adv

Pengikut Cun N Macho

HBeat

Friday, December 27, 2013

Spaghetti Carbonara Versi Selera Melayu


Bahan-bahan:-

1/2 biji bawang holland-potong dadu

2 biji bawang putih-cincang halus @ parut
250ml susu segar Dutch Lady hijau
750ml air atau lebih.
1/2 mangkuk isi ayam kisar secukupnya
1-2 ketul kiub pati ayam
1 tin kecil cendawan butang - hiris nipis@cincang
2 sudu besar butter
1-2 sudu besar tepung beras/jagung (bancuh dgn air)
1 sudu teh serbuk lada itam (sesuka rasa)
1 sudu teh daun parsley kering
sedikit oregano & 1-2 helai daun bay (guna yg kering jer)
garam & gula secukup rasa
parmesan cheese atau sliced cheese-optional
hirisan cili padi secukup rasa (tabur bila nk mkn - optional)

Cara-caranya:-

Panaskan butter kemudian tumis bawang holland & bawang putih bg layu sikit dan naik bau wanginya....hmmm.... kemudian campak cendawan serta isi ayam ke dalamnya. Tumis sekejap pastu masukkan tepung beras/jagung yg telah dibancuh dan kacau tanpa henti utk elakkan berketul. Kemudian masukkan susu dan air serta kacau lagi supaya tidak berketul. Akhir sekali masukkan bahan2 lain .. Kacau tanpa henti hingga cheese mencair dan sup menggelegak. Siap dan boleh la ngap......Sos ni boleh juga dicicah dgn roti.

Tuesday, December 24, 2013

WOW! Biz meletup-letup dengan TTTE



Apabila kita melihat kehidupan kita sekarang dan dibandingkan dengan kehidupan orang di zaman dahulu, mereka hanya bekerja separuh hari tetapi kehidupan mereka cukup ditampung dengan pendapatan yang diperolehi. Mereka ke kebun, ke dusun dan ke sawah, mempunyai masa untuk anak keluarga; hidup bahagia tanpa hutang. Kehidupan zaman sekarang, bekerja sampai lewat malam. Namun, masih tidak cukup untuk menampung kehidupan harian. Hutang keliling pinggang. Oleh itu, inilah masanya untuk memulakan online business dengan Tunetalk Toneexcel. Kita sasarkan RM50 ribu sebulan!

Klik link ini untuk pendaftaran percuma http://mudah123.com/?ref=1497 dan untuk memantapkan biz simkad, kita lengkapkan dengan biz top-up sekali...dah tak payah ke kedai lagi, kita jadikan biz kita biz bergerak.....jadi klik link ini kalau berminat nk jadi ejen top-up......http://aakedaionline.blogspot.com/

Penduduk sekitar Rawang terkandas banjir kilat

Penduduk sekitar Rawang terkandas banjir kilat
Imej sekadar hiasan


Ribuan penduduk di sekitar Rawang hari ini terkandas akibat banjir kilat, terutama berhampiran pusat membeli-belah Aeon Rawang.
Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Rawang, hujan lebat pagi tadi menyebabkan air dari anak sungai berhampiran pusat membeli-belah itu melimpah ke kawasan sekitar.
"Ini mengakibatkan lalu lintas sesak teruk dari arah Jalan Batu Arang menghala ke Aeon Rawang," katanya.
Beliau berkata, air mula naik kira-kira jam 6 pagi tadi. – Bernama, 24 Disember, 2013.

Laporan Bank Dunia dedah prestasi pelajar Malaysia merosot akibat sistem berpusat

Laporan Bank Dunia dedah prestasi pelajar Malaysia merosot akibat sistem berpusat
Sistem pendidikan Malaysia yang berpusat dalam mengawal pengambilan dan rancangan perbelanjaan menyumbang kepada prestasi buruk pelajar dalam pengajian mereka, kata laporan Bank Dunia hari ini.
The Wall Street Journal melaporkan Kementerian Pendidikan menetapkan perbelanjaan, pengambilan tenaga pengajar, sukatan pelajaran dan buku teks sementara maklumat umum prestasi sesebuah sekolah sukar untuk diakses.
"Sekitar 65% daripada pengambilan guru dilakukan oleh kerajaan dan bukannya sekolah itu sendiri, berbanding dengan hanya 5% di Korea Selatan, di mana sekolah-sekolah awam mempunyai lebih autonomi," kata laman berita tersebut yang memetik laporan Bank Dunia.
Pengarah Bank Dunia Asia Tenggara, Ulrich Zachau, berkata ibu bapa sukar untuk memberi maklum balas kepada pengurusan sekolah dan dengan mengambil kira faktor tersebut, sekolah menjadi kurang bertanggungjawab.
Kedudukan terbaru Malaysia dalam Program Penilaian Antarabangsa Pelajar (Pisa) sangat buruk, berada pada kedudukan 52 daripada keseluruhan 65 negara yang dikaji selidik.
Pelajar yang berusia 15 tahun diuji dalam matematik, sains dan membaca.
Berada di kedudukan tiga belakang, Malaysia jauh ketinggalan dengan kedudukan Singapura yang berada di tangga ke-2 malah negara berpendapatan rendah, Vietnam berada di tangga ke-17 lebih baik daripada Malaysia.
Laporan Bank Dunia juga menyatakan walaupun terdapat bilangan guru yang mencukupi di Malaysia, ibu bapa berpendapat kualiti pengajaran adalah suatu yang perlu dibahas.
Ibu bapa mendakwa guru tidak komited dalam tugas mereka, memetik contoh guru yang lebih asyik dengan telefon bimbit mereka daripada mengajar pelajar semasa waktu kelas.
Bagaimanapun, guru pula mempertahankan diri mereka dengan berkata, ia adalah tidak adil melabelkan guru sebagai tidak komited.
"Guru mengamalkan kaedah berbeza dalam mengajar pelajar," kata Adele Phang, seorang guru yang dipetik berkata dalam laporan The Wall Street Journal.
Ibu bapa juga bimbang terhadap dasar kerajaan yang berpatah balik antara Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dalam mata pelajaran matematik dan sains.
"Kerajaan sering beralih dalam dasar pendidikan, seperti beralih kepada Bahasa Malaysia daripada Bahasa Inggeris, ia hanya menambah kekeliruan dalam sistem yang sudah kelam-kabut," kata laporan tersebut yang memetik Sarah-Jane Thomas, ibu tunggal di Ipoh.
Dalam usaha untuk memperbaiki sistem pendidikan, kementerian memperuntukkan sejumlah besar wang dalam Pelan Induk Pendidikan Negara dan mensasarkan untuk memperbaiki kualiti pendidikan di Malaysia.
Rangka pelan tindakan tersebut bertujuan mengalihkan pandangan agar rakyat Malaysia mula melihat pendidikan sebagai kerjaya profesional serta memberikan lebih autonomi kepada pejabat pendidikan negeri dan daerah. Ia juga berharap untuk menggalakkan penglibatan ibu bapa dan masyarakat dalam sistem pendidikan.
Kementerian pendidikan juga memperuntukkan RM54.6 bilion dalam Bajet 2014, peruntukan paling tinggi dalam mana-mana bidang.
Memetik "keperluan segera untuk mengubah sistem pendidikan Malaysia", laporan Bank Dunia berkata, pendidikan di dalam negara gagal menjalani pembaharuan yang diperlukan bagi memenuhi permintaan untuk melahirkan kumpulan berkemahiran profesional.
"Saya berpendapat dalam mana-mana negara, agenda pemulihan kualiti pendidikan adalah rancangan jangka masa panjang, ia tidak boleh berlaku sekelip mata," kata Zachau.
Tetapi, Malaysia juga menghadapi isu banyak tenaga kerja di dalam negara yang berhijrah untuk bekerja di luar, dan agensi pengambilan pekerja Kelly Services melaporkan hampir 20% tenaga kerja berpendidikan tinggi meninggalkan negara untuk bekerja di negara yang mempunyai kedudukan ekonomi lebih kukuh.
Ia menyebabkan Malaysia kurang berdaya saing dengan dengan negara jiran Singapura, yang merupakan sebuah negara berpendapatan tinggi dan mempunyai banyak profesional. - 24 Disember, 2013.- The Malaysian Insider

Tuesday, December 10, 2013

Lemas selamatkan rakan

Lemas selamatkan rakan
Anggota polis memeriksa mayat mangsa di lokasi kejadian sebelum dibawa ke Hospital Tuanku Ja'afar, semalam
NILAI - Niat baik seorang remaja hendak menyelamatkan rakannya yang hampir lemas di sebuah kolam di Batu 9, Jalan Pantai - Jelebu, dekat sini tidak kesampaian apabila dia pula menemui ajal.

Jurucakap polis berkata, dalam kejadian kira-kira 1 petang itu, mangsa, Ahmad Zainuddin Mohd Rosli, 17, sedang mandi bersama dua lagi rakan, Yusnor Zariq Iskandar Mohd Yusof, 13, dan Mohd Firdaus Rosli, 17.

“Siasatan awal kita mendapati, lebih kurang 10 minit ketiga-tiga remaja itu mandi di kolam berkenaan, salah seorang daripada mereka iaitu Yusnor Zariq didapati mula panik berikutan tidak dapat memijak dasar kolam.

“Pada masa itu, mangsa yang telah berenang ke tebing bersama Mohd Firdaus mengambil keputusan pantas untuk terjun semula ke dalam kolam bagi menyelamatkan rakannya. Walaupun mangsa berjaya melakukannya, tetapi dia pula dilihat terkapai-kapai sebelum tenggelam sepenuhnya tidak lama kemudian,” katanya.

Menurutnya, mangsa hanya berjaya dikeluarkan dari kolam terbabit dengan bantuan beberapa pekerja di kawasan berdekatan serta bantuan pernafasan (CPR).

“Bagaimanapun, ambulans yang tiba lebih kurang 2.45 petang mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia di tempat kejadian.

“Jenazah mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Ja’afar, di sini untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada pihak keluarga untuk urusan pengebumian,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Nilai, Deputi Superintendan Nasir Sanif ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. - SinarHarian

Monday, December 9, 2013

“Budak-budak baju merah” yang bantu kami, kata mangsa banjir

“Budak-budak baju merah” yang bantu kami, kata mangsa banjir
Unit Amal PAS

"I really salute ini budak-budak baju merah. Every time ada disaster you boleh nampak dia orang. They come in quietly, do their work, and then quietly they leave. No fanfare, no TV3," komen seorang bukan Melayu yang kini tersebar luas dalam media sosial.
(Saya sangat tabik budak-budak baju merah ini. Setiap kali ada musibah, awak boleh nampak  mereka. Mereka datang senyap-senyap, buat kerja mereka, dan kemudiannya pergi senyap-senyap. Tanpa laporan media, tanpa TV3).
Budak-budak baju merah adalah anggota Unit Amal Dewan Pemuda PAS. Kini ribuan daripada mereka sedang membantu mangsa banjir khasnya di Kuantan dan Kemaman, kawasan yang paling teruk dilanda banjir.
Mereka bukan dari Pahang dan Terengganu sahaja bahkan datang dari seluruh negara. Bahkan untuk memudahkan urusan, mereka yang bukan anggota Unit Amal juga memakai baju merah Unit Amal ketika datang untuk menolong mangsa banjir. Dengan cara itu, semua orang tahu mereka sedia menjalankan apa saja tugas untuk membantu mangsa.
Selepas bertungkus lumus dengan kerja menyelamat dan membantu mangsa di pusat pemindahan kini mereka bertugas untuk membersih rumah mangsa banjir pula. Malah, mereka juga bersedia untuk menghadapi gelombang kedua banjir ini.
Dalam beberapa kali perhimpunan Bersih, budak-budak baju merah ini yang mengawal orang ramai. Dengan disiplin yang tinggi dan tanpa mengharapkan sebarang upah, mereka menjadi pasukan sukarela yang sangat berkesan.
Dengan moto "Beramal kerana Allah", Unit Amal menjadi barisan depan PAS dalam memberikan bantuan kepada mangsa banjir.
Ketika Squad Sayang Umno sibuk dengan Perhimpunan Agung mereka di Kuala Lumpur, Unit Amal PAS bertugas siang dan malam membantu mangsa banjir.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin terpaksa memohon maaf kepada mangsa banjir berikutan kelewatan bantuan bekalan makanan tiba semasa banjir kali ini di seluruh negara.
Menurutnya,apa yang berlaku adalah perkara yang tidak diduga mengakibatkan penyaluran bekalan bantuan turut terjejas.
"Saya keluarkan arahan kepada pihak MKN (Majlis Keselamatan Negara) supaya menyediakan stok bekalan makanan yang mencukupi untuk sekurang-kurangnya tiga hari. Amaun yang boleh digunakan tidak menjadi isu. Soalnya bekalan yang boleh kita ambil, mesti disimpan di setiap pusat pemindahan dan saya minta supaya perkara ini diteliti, sehalus-halusnya berdasarkan keperluan,” kata Muhyiddin.
Beliau berkata demikian selepas meninjau kawasan dan penempatan mangsa banjir di sekitar Sekolah Menengah Kebangsaan Banggol, Paya Berenjut, Kemaman Jumaat lalu.
Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said juga mengamuk apabila menyedari kelemahan agensi kerajaan dalam melaksanakan bantuan banjir tambahan lagi apabila beliau mengetahui petugas PAS sangat aktif membantu mangsa.
Di Kemaman, Tuanku Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin turut turun untuk melihat sendiri kemusnahan dan mangsa banjir.
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi pula turun bertemu mangsa banjir dengan menaiki bot.
Di Kuantan, Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man membantu mangsa dan dilihat mengharungi banjir dan memanjat rumah dengan membawa bantuan untuk membantu mangsa. – 9 Disember, 2013. - Yahoo News

Thursday, December 5, 2013

Erma Fatima bayar hutang guna syiling 5 sen



Erma Fatima
PENGARAH filem-drama dan penerbit terkenal Erma Fatima kini dapat menarik nafas lega kerana hutangnya sudah langsai dibayar.

Hutang yang dimaksudkan membabitkan pelakon Rabecca Nur Islam yang merupakan wang tuntutan samannya terhadap produksi milik Erma, Rumah Karya Citra (M) Sdn. Bhd selepas pengarah itu gagal melunaskan baki bayaran lakonannya sebanyak 40 peratus untuk drama ‘Dejavu di Kinabalu’ tahun lalu.

Wang saman sejumlah RM11,200 itu dibayar Erma dalam bentuk wang syiling 5 sen. Erma turut menyertakan senaskhah Al-Quran untuk Rabecca. Wang dan Al-Quran itu dihantar oleh peguam Erma serta beberapa orang pembantu ke pejabat peguam Rabecca pada Selasa.

“Saya menyedari tindakan ini mungkin akan menyebabkan Rabecca menolak wang itu. Sejujurnya, saya tiada niat langsung untuk menghina Rabecca dengan tindakan tersebut. Dan saya rasa tidak perlu dia mempertikaikan niat saya menghantar Al-Quran tersebut yang saya anggap menjadi saksi dalam menentukan siapa berada pada pihak yang benar,” kata Erma.



BACA:


“Bagi saya, kita boleh melaungkan pada satu dunia tentang siapa sebenarnya berada pada pihak yang betul. Persoalannya, adakah duit itu hak seseorang itu atau tidak?” tambah Erma yang baru merangkul trofi Pengarah Terbaik Drama melalui filem ‘Aku Bukan Malaikat’ di Anugerah Skrin 2013.

Pada Al-Quran itu Erma ada menulis sekeping nota ditujukan pada Rabecca. Nota itu berbunyi: “Rabecca, kita boleh berbohong kepada dunia, tapi kita tak boleh berbohong pada diri kita dan Allah. Andai duit ini benar-benar duit awak maka halallah ia. Jika ia bukan hak awak, maka saya tidak akan halallkan dunia dan akhirat. Selamat meraikan kemenangan.”

Apabila ditanya samada dia kesal dengan apa yang berlaku, Erma berkata tindakan Rabecca untuk ke mahkamah memperbesarkan hal itu ‘memalukan’. 
Syiling RM11,200 bersama senaskah Al-Quran
“Kenapa perlu ke mahkamah? Bukannya dia tidak mengenali saya. Perkara kecil ini boleh dibawa berbincang dengan saya,” katanya.

Erma mengakui kealpaanya kerana tidak mengambil prosedur betul  ketika menamatkan kontrak Rabecca dari produksi drama itu apabila gagal menghantar notis pemberitahuan bertulis kepada pelakon itu.

“Dalam kontrak memang ada tertulis bahawa produser berhak menghentikan kontrak seseorang pelakon dalam produksi itu. Apabila masalah mula timbul, saya terpaksa melakukan perkara yang betul dengan ‘mematikan’ watak Rabecca,” kata Erma. 

“Dan saya mengaku itu kesalahan saya,” jawabnya ringkas.

Memetik daripada laporan mStar, Rabecca memberitahu tindakan pengarah itu dilihat seperti tidak berpuas hati selepas pihak peguam Erma bersama beberapa orang pembantu menyerahkan wang berkenaan dalam beberapa bungkusan berserta Al-Quran di pejabat peguamnya.

Sejurus selepas mendapat wang tuntutannya, Rabecca membuat keputusan memulangkannya dan turut meminta Erma untuk ‘membayar dengan cara berhemah’. 

Dan apa kata Erma?

“Saya tidak mahu perkara ini berpanjangan jadi saya akan membayar menggunakan nota RM1 pada Rabecca,” kata Erma. - By Hafidah Samat | Yahoo Newsroom – Wed, Dec 4, 2013 5:21 PM MYT

Klik klu suka

Related Posts with Thumbnails

Iklan Semanis Madu