adv

Pengikut Cun N Macho

HBeat

Saturday, March 29, 2014

Bogel selepas kantoi

Bogel selepas kantoi
Suspek menganggalkan pakaiannya sendiri selepas dikepung orang awam.
SELAYANG - Seorang lelaki bertindak di luar jangkaan apabila tiba-tiba menanggalkan pakaiannya dan berbogel selepas kantoi cuba pecah kenderaan di Selayang Baru, kelmarin.

Difahamkan dalam kejadian jam 8 malam itu, suspek pada mulanya cuba masuk ke dalam sebuah kereta yang tidak berkunci untuk mencuri radio.

Menurut sumber, tindakan suspek berusia lewat 20-an itu bagaimanapun disedari orang awam dan juga pemilik kenderaan yang berada berhampiran kawasan tersebut.
“Pemilik meninggalkan keretanya sekejap untuk ke kedai, dan apabila kembali, dia terlihat kelibat seseorang dalam kenderaannya.

“Selepas dikepung orang awam, suspek secara tiba-tiba menanggalkan pakaian dan hanya memakai semula selepas seorang kenalannya menyuruhnya berbuat demikian,” beritahu sumber kepada Sinar Harian, semalam.

Kata sumber itu lagi, suspek kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis daerah Gombak, Asisten Komisioner Ali Ahmad mengesahkan kejadian dan kes disiasat di bawah Seksyen 511 kanun keseksaan kerana cuba melakukan jenayah. - SinarHarian

Friday, March 28, 2014

Mahkamah Sweden jatuh hukuman bersalah kepada pasangan Malaysia, dipenjarakan

Pasangan di Sweden Shalwati Norshal dan Azizul Raheem Awalluddin didapati bersalah mencederakan anak-anak mereka dan dijatuhkan hukuman penjara. – Gambar daripada Astro Awani.
Pasangan di Sweden Shalwati Norshal dan Azizul Raheem Awalluddin - Gambar dari Astro Awani
Pasangan Malaysia yang didakwa kerana mencederakan anak-anak mereka di Sweden dijatuhkan hukuman bersalah oleh Mahkamah Daerah Solna kerana pencabulan serius terhadap integriti anak-anak mereka.
Ibu kepada kanak-kanak, Shalwati Norshal dijatuhkan hukuman penjara setahun dan dua bulan kerana pencabulan serius terhadap anak perempuan dan dua anak lelakinya, lapor The Star hari ini.
Azizul Raheem Awalluddin yang bekerja di Sweden sebagai pengarah Tourism Malaysia dijatuhkan hukuman penjara 10 bulan.
Bagaimanapun beliau dilepaskan terhadap kesalahan terhadap anak lelaki bongsunya.‎
Pada 1979, Sweden menjadi negara pertama di dunia yang mengharamkan hukuman korporal.
Laporan awal mengatakan pasangan tersebut menghukum anak mereka yang berusia 12 tahun kerana tidak menunaikan solat.
Mengikut penahanan pasangan itu, empat adik-beradik tersebut pada mulanya diletakkan di bawah penjagaan keluarga bukan Muslim, mencetuskan kemarahan rakyat Malaysia, selepas anak-anak berkata mereka tidak gembira dan rindukan ibu-bapa mereka.
Laman Facebook yang bernama "Bring Shal and Family Home", melobi pembebasan pasangan tersebut mendapat lebih kurang 20,000 'like'.
Pihak berkuasa Sweden kemudiannya membenarkan anak-anak pulang ke Malaysia.
Setibanya mereka, mereka dijemput oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, yang berkata Putrajaya akan cuba sedaya-upaya untuk membantu pasangan Malaysia itu mempertahankan kes mereka. – 28 Mac, 2014.

Selepas hampir 30 tahun, Musa Hitam dedah Dr Mahathir berada di KL ketika peristiwa Memali

Tan Sri Musa Hitam yang dahulunya dipersalahkan dengan peristiwa Memali itu mendedahkan bahawa Tun Dr Mahathir yang terlepas kerana mengatakan beliau di China sebenarnya berada di Kuala Lumpur semasa kejadian tersebut. – Gambar diambil dari YouTube, 28 Mac, 2014.
Tan Sri Musa Hitam yang dahulunya dipersalahkan dengan peristiwa Memali itu mendedahkan bahawa Tun Dr Mahathir yang terlepas kerana mengatakan beliau di China sebenarnya berada di Kuala Lumpur semasa kejadian tersebut. – Gambar diambil dari YouTube, 28 Mac, 2014.
Selepas hampir 30 tahun peristiwa Memali berlaku, bekas timbalan perdana menteri Tun Musa Hitam mendedahkan bahawa perdana menteri ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad berada di Kuala Lumpur, bukannya China sebagaimana yang diberitakan sebelum ini.
Pendedahan ini dibuat sendiri oleh Musa yang juga menteri keselamatan dalam negeri ketika peristiwa itu berlaku pada 19 November 1985 yang mengorbankan 14 orang dan berpuluh yang lain cedera.
Musa mendedahkan perkara ini dalam Diskusi Politik Malaysia: Dulu dan Sekarang anjuran Kerajaan Negeri Kelantan yang diadakan di Kota Bharu malam kelmarin.
Turut serta bersama beliau sebagai panel adalah naib presiden PAS Datuk Husam Musa dan moderatornya adalah Profesor Madya Datuk Dr Mohmamad Agus Yusof.
Musa ketika menjawab soalan Agus berkata, Dr Mahathir berada di Kuala Lumpur ketika kejadian itu bahkan, "Dua tiga hari selepas kejadian itu pun dia berada di Kuala Lumpur."
Ia disambut oleh Agus dengan berkata "Oh my God," dengan nada terkejut ekoran pendedahan Musa itu kerana media melaporkan Dr Mahathir berada di China ketika kejadian itu berlaku.
"Ok, my God, our God," kata Musa menyambut kenyataan Agus sambil ketawa dengan pendedahan itu.
Dalam diskusi itu juga Musa berkata, "titik hitam dalam politik saya adalah Memali, saya cakap terus terang." Musa berkata, itulah juga yang dinyatakan beliau kepada kawan-kawanya dalam politik dan di mana-mana.
Menurut ensiklopedia bebas, Wikipedia, peristiwa Memali berlaku pada 19 November 1985. Insiden ini mengorbankan 14 orang dan berpuluh-puluh yang lain tercedera serta penahanan beratus-ratus orang.
Kesemua yang ditahan telah dibebaskan kecuali 36 orang.
Mereka ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Dalam pertempuran antara orang kampung dengan pihak polis, Ustaz Ibrahim Mahmud atau lebih dikenali dengan Ibrahim Libya terbunuh.
Polis memanggil operasi ini sebagai 'Operasi Angkara atau Operasi Hapus'.
"Ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri Malaysia berada di China," menurut Wikipedia, dan kini baru didedahkan sebaliknya oleh Musa apabila beliau berkata ketika itu Dr Mahathir berada di Kuala Lumpur.
Peristiwa Memali berlaku apabila polis cuba menahan Ibrahim Libya di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana didakwa mengamalkan ajaran sesat.
Ibrahim pula tidak mahu menyerah diri kalau mahu ditahan di bawah ISA. Akibatnya polis merempuh perumahan Ibrahim Libya dan pengikutnya dengan kereta perisai dan mengakibatkan 14 terbunuh.
Musa dipersalahkan dengan peristiwa itu dan Dr Mahathir selaku perdana menteri terlepas kerana dia diberitakan berada di luar negara ketika itu, iaitu China.
Pendedahan Musa hari ini akan memberikan satu episod baru dalam peristiwa hitam ini.
PAS menyifatkan semua yang terbunuh sebagai mati syahid manakala Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim menziarahi kubur Allahyarham dan pengikutnya serta menyiramkan air mawar di atas pusara mereka. – 28 Mac, 2014.

Tuesday, March 25, 2014

KU MERINDUIMU....MA

Hari ini, 26.03.2014....genap 21tahun....Ma pergi meninggalkan kami.

Ma pergi di waktu takbir 1 Syawal berkumandang disubuh hening, aku ingat saat itu kerana aku menemanimu sepanjang malam hingga Ma menghembus nafas terakhir......

Semakin meningkat usiaku....semakin aku merinduimu....senyumanmu, bicaramu memberi kata2 semangat maupun perangsang buat aku. Xpernah sekali pun Ma pamer wajah jemu mendengar celotehku mengenai kekasih hati, pelajaranku maupun kerjayaku..... I luv you Ma...so much.....

Aku bersyukur ke hadrat Illahi kerana memberi ku seorang ibu yang amat memahami aku maupun adik-adikku.......tapi sayang kami xsempat menabur jasa untuk berbakti buatmu kerana Allah lebih menyayangimu......

Al-Fatihah buat ibuku tersayang.....semoga damailah Ma disisiNYA dan ditempatkan di Jannah....amin.

Klik klu suka

Related Posts with Thumbnails

Iklan Semanis Madu