adv

Pengikut Cun N Macho

HBeat

Saturday, February 14, 2015

Damailah ayahanda di sana..berehatlah dgn tenang.

Dari Allah kita datang kepada Allah kita akan dikembalikan. Seluruh negara berkongsi kesedihan dengan pemergian Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang telah kembali ke rahmatullah pada jam 9.45 malam Jumaat (Khamis, 12.2.2015). Beliau bukan sahaja dikenali sebagai Mursyidul Am PAS tetapi sebagai murabbi ummah. Disayangi kawan dan disegani lawan.

Bermacam rasa terbit dalam diri ini, hiba, sedih, sebak, kehilangan dll...betapa dekatnya insan ini mempengaruhi kehidupan ana. Ana bagaikan kehilangan seorang ayah kandung... Allah sahaja yang tahu betapa beratnya dada ini menahan rasa tatkala mendapat berita pemergiaannya. Airmata usah cakap lah menitis tanpa henti setiap kali membaca mahu pun melihat komentar2 di media sosial....pujian dari yang menghormatinya dan cacian serta hinaan dari yang memusuhinya.

Kepada yang menghina dan mencaci tu...sudah2 lah, hamba Allah ni dah balik bertemu dengan Penciptanya, tinggal kita ni yang hidup, tidak tahu bagaimana kesudahan kita. Bertaubat la sebelum terlambat.


Allahu Akbar! Subhanallah....lihatlah pada lautan manusia yang membanjiri dan menziarahi Allahyarham, betapa tinggi darjatnya dari kita yang entah ada entah tidak yang akan menziarahi jenazah kita nanti.

Tenanglah dan berehatlah wahai ayahanda kami, perginya dikau dalam keadaan engkau telah melaksanakan amanah dan tetap berada dalam perjuangan hingga nafas terakhir. Moga Allah tempatkan di kalangan orang-orang yang mendapat keampunan dan rahmatNya serta bersama para syuhada, anbiya dan aulia Allah.

"Allahumma firlahu warhamhu wa`afihi wa`fu`anhu" - "Ya Allah, ampunilah dosanya, berilah rahmatMu ke atasnya, sejahtera dan maafkanlahnya."....Aamiin.

Foto2 kredit kepada FB PAS Pusat.

No comments:

Post a Comment

Klik klu suka

Related Posts with Thumbnails

Iklan Semanis Madu