adv

Pengikut Cun N Macho

HBeat

Saturday, October 18, 2014

Kanak-kanak ditemui berseorangan

Waris kanak-kanak ini diminta tampil atau hubungi balai polis berhampiran 
GEORGETOWN - Seorang kanak-kanak lelaki berusia antara satu hingga dua tahun ditemui berseorangan di Jalan Persiaran Gurney berhadapan Hotel Gurney di sini, malam kelmarin.

Kanak-kanak dengan ketinggian 0.87 meter itu yang memakai sepasang baju Melayu berwarna biru ditemui berkeliaran di kawasan itu oleh orang awam pada pukul 11 malam.

Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, polis belum menerima aduan berhubung kehilangan kanak-kanak dalam tempoh lebih 12 jam selepas kanak-kanak itu dijumpai.

“Kami juga gagal mendapatkan sebarang maklumat daripada kanak-kanak itu kerana dia tidak bercakap sejak semalam,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Beliau berkata kanak-kanak itu berada dalam keadaan sihat dan hanya terdapat bekas gigitan nyamuk pada pipi kirinya.

Kanak-kanak itu akan dihantar ke Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk tindakan lanjut.

Mior Faridalathrash meminta waris atau individu yang mengenali kanak-kanak itu supaya menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut di talian 04-2181822 atau balai polis berhampiran. - Bernama

No comments:

Post a Comment

Klik klu suka

Related Posts with Thumbnails

Iklan Semanis Madu