adv

Pengikut Cun N Macho

HBeat

Sunday, November 16, 2014

Pagar Diri

Petua Untuk “Memagar” Diri Sendiri :-

Diperturunkan ilmu memagar diri dari ancaman sihir dan pencuri yang diamalkan dari sejak dahulu oleh para ambiya.


Waktunya: Selepas solat maghrib, seeloknya pada hari Selasa bagi memagar diri dan hari Jumaat bagi memagar rumah.

Caranya:-

:- Duduk bertimpuh seperti tahiyat awal dan mengadap ke kiblat.

:- Niat dalam hati untuk memagar diri dari segala ancaman sihir kerana Allah Taala.

:- Pejam mata dan tarik nafas dan tahan. Semasa menahan nafas itu baca ayat kursi dengan betul, seboleh-bolehnya dengan satu nafas sahaja. Semasa membaca ayat kursi itu juga, cuba bayangkan bahawa di hadapan anda ada satu tembuk yang amat kebal. Sesudah selesai membaca ayat kursi, hembuskan kembali nafas dengan perlahan-lahan.

:- Ulangi perbuatan yang ke (3) tetapi untuk kali ke 2 bayangkan pula bahawa tembok itu berada di belakang pula, seterusnya ulangi lagi untuk tembok sebelah kanan, kiri, atas dan bawah. Bermakna perlakuan ini terpaksa dilakukan sebanyak 6 kali sehingga anda berada dalam satu tembok empat persegi yang sempurna.

:- Untuk permulaan amalkan amalan ini sebulan sekali tetapi yang lebih afdal jika diamalkan seminggu sekali. Amalan ini hanya memerlukan lebih kurang 5 minit sahaja seminggu, janganlah berkira sangat tentang masa demi untuk keselamatan anda semua.


Ini adalah salah satu petua atau amalan yang paling mudah dilakukan. Jadikannya amalan dan yang lainnya berserah sahaja pada Allah s.w.t.  Semoga amalan kita ini mendapat keredhaan dan keberkatanNYA.

SELAMAT BERAMAL!!!!
 

Thursday, November 6, 2014

Banjir di Cameron Highlands : Penduduk diminta akur arahan polis

KETUA Polis Daerah Cameron Highlands, Deputi Superintandan Wan Mohd Zahari Wan Busu dikerumuni pemberita pada sidang media selepas menangguhkan operasi pencarian mangsa banjir, hari ini. - Foto Muhaizan Yahya
KUANTAN: Penduduk di kawasan terlibat dengan banjir kilat serta tanah runtuh di Cameron Highlands diminta sentiasa akur dengan arahan polis untuk keselamatan diri dan keluarga mereka.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Sharifuddin Ab Ghani berkata, polis sentiasa bersedia untuk membantu mangsa terlibat yang dilaporkan berlaku sejak malam tadi.

"Sehingga kini seramai 30 pegawai dan anggota polis terlibat dalam operasi tersebut dengan diketuai Ketua Polis Daerah Cameron Highlands Supt Wan Mohd Zahari Wan Busu.

"Setakat ini keadaan di sana dilaporkan masih terkawal dan bantuan daripada mana-mana Ibu Pejabat Polis Daerah lain masih belum diperlukan," katanya kepada pemberita selepas majlis pemakaian pangkat anggota di sini Khamis.

Beliau berkata, selain itu juga polis membuat pemantauan bersama pegawai daerah agar sentiasa bersedia jika masih terdapat perumahan sekitar yang dikhuatiri dalam keadaan berbahaya sekiranya hujan masih belum berhenti.

"Sekiranya rumah-rumah penduduk di situ didapati berbahaya, kita akan membuat pemindahan segera dan orang ramai harus akur dengan arahan itu bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini berulang," katanya.

Kejadian banjir lumpur dan tanah runtuh yang berlaku di Cameron Highlands lewat petang semalam setakt ini menyebabkan tiga orang maut dan lebih 100 penduduk terpaksa dipindahkan.

Sementara itu pada majlis tersebut, seramai 64 orang anggota berpangkat rendah di daerah Kuantan dinaikkan pangkat kepada sarjan dan turut menerima sijil penghargaan.

Katanya, semua anggota terlibat harus sentiasa bersedia memikul bebanan dan tanggungjawab yang disandang.

"Mereka mesti menunaikan segala amanah yang dipertanggungjawabkan itu dengan jujur dan ikhlas selain sentiasa mempertingkatkan presetasi kerja sepanjang perkhidmatan," katanya. - BERNAMA

Klik klu suka

Related Posts with Thumbnails

Iklan Semanis Madu