenduri pada jam 3 petang Sabtu lalu dan mula mengadu sakit pada jam 7 pagi keesokan hari.

“Tetapi Alhamdulillah selepas dimasukkan air dalam badan, dia dibenarkan pulang jam 7 malam tadi,” katanya.

Puan berkata, dia juga menghadiri majlis kenduri yang sama tetapi makan masakan yang disediakan lebih awal pada tengah hari.

“Saya juga ada cubit sikit ayam yang dimasak itu tetapi mujur tidak sakit,” katanya.

Difahamkan, majlis kenduri yang diadakan Sabtu lalu disediakan secara bergotong-royong tetapi dikatakan hanya tetamu yang menghadiri jamuan sebelah petang mengalami keracunan.

Sumber mengatakan, lebih ramai mangsa yang telah mendapatkan rawatan di klinik berhampiran serta hospital berdekatan, namun jumlah sebenar masih belum dapat dipastikan berikutan tiada pengesahan dari mana-mana pihak.

Kejadian turut dipercayai meragut dua nyawa lain termasuk Mohd Noor Rahmat, 11, dari Kampung Singkir Laut, Yan dan Nor Syazana Mohd Rashid, 24, dari Kampung Tempoyak, Merbok. - SinarHarian

Klik klu suka

Related Posts with Thumbnails

Iklan Semanis Madu