adv

Pengikut Cun N Macho

HBeat

Sunday, November 16, 2014

Pagar Diri

Petua Untuk “Memagar” Diri Sendiri :-

Diperturunkan ilmu memagar diri dari ancaman sihir dan pencuri yang diamalkan dari sejak dahulu oleh para ambiya.


Waktunya: Selepas solat maghrib, seeloknya pada hari Selasa bagi memagar diri dan hari Jumaat bagi memagar rumah.

Caranya:-

:- Duduk bertimpuh seperti tahiyat awal dan mengadap ke kiblat.

:- Niat dalam hati untuk memagar diri dari segala ancaman sihir kerana Allah Taala.

:- Pejam mata dan tarik nafas dan tahan. Semasa menahan nafas itu baca ayat kursi dengan betul, seboleh-bolehnya dengan satu nafas sahaja. Semasa membaca ayat kursi itu juga, cuba bayangkan bahawa di hadapan anda ada satu tembuk yang amat kebal. Sesudah selesai membaca ayat kursi, hembuskan kembali nafas dengan perlahan-lahan.

:- Ulangi perbuatan yang ke (3) tetapi untuk kali ke 2 bayangkan pula bahawa tembok itu berada di belakang pula, seterusnya ulangi lagi untuk tembok sebelah kanan, kiri, atas dan bawah. Bermakna perlakuan ini terpaksa dilakukan sebanyak 6 kali sehingga anda berada dalam satu tembok empat persegi yang sempurna.

:- Untuk permulaan amalkan amalan ini sebulan sekali tetapi yang lebih afdal jika diamalkan seminggu sekali. Amalan ini hanya memerlukan lebih kurang 5 minit sahaja seminggu, janganlah berkira sangat tentang masa demi untuk keselamatan anda semua.


Ini adalah salah satu petua atau amalan yang paling mudah dilakukan. Jadikannya amalan dan yang lainnya berserah sahaja pada Allah s.w.t.  Semoga amalan kita ini mendapat keredhaan dan keberkatanNYA.

SELAMAT BERAMAL!!!!
 

Thursday, November 6, 2014

Banjir di Cameron Highlands : Penduduk diminta akur arahan polis

KETUA Polis Daerah Cameron Highlands, Deputi Superintandan Wan Mohd Zahari Wan Busu dikerumuni pemberita pada sidang media selepas menangguhkan operasi pencarian mangsa banjir, hari ini. - Foto Muhaizan Yahya
KUANTAN: Penduduk di kawasan terlibat dengan banjir kilat serta tanah runtuh di Cameron Highlands diminta sentiasa akur dengan arahan polis untuk keselamatan diri dan keluarga mereka.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Sharifuddin Ab Ghani berkata, polis sentiasa bersedia untuk membantu mangsa terlibat yang dilaporkan berlaku sejak malam tadi.

"Sehingga kini seramai 30 pegawai dan anggota polis terlibat dalam operasi tersebut dengan diketuai Ketua Polis Daerah Cameron Highlands Supt Wan Mohd Zahari Wan Busu.

"Setakat ini keadaan di sana dilaporkan masih terkawal dan bantuan daripada mana-mana Ibu Pejabat Polis Daerah lain masih belum diperlukan," katanya kepada pemberita selepas majlis pemakaian pangkat anggota di sini Khamis.

Beliau berkata, selain itu juga polis membuat pemantauan bersama pegawai daerah agar sentiasa bersedia jika masih terdapat perumahan sekitar yang dikhuatiri dalam keadaan berbahaya sekiranya hujan masih belum berhenti.

"Sekiranya rumah-rumah penduduk di situ didapati berbahaya, kita akan membuat pemindahan segera dan orang ramai harus akur dengan arahan itu bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini berulang," katanya.

Kejadian banjir lumpur dan tanah runtuh yang berlaku di Cameron Highlands lewat petang semalam setakt ini menyebabkan tiga orang maut dan lebih 100 penduduk terpaksa dipindahkan.

Sementara itu pada majlis tersebut, seramai 64 orang anggota berpangkat rendah di daerah Kuantan dinaikkan pangkat kepada sarjan dan turut menerima sijil penghargaan.

Katanya, semua anggota terlibat harus sentiasa bersedia memikul bebanan dan tanggungjawab yang disandang.

"Mereka mesti menunaikan segala amanah yang dipertanggungjawabkan itu dengan jujur dan ikhlas selain sentiasa mempertingkatkan presetasi kerja sepanjang perkhidmatan," katanya. - BERNAMA

Friday, October 31, 2014

Tidak Boleh Berniaga Jika Tidak Bertudung

Gambar Sekadar Hiasan
KOTA BARU: Jika tidak bertudung, anda tidak boleh terlibat dengan aktiviti perniagaan.

Pihak berkuasa tempatan (PBT) di Kelantan mencetuskan satu lagi kontroversi dengan memberi amaran bahawa mereka akan menguatkuasakan kod pakaian Islam kepada kumpulan yang terlibat dalam perniagaan.

PBT Kelantan memulakan Operasi Gempur Aurat iaitu mengenakan denda maksimum RM500 terhadap peniaga dan pekerja wanita yang tidak menutup rambut mereka dan memakai pakaian ketat.

Keputusan itu berlaku untuk wanita yang bekerja di pasar basah, pasar raya, pasar raya besar, kedai makanan dan pusat-pusat komersial lain yang memerlukan lesen operasi daripada PBT.

Pengusaha bukan Islam juga berisiko didenda jika pekerja mereka yang beragama Islam tidak mematuhi peraturan pemakaian seperti jika majikan mengarahkan pekerjanya untuk memakai pakaian seragam ketat dan berlengan pendek.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Belia dan Wanita Majlis Perbandaran Kota Baru (MPKB), Nor Azariza Mohd Alawi berkata tindakan keras itu adalah tindak balas kepada aduan orang ramai.

"Peraturan pakaian ini adalah salah satu syarat untuk mendapatkan permit perniagaan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan," katanya.

Tambah Nor Azariza, peraturan itu hanya dikenakan ke atas orang-orang 'berinteraksi' dengan orang ramai.

Sejak Ops Gempur Aurat dimulakan pada September lalu, 34 pesalah telah didenda.

Beliau berkata tindakan keras di Kota Baru itu akan berakhir pada Disember depan.

Pengarah Jabatan Pembangunan Islam MPKB, Ropein Hassan berkata, permohonan untuk melonggarkan syarat itu tidak akan dilayan kerana kod pakaian itu ditetapkan dengan jelas dalam permit perniagaan.

Beliau berkata pihaknya juga telah mewajibkan peniaga, termasuk bukan Islam untuk menghadiri kursus tentang cara-cara untuk menjalankan perniagaan dari perspektif Islam.

"Kami telah mengambil inisiatif untuk mendidik mereka terlebih dahulu sebelum menguatkuasakan undang-undang kecil ini (pada pakaian)," katanya.

Beliau berkata seramai 3,000 peniaga telah mengambil bahagian dalam kursus itu dengan masih terdapat lebih 10,000 senarai menunggu.

Pada November 2012, PBT Kelantan mengejutkan banyak pihak apabila menguatkuasakan sekatan ke atas tukang gunting rambut untuk memberi khidmat kepada pelanggan berlainan jantina.
- mStarOnline

Ikat bayi: Apa dosa anak saya


Kanak-kanak lelaki yang ditemui ibunya di rumah pengasuh dalam keadaan kaki dan tangannya diikat, semalam.
Kanak-kanak lelaki yang ditemui ibunya di rumah pengasuh dalam keadaan kaki dan tangannya diikat, semalam.
PERMATANG PAUH - "Apa dosa anak saya sampai diikat kaki dan tangan?," tanya ibu Muhammad Nor Nalis Esma Abdullah, kanak-kanak berusia empat tahun yang dipercayai jadi mangsa dera pengasuhnya.
  
Nalita Ahmad, 38, berkata, mana-mana ibu pun tidak akan menyangka anak sekecil itu sanggup diperlakukan sedemikian oleh orang dewasa walau atas apa jua sebab.

"Saya pun tidak tahu apa salah saya atau anak saya. Nak dikata tak bayar upah, setiap bulan saya bayar RM300. Ada jiran yang kata bayaran itu agak tinggi berbanding dengan upah pengasuh lain di kawasan ini tapi saya tak kisah, saya bayar sebab percayakan dia (pengasuh)," katanya.
  
Namun kata Nalita, dia sama sekali tidak menyangka kepercayaan yang begitu tinggi diberikan dibalas sedemikian rupa, apa lagi anaknya yang jadi mangsa.

Nalita dari Taman Seri Pinang di sini mengakui, Muhammad Nor mungkin agak aktif berbanding kanak-kanak sebayanya yang lain.
 
"Tapi itu bukan alasan sampai anak saya perlu diikat. Kalau tak sanggup jaga, kenapa tidak beritahu secara elok, boleh saya cari pengasuh lain," katanya.

Nalita mengakui naluri keibuannya dapat merasakan ada sesuatu yang tidak kena pada anaknya sebelum itu.
  
“Pulang dari jagaan pengasuh, anak saya selalu mengadu lapar menyebabkan saya ambil keputusan untuk melihat sendiri keadaan anak saya di rumah pengasuhnya itu.

“Hati ibu mana yang tidak sedih tatkala melihat anak diikat kaki dan tangan. Sungguh kejam dan tidak berperikemanusiaan. Anak orang lain pun kita pasti akan rasa sedih, apa lagi anak sendiri,” katanya.

Mengulas lanjut, Nalita berkata, dalam soal hukuman terpulang pada mahkamah untuk mengadilinya namun sebagai insan dan juga ibu, dia mengharapkan hukuman yang setimpal dikenakan sebagai pengajaran.

“Bagi saya apa yang dilakukannya sememangnya tidak dapat diterima akal manusia yang normal namun saya tidak dapat mengulas lanjut mengenai hal ini, biarlah dia diadili dengan sewajarnya di mahkamah kelak," katanya.

Menurut Nalita, apa yang berlaku menyebabkan dia serik untuk anaknya dijaga oleh orang lain.

“Terjadinya perkara seperti ini menyebabkan saya sukar untuk percaya kepada sesiapapun untuk jaga anak. Peristiwa ini jadi igauan ngeri pada saya yang takkan saya lupakan sampai bila bila,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Abdul Rahman Ibrahim berkata, suspek mungkin akan dihadapkan ke mahkamah hari ini.

“Kertas siasatan sudah diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut. Tempoh reman tamat hari ini dan suspek akan didakwa di mahkamah.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 31 Akta Kanak-Kanak 2001 yang mana jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM20,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.
- SinarHarian

Kelantan bebas premis mesin judi

Lai Yong Heng
Asisten Komisioner Lai Yong Heng
KOTA BHARU - Tinggal tiga hari saja lagi sebelum tamat tempoh arahan pucuk pimpinan, Kontinjen Kelantan sudah mampu mengisytiharkan kawasan mereka bebas sepenuhnya daripada premis mesin judi haram.

Kejayaan itu sekali gus melegakan pasukan polis kontinjen itu daripada dikenakan tindakan tegas atau ditukar 24 jam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Kormisioner Lai Yong Heng berkata, serbuan terakhir dilakukan antara April dan Jun lalu membabitkan dua lokasi di Jalan Kuala Krai dan Jalan Pengkalan Chepa, di sini.

“Dalam operasi tersebut, empat lelaki berusia antara 25 dan 35 tahun ditahan. Sejumlah 28 komputer yang digunakan untuk kegiatan judi mesin tersebut, dirampas, manakala mereka yang ditahan sudah dihadapkan ke mahkamah,” katanya di sini, siang tadi.

Menurutnya, ops membanteras jenayah ini masih lagi diteruskan bagi memastikan Kelantan akan sentiasa bersih daripada kegiatan mesin judi haram tersebut.
- SinarHarian

Saturday, October 25, 2014

Pelajar MRSM patah rusuk kes dibelasah senior




Seorang pelajar lelaki Tingkatan Dua Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di Balik Pulau patah tulang rusuk dipercayai dibelasah lapan pelajar Tingkatan Empat di bilik asramanya, Rabu lepas.

Jurucakap polis berkata dalam kejadian antara pukul 11.45 malam dan 1 pagi itu mangsa turut dicederakan menggunakan seterika panas di kedua belah bahu selain tubuhnya dipijak kumpulan pelajar terbabit.

"Warden hanya mengetahui kejadian itu keesokan harinya dan mangsa dihantar pulang menaiki kapal terbang dan setibanya di Lapangan Terbang Subang, bapanya terus membawanya ke hospital di Klang, Selangor untuk pemeriksaan," katanya di Balik Pulau semalam.

Beliau berkata mangsa kini menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang berikutan serpihan tulang rusuk yang patah itu mengenai jantung mangsa.

Katanya kejadian berpunca akibat rasa tidak puas hati apabila mangsa bersama seorang rakannya yang merupakan pelajar tingkatan tiga menggeledah bilik pelajar tingkatan empat berkenaan kerana mencari kasut rakannya yang hilang.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Lai Fah Hin ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu daripada ibu mangsa hari ini.

Beliau berkata polis telah mengenal pasti lapan pelajar terbabit dan sedang menyiasat kes ini dari pelbagai sudut dan pelajar berkenaan akan ditahan untuk membantu siasatan dalam tempoh terdekat.- Bernama

Siasat Remaja Suspek Kes Culik - Komander Esscom

Balik Pulau: Sekumpulan pelajar tingkatan empat bertindak ala samseng apabila membelasah seorang pelajar junior hingga menyebabkan mangsa terpaksa dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi, Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang selepas tulang rusuknya patah dalam kejadian di asrama Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), di sini, Rabu lalu.
Dalam kejadian yang berlaku antara jam 11.45 malam dan 1 pagi itu, mangsa pelajar tingkatan dua dikatakan dipijak sembilan pelajar senior selain turut dicederakan dengan seterika panas hingga bahunya melecur.
Difahamkan, kejadian berlaku berikutan pelajar senior itu tidak berpuas hati apabila sekumpulan pelajar tingkatan tiga menggeledah bilik mereka untuk mencari kasut rakan mereka bernilai RM400 yang hilang.
Mangsa dikatakan turut berada bersama kumpulan pelajar tingkatan tiga itu menyebabkan dia turut dipersalahkan selepas dipercayai terbabit sama menggeledah bilik pelajar senior berkenaan.
Menurut sumber, kejadian hanya disedari warden pada keesokan hari sebelum memaklumkan kepada ibu bapa pelajar terbabit yang tiba untuk membawanya pulang dan mendapatkan rawatan.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/4040#sthash.aCeaSTr8.dpuf



KOTA KINABALU: Pasukan keselamatan Malaysia menjalankan siasatan terperinci berikutan penahanan tiga remaja dipercayai bersubahat dengan penculikan untuk wang tebusan (KFR) dan lain-lain kumpulan penjenayah di sempadan pantai timur Sabah.
Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom), Datuk Abdul Rashid Harun berkata, pasukan penyiasat mengkaji semua sudut selepas merampas telefon bimbit daripada tiga suspek yang berumur antara 14 hingga 29 tahun.

Ditanya mengenai kemungkinan ketiga-tiga suspek itu merupakan pasukan peninjau untuk penculikan KFR, Rashid berkata: "Kami masih menyiasat".

Tiga suspek itu ditahan berhampiran sebuah resort di Pulau Mabul, Semporna pada kira-kira pukul 8.30 malam pada Rabu lalu kerana melanggar arahan perintah berkurung di kawasan berkenaan.

Menurut Abdul Rashid, dua daripada lelaki berkenaan memiliki dokumen pengenalan diri yang sah manakala seorang lagi mempunyai dokumen pengenalan pendaftaran lewat. - mStar

Balik Pulau: Sekumpulan pelajar tingkatan empat bertindak ala samseng apabila membelasah seorang pelajar junior hingga menyebabkan mangsa terpaksa dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi, Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang selepas tulang rusuknya patah dalam kejadian di asrama Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), di sini, Rabu lalu.
Dalam kejadian yang berlaku antara jam 11.45 malam dan 1 pagi itu, mangsa pelajar tingkatan dua dikatakan dipijak sembilan pelajar senior selain turut dicederakan dengan seterika panas hingga bahunya melecur.
Difahamkan, kejadian berlaku berikutan pelajar senior itu tidak berpuas hati apabila sekumpulan pelajar tingkatan tiga menggeledah bilik mereka untuk mencari kasut rakan mereka bernilai RM400 yang hilang.
Mangsa dikatakan turut berada bersama kumpulan pelajar tingkatan tiga itu menyebabkan dia turut dipersalahkan selepas dipercayai terbabit sama menggeledah bilik pelajar senior berkenaan.
Menurut sumber, kejadian hanya disedari warden pada keesokan hari sebelum memaklumkan kepada ibu bapa pelajar terbabit yang tiba untuk membawanya pulang dan mendapatkan rawatan.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/4040#sthash.aCeaSTr8.dpuf
Balik Pulau: Sekumpulan pelajar tingkatan empat bertindak ala samseng apabila membelasah seorang pelajar junior hingga menyebabkan mangsa terpaksa dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi, Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang selepas tulang rusuknya patah dalam kejadian di asrama Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), di sini, Rabu lalu.
Dalam kejadian yang berlaku antara jam 11.45 malam dan 1 pagi itu, mangsa pelajar tingkatan dua dikatakan dipijak sembilan pelajar senior selain turut dicederakan dengan seterika panas hingga bahunya melecur.
Difahamkan, kejadian berlaku berikutan pelajar senior itu tidak berpuas hati apabila sekumpulan pelajar tingkatan tiga menggeledah bilik mereka untuk mencari kasut rakan mereka bernilai RM400 yang hilang.
Mangsa dikatakan turut berada bersama kumpulan pelajar tingkatan tiga itu menyebabkan dia turut dipersalahkan selepas dipercayai terbabit sama menggeledah bilik pelajar senior berkenaan.
Menurut sumber, kejadian hanya disedari warden pada keesokan hari sebelum memaklumkan kepada ibu bapa pelajar terbabit yang tiba untuk membawanya pulang dan mendapatkan rawatan.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/4040#sthash.aCeaSTr8.dpuf

Tunku Mahkota Johor, Che Puan Khaleeda selamat diijabkabul

TUNKU Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, 30, selamat menjalani istiadat pernikahan bersama isteri, Che Puan Khaleeda Bustamam, 21, dengan sekali lafaz di Istana Bukit Serene, di Johor Bahru hari ini. - Foto ihsan Southern Tigers
JOHOR BAHRU: Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, 30, bersama isteri, Che Puan Khaleeda Bustamam, 21, selamat menjalani istiadat pernikahan di Istana Bukit Serene, di sini hari ini.

Istiadat pernikahan yang menyusul selepas istiadat pertunangan dan majlis hantaran itu, disaksikan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar dan Raja Zarith Sofiah Sultan Idris.

TMJ Tunku Ismail Sultan Ibrahim selamat diijabkabul bersama Che Puan Khaleeda Bustamam dengan sekali lafaz.
Pasangan Diraja yang mengenakan busana serba putih itu sempat melambaikan tangan kepada pengamal media yang menunggu di gerbang utama Istana Bukit Serene ketika berangkat keluar pada jam 12 tengah hari tadi.


Istiadat perkahwinan akan disempurnakan mengikut istiadat Diraja Johor serta ketenteraan pada 8 November ini. - BHOnline 

Thursday, October 23, 2014

SEMAK SEBELUM SEBAR



Bismillahirahmanirahim.

Assalamualaikum!

Sekadar peringatan buat diri sendiri dan semua kerana diri ini hanya insan biasa yang tidak terlepas dari melakukan kesilapan. 

Mudah2an kita dijauhi dari menjadi penyebar FITNAH.

Nauzubillah min zalik. 



Salam Maal Hijrah 1436H


Bismillahirahmanirahim.

Selamat tahun baru buat muslimin & muslimat seantaro dunia.

Tahun berganti lagi begitu juga umur pun meningkat lagi dan kita juga semakin dekat jalan pulang ke pangkuan Illahi. Tapi bagaimana dengan peningkatan amalan maupun bekalan yang bakal dibawa bersama pabila tiba saatnya kita kembali.

Jom kita bermuhasabah diri....sesungguhnya masa semakin singkat. Lakukan sebaiknya agar selamat dunia akhirat. 

Oh ya....tema Maal Hijrah 1436H ialah PERPADUAN NADI TRANSFORMASI NEGARA.

Rasanya tema ni ada kena mengena dengan perpaduan masyarakat Islam dalam negara kita, Malaysia tercinta yang semakin rapuh. Bertelagah sesama sendiri, ulamak dan ustaz dipandang rendah dan dihina...sesungguhnya kita diambang kehancuran.
 

Monday, October 20, 2014

Watak psiko: ‘Lena’ uji kemampuan Lisa Surihani

SELAMA ini, kita sering melihat aktres cantik, Lisa Surihani menjayakan watak-watak romantis, komedi dan juga antagonis. Namun belum sekali kita melihat Lisa berlakon dalam filem seram, apatah lagi membawakan watak sebagai wanita psiko.

Namun akhirnya, Lisa berjaya keluar dari zon selesanya dan menerima watak psiko dalam filem terbarunya, Dendam Orang Mati akan menemui penonton di pawagam pada 23 Oktober ini.

Bercerita lanjut mengenai filem tersebut, Lisa berkata, dia membawakan watak sebagai Lena yang tersedar di hospital setelah dua tahun koma dan hilang ingatan akibat kemalangan.

Katanya, pada awalnya dia enggan terlibat dengan pembikinan filem ini kerana tidak suka wataknya sebagai wanita psiko.

Namun setelah beberapa kali diyakinkan oleh suaminya, Yusry Abdul Halim, dia akhirnya bersetuju untuk terlibat dengan filem itu dengan satu syarat.

"Sejujurnya tatkala melihat naskhah filem ini, saya tidak suka dengan karakter Lena dan apatah lagi, filem ini sangat gelap jalan ceritanya dan berbeza dari karakter saya yang sebenar.

"Namun Yusry yakinkan saya untuk keluar dari zon selesa. Jadi saya terima dan minta Yusry menyediakan bengkel untuk saya mendalami watak Lena terlebih dahulu sebelum menjalankan penggambaran,” katanya yang ditemui selesai sesi tayangan filem Dendam Orang Mati di e@Curve, baru-baru ini.

Lisa berkata, dia bersyukur apabila Fauziah Nawi rela hati membantunya mendalami watak Lena, manakala Yusry pula sering menemaninya di set penggambaran.

"Saya bukan peminat cerita seram dan tidak suka berlakon dalam filem seram. Tapi saya ambil ini sebagai satu cabaran dan saya sentiasa berfikiran positif.

"Malah dek kerana terlalu mendalami watak Lena, pada penghujung penggambaran, saya sudah mula 'masuk' dengan perwatakan Lena. Tetapi mujur ibu Fauziah banyak mengingatkan saya untuk sentiasa jadi profesional dan meninggalkan watak Lena di set penggambaran setelah pulang ke rumah dan Yusry banyak membantu saya untuk tidak terus kekal sebagai Lena," katanya.

Lisa berkata, setelah melihat hasilnya dia berpuas hati dengan karya Jasong Chong dan berpendapat segala usaha dan perit-jerih mereka di lokasi, berhasil.

"Filem ini memerlukan kami berlakon ada kalanya sehingga 23 jam. Malah ada kalanya kami hanya balik ke rumah untuk mandi dan kemudian kembali ke set.

"Bukan itu sahaja, banyak masa kami habiskan di lokasi penggambaran di sebuah gudang dan kadangkala hanya makan roti di cicah air milo.

"Namun segala komitmen dan usaha kami tampak berhasil. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada seluruh krew yang terlibat, terutamanya Jason yang berjaya menghasilkan filem sebaik ini," katanya.

Kerjaya & rumah tangga

Dalam pada itu, bercerita mengenai perkembangan seninya, Lisa berkata, buat masa ini dia tidak terlibat dengan sebarang penggambaran.

“Sekarang saya sibuk dengan promosi filem Dendam Orang Mati sahaja dan kalau mengenai tawaran saya tak boleh kongsi apa-apa lagi. Senang kata, saya kosong lagi sekarang,” katanya yang kini terikat dengan Marigold Peel Fresh, The Body Shop, Oral B, Head, Shoulders dan juga Shell.

Tidak lengkap andai tidak berbual perihal kehidupannya kini, akui Lisa, usia perkahwinannya yang sudah menjangkau dua tahun setengah adalah tempih yanv masih baharu bagi mana-mana pasangan yang berkahwin.

“Apa pun, saya sangat bersyukur kerana Yusry bukan setakat suami yang mampu menjaga saya dengan baik. Dia juga kawan baik dan pendorong terbaik dalam kehidupan saya.

“Komunikasi itu penting, lebih-lebih lagi kami dalam industri yang sama. Jadi, kami boleh berborak dan sentiasa menyokong antara satu sama lain,” katanya.

Jelas Lisa, Yusry juga tidak pernah menghalang dia berlakon dengan mana-mana produksi lain selain produksi milik suaminya.

“Dia tiada masalah saya nak berlakon bawah mana-mana produksi, dia bukan macam tu. Dia sentiasa beri peluang kepada saya,” katanya popular dengan program travel log, Passport Cinta yang dikendalikan bersama Yusry. - SinarHarian

Anak kucing tumpang kasih beruk betina

Gelagat Putih dan beruk peliharaan Zainudin yang sangat akrab.
KEMAMAN - Pelik tapi benar! Seekor anak kucing terbuang berusia empat bulan yang dipungut seorang pemandu di Klinik Kesihatan Bandar Ceneh Baru menumpang kasih seekor beruk betina apabila kedua-duanya kelihatan akrab tak ubah seperti ibu dan anak.

Kemesraan dua ekor haiwan itu mula terjalin sejak Zainudin Ismail, 52, membawa pulang anak kucing itu ke rumahnya dua bulan lalu selepas menemuinya berkeliaran dalam keadaan kelaparan di kaki lima lot kedai dekat sini.

Zainudin berkata, simpati akan keadaan anak kucing itu yang kurus kering, dia mengambilnya untuk dipelihara dan diberikan nama Putih.

Katanya, di rumah dia turut membela seekor beruk betina yang ditemui di tepi Jalan Cheneh-Mak Lagam dalam keadaan cedera kerana dilanggar dua tahun lalu.

“Walaupun spesies berbeza, kedua-dua haiwan belaan saya ini sangat rapat hingga kedua-duanya dilihat sentiasa makan dan bermain bersama seperti ibu dan anak.

“Beruk betina milik saya ini juga kelihatan sangat sayangkan Putih dan kedua-duanya sering berpelukan antara satu sama lain,” katanya.

Katanya, sehingga kini Putih tidak sedikit pun dicederakan beruknya itu.

“Saya sekeluarga sangat terhibur dan adakalanya tersentuh hati setiap kali lihat gelagat Putih dan ibu baharunya ini. Dua haiwan ini ibarat anugerah ALLAH SWT kepada kami sekeluarga kerana situasi ini jarang terjadi,” katanya. - SinarHarian

Bergelut dengan penyamun

Tempat menantu Moksu bergelut dengan penjenayah, Jumaat lalu.
KUALA KRAI - Seorang suri rumah tidak sedar rantainya direntap ketika bergelut dengan penyamun yang masuk ke kediaman mertuanya dalam kejadian tengah hari Jumaat lalu.

Walaupun kejadian itu meninggalkan kesan trauma begitu mendalam terhadap dirinya, wanita dikenali sebagai Na tetap bersyukur dia hanya kerugian RM700 dan luka di pergelangan tangan.

Wanita berusia 28 tahun itu berkata, dia panik apabila secara tiba-tiba didatangi lelaki yang kemudiannya mengacu parang ke lehernya.

Katanya, ketika itu dia hanya memikirkan keselamatan diri dan anaknya memandangkan mereka berdua sahaja berada di rumah, manakala suaminya bekerja di Kuala Lumpur dan mertuanya menghadiri majlis kenduri di Sungai Durian.

Wanita berasal dari Pahang itu berkata, sebelum kejadian dia terdengar bunyi enjin kenderaan di hadapan rumah ketika berbaring di ruang tamu dan kemudian bangun menuju ke dapur tanpa mengesyaki apa-apa.

“Namun, bunyi kenderaan  itu semakin lama semakin dekat, saya kemudiannya keluar ke ruang tamu semula kerana menyangka saudara mara mertua datang memandangkan mereka biasa bertandang ke sini.

“Tetapi sangkaan saya meleset kerana saya dapati seorang lelaki tidak dikenali memakai topi dan cermin mata berada di hadapan pintu.

Saya sempat tanya dia nak apa, sebaliknya dia meminta saya serahkan barang kemas,” katanya.

Na berkata, sebaik sahaja memberitahu tidak memiliki barang yang dikehendaki, lelaki terbabit terus menghampirinya dan turut mengacukan parang di leher.

“Walaupun takut, saya sempat bergelut dengan penyamun terbabit dan turut menolaknya keluar dari rumah menerusi pintu yang dimasuki penjenayah terbabit. Saya tidak sedar bila penjenayah mengambil rantai leher saya,” katanya.

Menurutnya, penjenayah terbabit menaiki kereta jenis Perodua myvi berwarna kelabu.

Katanya, walaupun sudah dua hari kejadian itu berlaku tetapi dia masih takut jika melihat kenderaan masuk ke kawasan rumah mertuanya.

Sementara itu, mertuanya yang dikenali sebagai Moksu berkata, dia hanya mengetahui kejadian selepas dihubungi suami mangsa.

Katanya, kejadian Jumaat lalu kali pertama berlaku di kediamannya. - SinarHarian

Sunday, October 19, 2014

Dua penunggang motosikal kuasa tinggi maut nahas

Api marak membakar motosikal berkuasa tinggi yang terbabit dalam kemalangan pagi tadi. - Foto ihsan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.
KUALA LUMPUR - Dua lelaki yang menunggang motosikal berkuasa tinggi maut dan seorang lagi cedera parah dalam kemalangan jalan raya di KM25 Lebuhraya Karak dekat sini, hari ini.
Penolong Kanan Penguasa Bomba, Ahmad Aidil Ab Majid berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada 11.22 pagi dan tiba di lokasi berkenaan lima minit kemudian.

Beliau berkata, seramai tujuh anggota dari balai bomba Selayang diarah ke tempat kejadian.

"Siasatan awal mendapati dua penunggang rentung dijilat api motosikal yang terbakar.

"Seorang lagi terlantar di jalan raya dan tidak sedarkan diri dipercayai dilanggar. Hanya seorang penunggang yang terselamat tetapi cedera parah," katanya.

Beliau berkata, punca kemalangan masih dalam siasatan. - Bernama

Aduan culik sebagai helah

Pelajar semester lima jurusan fesyen Politeknik Johor ini mendakwa dirinya diculik ketika keluar rumah di Taman Scientex Casia, Pasir Gudang Johor. Dia dibawa ke IPD Dungun untuk diambil keterangan bagi tujuan siasatan lanjut.
DUNGUN - Teka-teki mengenai kes culik membabitkan seorang pelajar Politeknik dari Johor seperti dilaporkan oleh pelajar berkenaan semalam dipercayai hanya satu laporan palsu.

Hasil siasatan awal polis mendapati, ia satu helah dibuat pelajar itu untuk mengelakkan dia dikenakan tindakan susulan kegagalannya menghantar satu tugasan.

Difahamkan, pelajar berkenaan menaiki bas dari Johor dan tiba di Dungun kira-kira jam 4.30 pagi sebelum cuba menghubungi seorang rakannya melalui aplikasi WhatsApp.

Bagaimanapun, ketika masih dalam bas dalam perjalanan dari Johor ke Dungun, dia dipercayai memaklumkan kepada rakannya itu bahawa dia diculik.

Sebaik tiba di Dungun, pelajar jurusan fesyen semester lima itu dikatakan  menghubungi ibunya melalui telefon bimbit, namun gagal, sebelum ibunya menghubunginya semula dan pelajar terbabit mendakwa dirinya diculik.

Ekoran itu, ibunya yang bimbang dengan keselamatan anak perempuannya itu, dikatakan telah menyuruh pelajar itu pergi membuat laporan polis berkaitan kejadian itu.

Berdasarkan cerita palsu dilaporkan pelajar terbabit, ketika ingin membuka pintu pagar rumah untuk ke Politeknik Sultan Ibrahim Johor, dia dikatakan tidak sedarkan diri.

Dia kemudian sedar semula dalam sebuah lori kotak yang berhenti untuk mengisi minyak di sebuah stesen minyak di Dungun.

Pelajar ini turut mendakwa diculik tiga lelaki kononnya orang Kelantan berdasarkan dialek percakapan dan salah seorang daripadanya memakai baju T berwarna merah.

Tambah pelajar itu lagi, dalam lori berkenaan turut terdapat tujuh lagi mangsa lain termasuk kanak-kanak lelaki dan perempuan dipercayai akan dibawa ke Kelantan.

Sebaik membuat laporan polis di Balai Polis Dungun kira-kira jam 9.45 pagi semalam, gadis berasal dari Bukit Ampang Permai, Ampang Selangor itu kemudiannya disiasat di Ibu Pejabat Polis Daerah Dungun.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Ahmad Zailani Yaacub mengesahkan menerima laporan daripada pelajar berkenaan.

Bagaimanapun selepas siasatan dilakukan, dia dilaporkan hanya membuat cerita rekaan berkaitan kesnya diculik.
- Sinar Harian  


http://ayahbob.blogspot.com/2014/10/politeknik-ibrahim-sultan-sahkan.html

Politeknik Ibrahim Sultan sahkan penuntut diculik

JOHOR BAHRU - Pentadbiran Politeknik Ibrahim Sultan (PIS), Pasir Gudang mengesahkan seorang penuntut wanita telah diculik beberapa individu tidak dikenali di hadapan kediamannya di Taman Scientex di sini malam semalam.
  
Pegawai Hal Ehwal Pelajar (HEP) PIS, Abdul Razak Salim berkata, mangsa yang berasal daripada Kuala Lumpur merupakan penuntut semester lima jurusan Diploma Rekaan Fesyen di institusi pendidikan terbabit.
  
"Saya akan ke Dungun, Terengganu malam ini untuk menguruskan perkara itu namun saya tidak dapat memberikan sebarang kenyataan lain berkenaan kes itu," katanya hari ini.
  
Bernama difahamkan penuntut perempuan itu berjaya melarikan diri ketika kenderaan penculik itu sedang mengisi minyak di sebuah stesen minyak di Dungun, Terengganu pagi tadi.
  
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Abdul Samad Salleh mengesahkan ada seorang pelajar politeknik dari negeri ini membuat laporan polis di Balai Polis Dungun, Terengganu pagi tadi.

Bagaimanapun menurutnya, pihak polis setakat ini tidak menerima sebarang laporan yang dibuat mana-mana pihak berhubung kehilangan anggota keluarga mereka di kawasan Seri Alam.
  
Buat waktu ini kami masih menyiasat laporan polis yang dibuat oleh penuntut wanita itu, katanya.
  
"Polis juga merayu mana-mana individu yang kehilangan anggota keluarga supaya tampil membuat laporan bagi membantu pihak polis menjalankan siasatan lanjut," katanya.
  
Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 363 Kanun Keseksaan, kata beliau. - Bernama

Ragut: Dua mahasiswi UiTM cedera


Nurshara menunjukkan luka yang dialaminya selepas dihimpit peragut dalam kejadian itu.
KUANTAN - Dua sahabat karib cedera selepas motosikal mereka dihimpit peragut ketika dalam perjalanan ke kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) Jengka, pagi kelmarin.

Ketika kejadian kira-kira jam 8.15 pagi itu, Nurshara Arishah Samsuri, 21 keluar dari rumah sewa di Taman Jengka Mahkota dengan membonceng motosikal rakannya, Suhaila Abdul Samad, 22, untuk ke kelas yang bermula jam 8.30 pagi.

Secara tiba-tiba mereka didatangi seorang lelaki berkulit cerah dan bertopi keledar yang menunggang motosikal berwarna merah putih lalu meraba bahagian dada Nurshara sebelum menarik beg yang diletakkan di bahagian tengah.

Mahasiswi Jurusan Pengurusan Pejabat itu terkejut dan sempat menjerit namun malangnya Suhaila, yang juga dari jurusan sama gagal mengawal motosikal.

Nurshara berkata, akibatnya, motosikal itu terbabas dan kedua-dua mereka jatuh ke sebelah kanan jalan.

“Saya tergolek beberapa kali sebelum tersembam di bahagian tengah jalan raya manakala Suhaila terjatuh tidak jauh dari motosikal,” katanya.

Akibat daripada hentakan kuat, Nurshara mengalami luka di bahagian lutut, tangan, bahu, jari dan siku kiri tetapi malang bagi Suhaila yang terpaksa menerima beberapa jahitan di atas mata dan patah tangan kiri.

“Nasib saya baik tiada kenderaan yang melalui jalan berkenaan, jika tidak mungkin dirempuh kerana jalan berkenaan berdekatan selekoh.

Menurutnya, dalam samar-samar matanya yang hampir pitam, dia nampak peragut itu membuat pusingan U dan lalu di hadapannya.

“Tapi saya bersyukur, sebuah kereta Pensyarah yang dikenali melalui kawasan itu lalu menghubungi ambulans dan memberi bantuan sementara kami di hantar ke Hospital Jengka ” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Bagaimanapun, katanya, Suhaila dipindahkan ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas), Temerloh untuk rawatan lanjut.

Katanya,  dia dimaklumkan rakan-rakan bahawa keadaan Suhaila semakin pulih tetapi tetap trauma dengan kejadian itu.

Nushara juga mengakui, sehingga kini, dia masih takut dengan kejadian itu dan akan terus berpindah ke asrama apabila pulang ke kolej selepas menghabiskan cuti sakit selama dua hari.

Menurutnya, rakan serumah mereka pernah menjadi mangsa ragut apabila dikejar dan dua peragut di lokasi sama.

“Saya rasa sudah tidak selamat berada di luar kampus. Mungkin peragut sudah memerhati kelibat kami setiap hari melalui jalan itu dan mereka berani bertindak walaupun seorang diri.

“Kami sebenarnya tidak mempunyai wang, hanya kotak pensil dan nota sahaja tapi bimbang dengan keselamatan kerana mereka boleh bertindak di luar kawalan termasuk mencederakan mangsa,” katanya.

Nurshara membuat laporan polis kira-kira jam 11.40 pagi di Balai Polis Jengka selepas dua jam menerima rawatan.
- Sinar Harian

Keinsafan menggamit diri


Bismillahirrahmanirahim.

Innalillahiwainnailahirojiun. Hari ini kami dikejutkan dengan kepulangan bapa sepupu belah suamiku yang di kenali sebagai Pak Busu ke rahmatullah. Terkedu sekejap tatkala dapat berita. Tau arwah ni tidak sihat tapi tu la sentiasa tak punya masa maupun rezeki nak bertemu.

Tak sempat nak ziarah jenazah kat rumah, jadi aku dan Hasan (sepupu suami) tunggu kat kubur selepas dia jemput aku kat masjid tadi. Kebetulan pula ya.....kubur arwah ni selang satu dari kubur arwah bapa mertuaku yang meninggal November tahun lepas.

Pertama kali dalam hidup ini, aku melihat cara jenazah disimpan di liang lahat. Ya Allah! tak dapat aku bayangkan bagaimana rasanya berada di dalam sana. Takut? Memang takut. Takut sangat2. Cukupkah bekalan yang akan aku bawa nanti. Ya Allah! sesungguhnya aku belum bersedia untuk kembali ke sisiMU. Tingkatkan keimananku, istiqomahkan hati ini untuk terus beramal dan tetapkan jalanku agar terus berada di jalan yang benar..... Sebelum KAU panggil aku balik, izinkan aku menunaikan Rukan Islam yang ke 5.....aamiin.

Terpandang wajah Busu Junaidah....Alhamdulillah! ada kekuatan dalam kehilangan. Faham apa yang dirasa, hanya kata2 semangat dan doa yang dapat aku berikan.

Semoga roh arwah Busu Rosli tenang di alam sana. Ya Allah! KAU ampunilah dosa2 arwah dan tempatkannya dikalangan orang2 yang beriman dan soleh...AL-FATIHAH.

 

Klik klu suka

Related Posts with Thumbnails

Iklan Semanis Madu