adv

Pengikut Cun N Macho

HBeat

Saturday, February 28, 2015

Bersiap Sebelum Pulang

Bismillahirrahmanirrahim.

Ibadah kita hanya Allah SWT sahaja yang tahu cukup atau tidak...jadi untuk menampung atau menampal kebocorannya, perbanyakkan amalan sunat. In shaa Allah, dapat membantu kita apabila dijemput pulang nanti. 

Salah satu ibadah sunat yang dapat menampung amalan-amalan wajib yang mungkin tidak lengkap 100%.
Selamat beramal!


Undangan Walimatul Urus

Bismillahirrahmanirrahim.

Hari ini ada 3 undangan walimatul urus. Pergerakan terhad kerana terpaksa menghadiri majlis tanpa En Suami. Teman hidup ana sibuk dekat tapak projek dan tidak dapat balik minggu ini...jadi, cam biasa hadirkan diri on behalf of him.

Keutamaan akan diberi pada yang terdekat dengan ana....lagipun ana akan pergi dengan cousin En Suami.



Yg lain, bergantung pada En Cousin....kalau mereka nak temankan ana, kita akan ke Repah dulu than Alor Gajah.

Apa2 pun jom kita dhuha dulu.....  


Thursday, February 26, 2015

KURSUS MEMBUAT ROTI SIRI KE2

Bismillahirrahmanirrahim.

Syukur Alhamdulillah kehadrat Illahi kerana mempermudahkan urusan kami dalam melaksanakan amanah yang diberi. 

Kursus Membuat Roti Siri Ke2 diadakan atas permintaan ramai anak-anak kariah Tampin selepas kursus yang pertama dulu yang diadakan pada 21.01.2015.

Kursus yang dikendalikan secara kerjasama antara Kolej Komuniti Tampin dan Masjid Jamek Tunku Besar Tampin ini diadakan semalam, 25.2.2015 (Rabu).

Jazakumullah Khairan Katsiran pada semua yang terlibat dalam penganjuran kursus ini.
Peserta-peserta kursus.
Cikgu Rohana & Pn Sharifah Baba

Tn Mohd Rauzan & Tn Khairul Khuzaimi merupakan peserta lelaki yang menyertai kursus ini.




 

Tuesday, February 17, 2015

Isu 'Escort Girl', Tasha Shilla Sudah Hantar 3 Tuntutan Kepada Melodi

Tasha Shilla dan peguamnya, Fahda
PETALING JAYA: Pelakon Tasha Shilla mengemukakan tiga tuntutan kepada pihak TV3 atas penyiaran temubual menerusi rancangan Melodi  pada 8 Februari lalu berhubung tuduhan dia terlibat dalam aktiviti pelacuran iaitu escort girl (gadis peneman). 
 
Peguamnya, Fahda Nur Ahmad Kamar, berkata, pihaknya telah menghantar notis amaran kepada stesen televisyen tersebut pada Jumaat lalu bagi membersihkan nama Tasha atau nama sebenarnya Natasha Sheila Abd. Razak, 28, berhubung isu berkenaan.
 
"Kami telah menghantar notis kepada pihak TV3 pada Jumaat lalu dengan mengemukakan tiga tuntutan iaitu menuntut agar TV3 memberi ruang kepada Tasha untuk membersihkan namanya daripada isu escort girl, permohonan maaf dan Melodi berjanji untuk tidak membangkitkan lagi isu berkenaan.
 
"Setakat ini, kami belum menerima apa-apa lagi respons daripada pihak TV3 dan menetapkan tempoh selama dua minggu kepada mereka untuk memberi maklum balas berhubung tuntutan berkenaan," katanya kepada mStar Online, ketika dihubungi di sini pada Isnin.
 
Fahda Nur berkata demikian ketika diminta mengulas tentang perkembangan notis amaran terhadap pihak TV3 yang menyiarkan temubual mengaitkan pelakon Tasha Shilla dengan isu escort girl.
 
Terdahulu sebuah akhbar ada melaporkan 10 artis wanita tempatan disyaki terlibat dalam kegiatan sebagai gadis peneman ataupun escort  girl iaitu sebuah aktiviti pelacuran.  
Pada 8 Februari lalu, program hiburan TV3 iaitu Melodi telah membuat laporan susulan dengan bertanyakan kepada Tasha soalan berkaitan isu berkenaan.
 
Sementara itu, pada 12 Februari lalu, Tasha tampil memberi penjelasan dan meminta agar semua pihak tidak mengaitkannya dengan isu itu kerana ia benar-benar telah mencalarkan namanya. - mStarOnline

Terengganu Prihatin Pembonceng Naik Motosikal Dengan Bukan Muhrim

Muhammad Pehimi Yusof

KUALA TERENGGANU: Kerajaan negeri akan mencari kaedah terbaik bagi menangani perbuatan individu membonceng motosikal dengan penunggang  bukan muhrim, kata Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri, Muhammad Pehimi Yusof.

Beliau berkata langkah bersesuain perlu diambil bagi mencegah perbuatan itu.

"Setakat ini penguatkuasaan yang dijalankan belum menyeluruh dan perlu dipertingkatkan dari semasa ke semasa," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kempen Keselamatan Jalan Raya dan Ops Selamat di hadapan Plaza Padang Negara di sini Selasa.

Turut hadir Ketua Polis Terengganu Datuk Jamshah Mustapa dan Pengarah JPJ Terengganu Abdul Rahman Emang Anyie.

Bernama sebelum ini melaporkan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) akan meningkatkan penguatkuasaan khusus terhadap golongan remaja yang berkelakuan tidak sopan di tempat awam termasuk mereka yang menaiki motosikal bersama individu yang bukan muhrim.

Sementara itu Muhammad Pehimi berkata seorang pesara kerajaan berusia 61 tahun merupakan mangsa pertama di Terengganu yang meninggal dunia akibat demam denggi setakat ini tahun ini.

Beliau berkata mangsa meninggal Ahad lalu.
Dia dikatakan mendapat demam denggi selepas pulang dari rumah saudaranya di Kuantan, Pahang sebelum dimasukkan ke wad Hospital Sultanah Nur Zahirah pada Khamis minggu lalu.
Dua kes kematian akibat demam denggi dilapor di Terengganu tahun lepas. - mStar

Saturday, February 14, 2015

Nasihat Murabbi Ummah Al-Marhum TGNA


Bismillahirrahmanirrahim.

Sebahagian nasihat-nasihat dari Al-Marhum TGNA, akan ana simpan dalam blog ini sebagai panduan hidup yang sementara di mukabumi ini. Mudah2an ia bermanafaat buat semua yang sudi menjenguk laman ini.

Jazakallahu khairan kathira buat ayahanda TGNA.....Al-Fatihah.







Tanda kematian dimuliakan ALLAH SWT

SHAH ALAM - Terdapat pelbagai tanda kematian yang dimuliakan di sisi ALLAH.

Pengerusi Pertubuhan Muttaqa Asatizah dan Pendakwah Malaysia (Murshid), Dr Zaharuddin Abdul Rahman berkata, kehadiran ramai kenalan dan sahabat menunjukkan si mati mempunyai kemuliaan tinggi di sisi ALLAH.

"Orang yang datang menziarahi itu adalah rezeki daripada ALLAH SWT kerana mereka datang dengan membawa doa kepada si mati.

"Kenikmatan yang diberikan ALLAH itu hanya diberikan kepada mereka yang terpilih. Bagi meraih kemuliaan di sisi ALLAH, seseorang perlu mendekatkan diri dengan Yang Maha Esa, sentiasa perlu mencari keredaan Ilahi dan sentiasa merendah diri sesama insan," katanya.

Beliau berkata, perkara (kemuliaan) itu boleh dilihat terhadap Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang yang warak.

"Allahyarham juga turut memberi sedekah dengan duit gajinya dari dulu hingga kini.

"Kredibiliti diri yang tinggi serta disenangi rakyat antara kelebihan seseorang itu boleh dianggap mendapat kemuliaan di sisi ALLAH," katanya.

Pendakwah Dr Mohd Izhar Ariff Mohd Kassim berkata, antara tanda kemuliaan seseorang ialah kematian pada hari Jumaat selain dihadiri ramai kenalan dan sahabat.

“Dalam hadis riwayat Tirmidzi ada mengatakan orang yang mati pada hari Jumaat atau pada malam Jumaat, ALLAH akan selamatkannya daripada azab kubur.

“Maknanya, nak kata fadilat orang meninggal dunia pada hari Jumaat adalah orang terpilih. ALLAH muliakan sesiapa yang meninggal pada hari Jumaat, iaitu hari terbaik daripada hari lain. ALLAH nak tunjukkan dan berikan kelebihan pada orang-orang sebegini,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, tidak ramai yang terpilih dan diberikan kelebihan untuk meninggal dunia pada hari Jumaat.

“Orang-orang terpilih ini biasanya mereka yang memiliki kewarakan yang tinggi, kuat ibadahnya dan terkenal dengan kebaikannya dengan manusia.

“Sebab itu kita kena baik dengan manusia dan ALLAH. Bila kita baik dengan manusia, ALLAH akan jadikan manusia baik dengan kita. Bila kita baik dengan ALLAH, ALLAH akan tolong kita di akhirat,” katanya.

Katanya, kehadiran ramai kenalan dan sahabat menunaikan solat jenazah juga antara tanda kemuliaan daripada ALLAH kepada si mati.

“Untuk solat jenazah, makmum disunatkan membentuk tiga saf untuk muliakan si mati. Tetapi jika jumlahnya lebih daripada tiga saf ia adalah kemuliaan yang ALLAH gambarkan terhadap si mati,” katanya. - SinarHarian

Tribute Untuk Murabbi


"Allahumma firlahu warhamhu wa`afihi wa`fu`anhu" - "Ya Allah, ampunilah dosanya, berilah rahmatMu ke atasnya, sejahtera dan maafkanlahnya."....Aamiin.

Copy and WIN : http://bit.ly/copynwin
"Allahumma firlahu warhamhu wa`afihi wa`fu`anhu" - "Ya Allah, ampunilah dosanya, berilah rahmatMu ke atasnya, sejahtera dan maafkanlahnya."....Aamiin.

Copy and WIN : http://bit.ly/copynwin


Perjalanan terakhir seorang murabbi ummah

"Allahumma firlahu warhamhu wa'afihi wa'fu'anhu (Ya Allah, ampunilah dosanya, berilah rahmatMU keatasnya, sejahtera dan maafkanlahnya)"...aamiin.

Berehatlah dan damailah dikau disana bersama para solihin dan syuhada.
Allahumma firlahu warhamhu wa`afihi wa`fu`anhu" - "Ya Allah, ampunilah dosanya, berilah rahmatMu ke atasnya, sejahtera dan maafkanlahnya."....Aamiin.

Copy and WIN : http://bit.ly/copynwin

"Allahumma firlahu warhamhu wa`afihi wa`fu`anhu" - "Ya Allah, ampunilah dosanya, berilah rahmatMu ke atasnya, sejahtera dan maafkanlahnya."....Aamiin.

Copy and WIN : http://bit.ly/copynwin
"Allahumma firlahu warhamhu wa`afihi wa`fu`anhu" - "Ya Allah, ampunilah dosanya, berilah rahmatMu ke atasnya, sejahtera dan maafkanlahnya."....Aamiin.

Copy and WIN : http://bit.ly/copynwin
"Allahumma firlahu warhamhu wa`afihi wa`fu`anhu" - "Ya Allah, ampunilah dosanya, berilah rahmatMu ke atasnya, sejahtera dan maafkanlahnya."....Aamiin.

Copy and WIN : http://bit.ly/copynwin
"Allahumma firlahu warhamhu wa`afihi wa`fu`anhu" - "Ya Allah, ampunilah dosanya, berilah rahmatMu ke atasnya, sejahtera dan maafkanlahnya."....Aamiin.

Copy and WIN : http://bit.ly/copynwin
"Allahumma firlahu warhamhu wa`afihi wa`fu`anhu" - "Ya Allah, ampunilah dosanya, berilah rahmatMu ke atasnya, sejahtera dan maafkanlahnya."....Aamiin.

Copy and WIN : http://bit.ly/copynwin

Damailah ayahanda di sana..berehatlah dgn tenang.

Dari Allah kita datang kepada Allah kita akan dikembalikan. Seluruh negara berkongsi kesedihan dengan pemergian Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang telah kembali ke rahmatullah pada jam 9.45 malam Jumaat (Khamis, 12.2.2015). Beliau bukan sahaja dikenali sebagai Mursyidul Am PAS tetapi sebagai murabbi ummah. Disayangi kawan dan disegani lawan.

Bermacam rasa terbit dalam diri ini, hiba, sedih, sebak, kehilangan dll...betapa dekatnya insan ini mempengaruhi kehidupan ana. Ana bagaikan kehilangan seorang ayah kandung... Allah sahaja yang tahu betapa beratnya dada ini menahan rasa tatkala mendapat berita pemergiaannya. Airmata usah cakap lah menitis tanpa henti setiap kali membaca mahu pun melihat komentar2 di media sosial....pujian dari yang menghormatinya dan cacian serta hinaan dari yang memusuhinya.

Kepada yang menghina dan mencaci tu...sudah2 lah, hamba Allah ni dah balik bertemu dengan Penciptanya, tinggal kita ni yang hidup, tidak tahu bagaimana kesudahan kita. Bertaubat la sebelum terlambat.


Allahu Akbar! Subhanallah....lihatlah pada lautan manusia yang membanjiri dan menziarahi Allahyarham, betapa tinggi darjatnya dari kita yang entah ada entah tidak yang akan menziarahi jenazah kita nanti.

Tenanglah dan berehatlah wahai ayahanda kami, perginya dikau dalam keadaan engkau telah melaksanakan amanah dan tetap berada dalam perjuangan hingga nafas terakhir. Moga Allah tempatkan di kalangan orang-orang yang mendapat keampunan dan rahmatNya serta bersama para syuhada, anbiya dan aulia Allah.

"Allahumma firlahu warhamhu wa`afihi wa`fu`anhu" - "Ya Allah, ampunilah dosanya, berilah rahmatMu ke atasnya, sejahtera dan maafkanlahnya."....Aamiin.

Foto2 kredit kepada FB PAS Pusat.

Klik klu suka

Related Posts with Thumbnails

Iklan Semanis Madu