adv

Pengikut Cun N Macho

HBeat

Friday, December 27, 2013

Spaghetti Carbonara Versi Selera Melayu


Bahan-bahan:-

1/2 biji bawang holland-potong dadu

2 biji bawang putih-cincang halus @ parut
250ml susu segar Dutch Lady hijau
750ml air atau lebih.
1/2 mangkuk isi ayam kisar secukupnya
1-2 ketul kiub pati ayam
1 tin kecil cendawan butang - hiris nipis@cincang
2 sudu besar butter
1-2 sudu besar tepung beras/jagung (bancuh dgn air)
1 sudu teh serbuk lada itam (sesuka rasa)
1 sudu teh daun parsley kering
sedikit oregano & 1-2 helai daun bay (guna yg kering jer)
garam & gula secukup rasa
parmesan cheese atau sliced cheese-optional
hirisan cili padi secukup rasa (tabur bila nk mkn - optional)

Cara-caranya:-

Panaskan butter kemudian tumis bawang holland & bawang putih bg layu sikit dan naik bau wanginya....hmmm.... kemudian campak cendawan serta isi ayam ke dalamnya. Tumis sekejap pastu masukkan tepung beras/jagung yg telah dibancuh dan kacau tanpa henti utk elakkan berketul. Kemudian masukkan susu dan air serta kacau lagi supaya tidak berketul. Akhir sekali masukkan bahan2 lain .. Kacau tanpa henti hingga cheese mencair dan sup menggelegak. Siap dan boleh la ngap......Sos ni boleh juga dicicah dgn roti.

No comments:

Post a Comment

Klik klu suka

Related Posts with Thumbnails

Iklan Semanis Madu