adv

Pengikut Cun N Macho

HBeat

Monday, October 20, 2014

Bergelut dengan penyamun

Tempat menantu Moksu bergelut dengan penjenayah, Jumaat lalu.
KUALA KRAI - Seorang suri rumah tidak sedar rantainya direntap ketika bergelut dengan penyamun yang masuk ke kediaman mertuanya dalam kejadian tengah hari Jumaat lalu.

Walaupun kejadian itu meninggalkan kesan trauma begitu mendalam terhadap dirinya, wanita dikenali sebagai Na tetap bersyukur dia hanya kerugian RM700 dan luka di pergelangan tangan.

Wanita berusia 28 tahun itu berkata, dia panik apabila secara tiba-tiba didatangi lelaki yang kemudiannya mengacu parang ke lehernya.

Katanya, ketika itu dia hanya memikirkan keselamatan diri dan anaknya memandangkan mereka berdua sahaja berada di rumah, manakala suaminya bekerja di Kuala Lumpur dan mertuanya menghadiri majlis kenduri di Sungai Durian.

Wanita berasal dari Pahang itu berkata, sebelum kejadian dia terdengar bunyi enjin kenderaan di hadapan rumah ketika berbaring di ruang tamu dan kemudian bangun menuju ke dapur tanpa mengesyaki apa-apa.

“Namun, bunyi kenderaan  itu semakin lama semakin dekat, saya kemudiannya keluar ke ruang tamu semula kerana menyangka saudara mara mertua datang memandangkan mereka biasa bertandang ke sini.

“Tetapi sangkaan saya meleset kerana saya dapati seorang lelaki tidak dikenali memakai topi dan cermin mata berada di hadapan pintu.

Saya sempat tanya dia nak apa, sebaliknya dia meminta saya serahkan barang kemas,” katanya.

Na berkata, sebaik sahaja memberitahu tidak memiliki barang yang dikehendaki, lelaki terbabit terus menghampirinya dan turut mengacukan parang di leher.

“Walaupun takut, saya sempat bergelut dengan penyamun terbabit dan turut menolaknya keluar dari rumah menerusi pintu yang dimasuki penjenayah terbabit. Saya tidak sedar bila penjenayah mengambil rantai leher saya,” katanya.

Menurutnya, penjenayah terbabit menaiki kereta jenis Perodua myvi berwarna kelabu.

Katanya, walaupun sudah dua hari kejadian itu berlaku tetapi dia masih takut jika melihat kenderaan masuk ke kawasan rumah mertuanya.

Sementara itu, mertuanya yang dikenali sebagai Moksu berkata, dia hanya mengetahui kejadian selepas dihubungi suami mangsa.

Katanya, kejadian Jumaat lalu kali pertama berlaku di kediamannya. - SinarHarian

1 comment:

Klik klu suka

Related Posts with Thumbnails

Iklan Semanis Madu