adv

Pengikut Cun N Macho

HBeat

Monday, January 20, 2014

Ceramah Perdana Maulidur Rasul Masjid Aleyah Kuala Ina

Belum terlambat untuk ucapkan SALAM MAULIDUR RASUL buat semua yang sudi melapangkan masa menjenguk blog akak.

Saja nak kongsi foto-foto ceramah sempena Maulidur Rasul. Bangga sangat dengan kariah Pulau Sebang/Tampin dan kawasan sekitarnya kerana beramai-ramai menghadirkan diri untuk mendapatkan sedikit ilmu.

Penceramah jemputan kali ini ialah AF Ust Badli Shah bin Alauddin (Ust Bad). Topik ceramah khusus tentang hak-hak jiran.

Foto-foto yang dipaparkan di bawah adalah ihsan Masjid Aleyah Kuala Ina....tak berkesempatan akak nak ambil gambar sebab bateri handfon "kong", terlupa nak charge.....Terima kasih dan kredit untuk Masjid Aleyah.







Begitu khusyuk sekali....tak kering gusi kami dibuatnya. Kelakar la Ustaz ni...banyak ilmu dan kefahaman yang kami dapat....terima kasih Ustaz dan juga pengurusan Masjid Aleyah atas program ini.

Kalau sudi Ustaz datang la lagi......heheheheeee 

Sunday, January 19, 2014

Nasi lemak pembalut luka

Nasi lemak sambal plaster
Plaster pembalut luka ini ditemui dalam nasi lemak dimakan oleh pengadu. 
SEREMBAN - Seorang wanita terkejut bukan kepalang apabila menjumpai cebisan pembalut penutup luka dalam nasi lemak yang dihidangkan kepadanya oleh sebuah syarikat penerbangan tempatan, baru-baru ini.

Pengadu yang hanya mahu dikenali sebagai Tay, 33, berkata, kejadian itu berlaku pada 6 Januari lalu sekitar jam 10 pagi, ketika sedang mengikuti penerbangan dari Kuala Lumpur ke Labuan atas urusan kerja.

“Semasa dihidangkan, saya tidak nampak sebarang keganjilan pada nasi lemak tersebut. Bagaimanapun, selepas menghabiskan hampir 80 peratus nasi lemak berkenaan, barulah saya perasan ada sesuatu yang tidak kena.

“Pada awalnya, saya sangkakan objek ditemui hanyalah cebisan sotong dalam sambal nasi lemak. Namun, saya mula berasa loya dan jijik apabila mendapati benda asing itu merupakan pembalut luka terpakai,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.

Katanya, tidak berpuas hati dengan kejadian itu, dia segera memanggil ketua krew kabin bertugas untuk melihat sendiri objek dijumpai dalam makanan yang mereka sediakan.

“Malangnya, respons diterima agak mengecewakan. Dia kelihatan acuh tidak acuh apabila diberitahu penemuan plaster luka berkenaan dan sekadar meminta saya mengemukakan aduan bertulis untuk tindakan susulan.

“Sehingga kini, saya masih menunggu jawapan daripada mereka (syarikat penerbangan) yang terus berdiam diri dalam hal ini,” katanya.

Menurutnya, kesal dengan syarikat penerbangan tersebut yang seolah-olah bersikap lepas tangan terhadap masalah dihadapi menyebabkan dia membuat aduan kepada media.

“Bukan wang ringgit atau pampasan yang saya mahukan, cukuplah sekadar permohonan maaf daripada mereka. Saya harap, tindakan sewajarnya juga dapat diambil agar kejadian sama tidak berulang.

“Mujurlah saya tidak mengalami masalah kesihatan serius kecuali sedikit alahan pada kulit selepas makan hidangan itu. Sedikit sebanyak, saya berasa trauma dan serik untuk untuk menggunakan perkhidmatan syarikat penerbangan terbabit,” katanya.

Sementara itu, Adun Rahang, Mary Josephine yang ditemui di pejabatnya, dekat sini berkata, pihaknya bersedia membantu pengadu dalam segala aspek.

“Kecuaian dilakukan tidak boleh diterima. Nama baik negara pasti akan tercemar jika pelancong asing yang berdepan situasi sebegini.

“Kita minta pihak berkaitan beri perhatian serius dalam perkara ini dan kita berikan tempoh seminggu untuk beri maklum balas,” katanya. - SinarHarian

Thursday, January 16, 2014

Ayam Kung Pao

Dulu...waktu masih bekerja dulu....selalu tengok officemate makan menu ni....bau dia memang lah mengacam.....tapi x halal. Risik punya risik bahan killer dia adalah wine...utk marinate katanya.....mati selera akak.

Baru2 ni....akak nampak lagi menu ni dalam RasaMalaysia.com. Jadi akak ambil inisiatif untuk cuba menu ni dengan cara akak sendiri....kita ambil yang halal saja....yg x berkenaan kita buang ok.

Jadi....inilah hasilnya......Selamat mencuba!...

Bahan2nya:-

2 ketul dada ayam dihiris dadu atau panjang2 (ikut selera masing2)
3 sd bsr kacang tanah panggang
8-12 btg cili kering (buang biji & potong dua)
3 sd bsr minyak masak
5 hirisan halia muda
4 ulas bwg putih dipotong menyerong
1 tangkai daun bawang di hiris

Untuk Perapan :-

1 sd bsr tepung jagung
2 sd teh kicap soya
1 sd bsr cuka makan
1 sd teh minyak masak

Untuk Sos :- 

11/2 sd bsr kicap cair/masin
1 sd teh kicap pekat
1 sd teh gula
1/4 sd teh cuka
2 sd bsr air
1 sd teh tepung jagung

Cara2nya :-

1) Potong dada ayam dan bersihkan serta tos. Perapkan selama 30 min dengan bahan2 perapan.
2) Campurkan bahan2 utk sos dlm sebuah mangkuk dan ketepikan.
3) Panaskan kuali dengan 1 sd bsr minyak masak dan goreng ayam perapan tadi sehingga 70% masak, keluarkan dan ketepikan dulu.
4) Basuh kuali tadi. Panaskan kuali dengan 2 sd bsr minyak masak sehingga berasap.
5) Masukkan halia & bawang putih kacau secepatnya sebelum masukkan cili kering.
6) Masukkan cili kering....goreng sehingga naik aromanya...kemudian masukkan ayam tadi.
7) Kacau cepat hingga sebati...kemudian masukkan kacang tanah panggang...kacau lagi.
8) Masukkan sos dan kacau sehingga semua isi ayam bersalut dgn sos.
9) Masukkan daun bawang dan gaul rata.
10) Hidangkan dgn nasi kukus...panas...panas....hmmmm...yummy.

OKU disamun, dibunuh kejam

OKU disamun, dibunuh kejam
Mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Trengganu untuk bedah siasat
MARANG – Seorang warga emas OKU, Tengku Enon Tengku Muda, 68, yang bergerak menggunakan kerusi roda, maut setelah lehernya dijerut paip air dalam kejadian samun di rumahnya di Kampung Baru Sungai Kerak, di sini, semalam.

Penemuan mayat itu turut menjawab kebimbangan jiran terdekat apabila mangsa tidak keluar dari rumah ke surau berdekatan untuk solat Subuh dan Zohor seperti kebiasaan dilakukannya pada setiap hari.

Mayat yang lengkap berpakaian dan dalam keadaan meniarap itu ditemui dalam bilik air kira-kira jam 2 petang selepas jiran terdekat meminta bantuan anaknya untuk meninjau keadaan di dalam rumah mangsa.

“Makcik berasa curiga kerana Mok Ku (mangsa) tidak pergi ke surau untuk solat Subuh dan makcik jadi lebih bimbang apabila dia juga tidak ke surau untuk solat Zohor seperti biasa.

“Makcik kemudian ke rumahnya dan mendapati pintu hadapan serta belakang tidak berkunci, lalu memanggil namanya namun tiada jawapan. Makcik takut hendak masuk lalu menyuruh budak-budak pergi tengok.

“Setelah mereka masuk ke dalam rumah dan memeriksa, budak-budak tu lihat Mok Ku dalam keadaan meniarap di bilik air lalu berlari keluar kerana takut,” katanya yang hanya mahu dikenal sebagai Mak Ngah, semalam.

Pada awalnya, Mak Ngah menyangka Tengku Enon hanya rebah dan pengsan lalu menghubungi pihak berkuasa sebelum sepasukan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Marang tiba untuk membuat pemeriksaan.

Bagaimanapun, kejadian itu kemudiannya dimaklumkan kepada polis selepas mendapati mangsa sudah meninggal dunia dalam keadaan lehernya dijerut dengan menggunakan paip air.  

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner K Manoharan berkata, polis akan mendapat maklumat terperinci setelah bedah siasat selesai dan setakat ini, pihaknya percaya motif kejadian adalah samun dan bunuh.

“Buat masa ini masih di peringkat awal, kita percaya motif kejadian ini adalah samun dan bunuh kerana beberapa barang kemas serta telefon bimbit tiada bersama mangsa,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Dalam pada itu, polis tidak menolak kemungkinan mangsa yang lumpuh kedua-dua belah kaki dan tinggal berseorangan, dibunuh kejam suspek dikenalinya, namun masa kejadian sebenar masih belum diketahui sehingga bedah siasat selesai.

Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. - SinarHarian

Saturday, January 11, 2014

Nasi Goreng Kerabu


Atas permintaan rakan-rakan....akak nak kongsi resepi cita rasa sendiri, NASI GORENG KERABU.

Masakan yg paling mudah....semuanya kena guna kecekapan dan kelembutan jari-jari untuk menghiris semua bahan2nya......hihihihiii 

JOM...kita lihat apa bahan yang kena.....rujuk di bawah ya 

Bahan2nya :

Nasi yang telah dimasak lebih kurang 1 pot beras (anggaran utk 3 org mkn)
3 sudu besar daging ayam cincang (ikut cita rasa)
2 ulas bwg putih dicincang
1 biji bwg holland dihiris halus
2 btg serai dihiris halus
2 kuntum bunga kantan dihiris halus
5 helai daun limau purut dihiris halus
10 bj cili padi (nk pedas, tambah lagi)   dihiris halus              
5 kelopak kobis dihiris halus 

Cara2nya :

Tumis bawang putih, bawang holland & cili padi sampai naik baunya. Kemudian masukkan ayam cincang.....tumis lagi sampai naik baunya. Masukkan nasi dan semua bahan2 hirisan tadi. Masukkan garam dan serbuk perisa atau pun Maggie sesedap rasa ataupun Knorr (ikut suka masing2). Gaul rata dan goreng sampai semuanya sebati dan naik aromanya.....hmmmm...sedap baunya. 

Dah siap.......dalam foto ni...akak masukkan isi ketam.........ditambah dengan ayam goreng kunyit......
Nasi Goreng Kerabu
Selamat mencuba.....         

Thursday, January 9, 2014

Tips elak senggugut ketika haid



Selalunya ketika kaum wanita datang haid pasti ada yang akan mengalami serangan 'dysmenorrhea' atau lebih dikenali dengan senggugut. Ia boleh dikatakan normal bagi kaum wanita, namun ramai yang merungut apabila diserang senggugut. 

Ini kerana kadang-kala serangan senggugut agak serius seperti kekejangan di bahagian otot perut sehingga ada yang hanya mampu terbaring sahaja. 

Oleh itu, di sini kami ingin berkongsi dengan golongan wanita di luar sana beberapa tips untuk mengelak daripada diserang senggugut ketika datang haid. 

Minum banyak air
Air sangat penting untuk tubuh badan anda. Jadi pastikan anda minum air yang mencukupi sekurang-kurangnya dua liter sehari agar dapat membantu proses penghadaman. Ini sekaligus mencegah penyimpanan air berlebihan dalam badan yang juga disebabkan perubahan hormon pada setiap bulan. 

Melakukan senaman ringan
Amalkan melakukan senaman ringan kerana ia dapat meregangkan sel-sel serta otot badan agar tidak berada dalam keadaan tertekan. Anda boleh membuat senaman ringan seperti lompat bintang, hula-hoop atau berjoging. 

Ambil makanan berkalsium
Anda juga perlu mengamalkan makanan yang kaya dengan kalsium seperti susu, brokoli, kobis dan yogurt kerana ia dapat mengelakkan kekejangan otot yang kerap melanda ketika awal kedatangan haid. Anda memerlukan kalsium sekurang-kurangnya 1,200 mg setiap hari. 

Kurangkan makanan segera dan kafein 
Kurangkan memakan makanan segera atau minum minuman berkafein kerana ia akan menyebabkan simptom retensi atau pengumpulan air dalam badan setiap kali waktu kedatangan haid. Ia akan menyebabkan perut anda tidak selesa, manakala kandungan kafein pula akan menyebabkan saluran darah mengecut dan ini akan menyebabkan anda berasa sakit di bahagian abdomen yang boleh menyebabkan kekejangan otot. 

Diharap dengan beberapa tips ini dapat membantu anda untuk mengelak dari serangan senggugut ketika datangnya haid. Selamat mencuba! - Yahoo

Wednesday, January 8, 2014

Ibu merajuk keluar dari rumah anak

Ibu merajuk keluar dari rumah anak
Ida melihat gambar kenangan keluarganya yang sempat dibawa bersama.
REMBAU – “Buat masa ini biarlah saya tinggal dan menumpang kasih di rumah rakan daripada sengsara tinggal di rumah anak sendiri,” luah seorang warga emas yang hanya ingin dikenali sebagai Ida, 60-an, ketika ditemui di rumah kenalannya di Kampung Rendah, dekat sini, semalam.

Ida berkata, dia nekad keluar dari rumah anaknya Isnin lalu  kerana tidak mahu  'makan hati' dengan sikap dan tingkah laku biadap anaknya yang kadang kala melukakan hati.

Menurutnya, dia menetap dengan anak perempuan sulungnya itu sejak sembilan bulan lalu selepas kematian anak lelaki bongsu yang terbabit dalam kemalangan Lebuhraya Utara-Selatan pada Mac tahun lalu.

“Suami saya juga sudah meninggal kira-kira lapan tahun lalu kerana penyakit asma. Saya hanya ada sepasang anak, jadi bila anak bongsu saya meninggal dunia, saya memang mengharap agar anak sulung akan membantu saya.

“Bagaimanapun, sejak dari dahulu lagi, anak sulung saya sering meluahkan rasa tidak puas hati kerana beranggapan  saya lebih menyayangi adiknya sahaja," katanya.

Tambah Ida, anak sulungnya membawa dia tinggal bersama dan dia diminta menjaga cucu yang masih kecil.

Malah, sepanjang tempoh sembilan bulan tinggal bersama, Ida sering disindir.

"Dia tidak pernah menghalau saya secara terang-terangan, namun kerap menyindir tidak kira waktu baik ketika saya menyediakan makanan mahupun bergurau dengan cucu.

“Anak saya tidak pernah mengajak saya keluar makan sedangkan dia bersama   anaknya sering makan di luar," katanya.

Tambahnya, Ida juga turut dimarahi kerana anaknya tidak menyukai cara Ida lalu dia  menghalaunya keluar rumah.

“Daripada terus rasa terluka, saya segera menghubungi teksi untuk pergi dari situ. Saya keluar sehelai sepinggang dan hanya membawa dokumen penting serta gambar kenangan kami sekeluarga," katanya.

Ida yang juga penerima bantuan bulanan orang tua dari Jabatan Kebajikan Masyarakat  (JKM) menetap di rumah rakannya buat sementara  dan akan mencari tempat tinggal lain. - SinarHarian

Suami 'kongsi' isteri sedang hamil didakwa

Suami 'kongsi' isteri sedang hamil didakwa
Tertuduh pertama (kiri) dibawa keluar dari kamar Mahkamah Sesyen Kangar - Foto Ihsan myMetro 
KANGAR - Seorang suami yang memaksa isterinya yang sedang hamil melakukan hubungan seks dengan sepupunya mengaku tidak bersalah di atas dua pertuduhan yang dikenakan di Mahkamah Sesyen di sini, tadi.

Akhbar tempatan hari ini melaporkan seorang isteri muda berusia 19 tahun menjadi mangsa deraan seksual suaminya yang berusia 22 tahun apabila dipaksa melakukan hubungan seks dengan seorang remaja berusia 15 tahun.

Dalam kejadian 1 Januari lalu, si suami turut membantu remaja terbabit merogol mangsa yang sedang hamil selain turut merakam aksi hubungan seksnya.

Tertuduh pertama yang juga suami mangsa mengaku tidak bersalah di atas dua pertuduhan dibawah Seksyen 109 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 376 Kanun Keseksaan serta Seksyen 375 Kanun Keseksaan.

Sepupu tertuduh pertama berusia 15 tahun juga turut didakwa dan tidak mengaku bersalah di atas pertuduhan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan selepas kertas pertuduhan dibacakan dihadapan Hakim Abdul Rashid Daud.

Suami mangsa tidak dibenarkan diikat jamin manakala sepupunya dikenakan ikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan tarikh sebutan semula kes ialah pada 10 Februari ini.

Kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam manakala pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwaraya Fazril Sani Mohamed Fadzil. - SinarHarian

Kemaluan anak dilumur cili

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab
Ketua Polis Daerah Kajang
KAJANG - Polis menahan seorang wanita berusia 31 tahun kerana disyaki mendera anak tirinya dengan melumurkan cili padi pada kemaluan kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun itu di rumah mereka di Bandar Taman Tasik Kasuma, Semenyih dekat sini, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata, wanita itu ditahan pada kira-kira 4 petang di rumahnya selepas mangsa mengadu kepada ibu saudaranya mengenai perkara itu.

Ibu saudara mangsa yang tinggal berdekatan rumah mangsa, kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Kajang.

“Selain itu, wanita terbabit turut menyumbat cili dalam mulut mangsa. Terdapat beberapa kesan parut pada tubuh mangsa, yang dipercayai didera oleh suspek menggunakan sudu panas, sejak tahun lalu.

"Ketika kejadian, adik tiri dan nenek mangsa turut menyaksikan kejadian namun disebabkan usia nenek yang uzur, dia hanya mampu melihat sahaja tanpa mampu berbuat apa-apa,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang, semalam.

Mangsa yang dalam keadaan trauma, kini dirawat di Hospital Kajang manakala suspek ditahan reman untuk membantu siasatan.

Polis masih belum menemui bapa kandung mangsa untuk membantu siasatan.


Kes itu disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak. - SinarHarian

Penerima RM100,000.00 Pampasan Insurans Kemalangan

TERKINI!!! Puan Rosita Bistamam waris pengguna tunetalk toneexcel di Chaah, Johor menerima pampasan insurans kemalangan diri arwah suaminya sebanyak RM100,000.00.

Arwah suaminya meninggal dunia pada bulan April, 2013 yang lalu. Beliau terlewat menghubungi upline, En Daniel untuk memaklumkan ketiadaan suaminya.

Tuntutan insurans dibuat pada 4.10.2013 dan cek diluluskan pada 17.12.2013.


Jadi.....jangan tunggu besok, daftarlah percuma di 
http://mudah123.com/?ref=1497 


Monday, January 6, 2014

KENAPA TUNGGU LAGI?


APA LAGI YANG ANDA TUNGGU?
BERTUKARLAH KEPADA SIMKAD YANG MEMBERI ANDA
PENDAPATAN PASIF

DAFTAR PERCUMA SEKARANG & ANDA TAHU APA ITU LUAR BIASA



DAN......KALAU NAK BOOM LAGI....
JOIN BIZ TOP-UP.....SENDIRI GUNA SENDIRI TOP-UP...
X YAH GI KEDAI LAGI.....
AMACAM BEST X.....KLIK LINK NI 
SENANG SEBENARNYA NAK WAT DUIT....NAK DGN XNAK AJE....

TEPUK DADA TANYA HATI.....
MAU KA XMAU..... 

Klik klu suka

Related Posts with Thumbnails

Iklan Semanis Madu