adv

Pengikut Cun N Macho

HBeat

Monday, October 21, 2013

Terkandas lebih lima jam

KUALA PILAH: Seramai 75 penuntut UiTM Shah Alam diselamatkan pihak berkuasa selepas terkandas lebih lima jam di Gunung Angsi, Ulu Bendul, di sini, kira-kira 10 malam tadi.
Dalam kejadian itu, semua penuntut berusia lingkungan 20-an dipercayai memulakan ekspedisi memanjat gunung itu, kira-kira 9 pagi, hari yang sama.
Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Azmi Abdul Rahim, berkata pihak berkuasa menerima maklumat dan melancarkan gerakan mencari pada kira-kira 5 petang.

"Ini berikutan kumpulan penuntut itu dikesan tidak turun. Semua 75 penuntut itu ditemui di kaki gunung dalam keadaan keletihan.

Foto

"Daripada jumlah itu, enam daripada mereka cedera dan dirawat di Hospital Tuanku Ampuan Najihah selepas mengalami kekejangan," katanya. -  Oleh Suraya Roslan (Harian Metro)

1 comment:

  1. Alhamdulillah semuanya selamat...x senang duduk akak bila xdpt hubungi anak dara yg turut serta dlm exspidisi ni....

    Menurut anak akak terdapat seorang dua yang mulut celupar ditambah pula hari hujan....laluan licin..sesat pula....hai macam2 kalau dh ramai tu....

    Apa2 pun syukur Alhamdulillah....mereka semua selamat...

    ReplyDelete

Klik klu suka

Related Posts with Thumbnails

Iklan Semanis Madu