adv

Pengikut Cun N Macho

HBeat

Thursday, November 21, 2013

Terima kasih Allah....Alhamdulillah!



Alhamdulillah Ya ALLAH, Alhamdulillah Ya Rahman, Alhamdulillah Ya Rahim......... 

Terima kasih YA ALLAH kerana memberiku peluang untuk menghirup udara bumiMU selama 53 tahun ini dan seterusnya sehingga saat KAU menjemput aku kembali. 

Berpeluang melalui dan merasai segala macam cubaan, dugaan, kenikmatan, kebahagiaan dan segala macam rasa mahupun rencah kehidupan.

Wahai Tuhan yang menciptakan cinta, wahai Tuhan yang membisikkan rindu, jadikanlah cinta & rindu kami hanya untukMU YA ALLAH... 

YA ALLAH! lembutkanlah hati kami semua hanya kepadaMU sebagaimana KAU lembutkan besi kepada Daud AS... 

YA ALLAH! tundukkanlah hati kami semua, anak-anak kami semua hanya kepadaMU Ya Allah.. sebagaimana KAU tundukkan laut kepada Musa AS.

YA ALLAH! KAU Tuhan yang kami sembah dan kepadaMU kami meminta pertolongan... YA ALLAH! tunjukkanlah kepada kami jalan yang lurus, jalan orang2 yang kau beri nikmat, jalan orang2 yang kau beri kebahagian di dunia & akhirat, jalan orang2 yang berjaya memasuki syurgaMU YA ALLAH...

YA ALLAH! Masukkan aku, suamiku, ibubapaku serta mertuaku, anak-anakku, adik-beradikku serta sahabat-sahabatku ke dalam syurgaMU YA ALLAH....

Jangan YA ALLAH .. Jangan Ya Rahman .. Jangan Ya Rahim.. Jangan benarkan aku, suamiku, ibubapaku serta mertuaku, anak-anakku, adik-beradikku serta sahabat-sahabatku masuk ke nerakaMU... 

YA ALLAH! aku tahu kami tak layak ke syurgaMU YA ALLAH tapi kami takut ke nerakaMU YA ALLAH... 

YA ALLAH masukkan kami ke syurgaMU kerana kami amat takut akan kepanasan api nerakaMU... Ampunilah dosa-dosa kami YA ALLAH...Izinkan kami berada dibawah lindungan rahmat dan hidayahMU.... terutama dipenghujung usiaku ini......

Amin Ya Rabbal'Alamin ... 


No comments:

Post a Comment

Klik klu suka

Related Posts with Thumbnails

Iklan Semanis Madu