adv

Pengikut Cun N Macho

HBeat

Tuesday, December 10, 2013

Lemas selamatkan rakan

Lemas selamatkan rakan
Anggota polis memeriksa mayat mangsa di lokasi kejadian sebelum dibawa ke Hospital Tuanku Ja'afar, semalam
NILAI - Niat baik seorang remaja hendak menyelamatkan rakannya yang hampir lemas di sebuah kolam di Batu 9, Jalan Pantai - Jelebu, dekat sini tidak kesampaian apabila dia pula menemui ajal.

Jurucakap polis berkata, dalam kejadian kira-kira 1 petang itu, mangsa, Ahmad Zainuddin Mohd Rosli, 17, sedang mandi bersama dua lagi rakan, Yusnor Zariq Iskandar Mohd Yusof, 13, dan Mohd Firdaus Rosli, 17.

“Siasatan awal kita mendapati, lebih kurang 10 minit ketiga-tiga remaja itu mandi di kolam berkenaan, salah seorang daripada mereka iaitu Yusnor Zariq didapati mula panik berikutan tidak dapat memijak dasar kolam.

“Pada masa itu, mangsa yang telah berenang ke tebing bersama Mohd Firdaus mengambil keputusan pantas untuk terjun semula ke dalam kolam bagi menyelamatkan rakannya. Walaupun mangsa berjaya melakukannya, tetapi dia pula dilihat terkapai-kapai sebelum tenggelam sepenuhnya tidak lama kemudian,” katanya.

Menurutnya, mangsa hanya berjaya dikeluarkan dari kolam terbabit dengan bantuan beberapa pekerja di kawasan berdekatan serta bantuan pernafasan (CPR).

“Bagaimanapun, ambulans yang tiba lebih kurang 2.45 petang mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia di tempat kejadian.

“Jenazah mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Ja’afar, di sini untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada pihak keluarga untuk urusan pengebumian,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Nilai, Deputi Superintendan Nasir Sanif ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. - SinarHarian

1 comment:

  1. Berita kemalangan yg menimpa anak saudaraku amat menyentuh hati...semoga arwah Kudin ditempatkn dikalangan orang2 yg beriman.

    Apa yang ku tahu, dari kecil hingga ke akhir hayat, arwah memang suka menolong orang. Jasamu terpahat dihati semua org yg mengenalimu.

    Al-Fatihah buat mu sayang....damai lah kamu di sana.

    ReplyDelete

Klik klu suka

Related Posts with Thumbnails

Iklan Semanis Madu