adv

Pengikut Cun N Macho

HBeat

Tuesday, February 17, 2015

Isu 'Escort Girl', Tasha Shilla Sudah Hantar 3 Tuntutan Kepada Melodi

Tasha Shilla dan peguamnya, Fahda
PETALING JAYA: Pelakon Tasha Shilla mengemukakan tiga tuntutan kepada pihak TV3 atas penyiaran temubual menerusi rancangan Melodi  pada 8 Februari lalu berhubung tuduhan dia terlibat dalam aktiviti pelacuran iaitu escort girl (gadis peneman). 
 
Peguamnya, Fahda Nur Ahmad Kamar, berkata, pihaknya telah menghantar notis amaran kepada stesen televisyen tersebut pada Jumaat lalu bagi membersihkan nama Tasha atau nama sebenarnya Natasha Sheila Abd. Razak, 28, berhubung isu berkenaan.
 
"Kami telah menghantar notis kepada pihak TV3 pada Jumaat lalu dengan mengemukakan tiga tuntutan iaitu menuntut agar TV3 memberi ruang kepada Tasha untuk membersihkan namanya daripada isu escort girl, permohonan maaf dan Melodi berjanji untuk tidak membangkitkan lagi isu berkenaan.
 
"Setakat ini, kami belum menerima apa-apa lagi respons daripada pihak TV3 dan menetapkan tempoh selama dua minggu kepada mereka untuk memberi maklum balas berhubung tuntutan berkenaan," katanya kepada mStar Online, ketika dihubungi di sini pada Isnin.
 
Fahda Nur berkata demikian ketika diminta mengulas tentang perkembangan notis amaran terhadap pihak TV3 yang menyiarkan temubual mengaitkan pelakon Tasha Shilla dengan isu escort girl.
 
Terdahulu sebuah akhbar ada melaporkan 10 artis wanita tempatan disyaki terlibat dalam kegiatan sebagai gadis peneman ataupun escort  girl iaitu sebuah aktiviti pelacuran.  
Pada 8 Februari lalu, program hiburan TV3 iaitu Melodi telah membuat laporan susulan dengan bertanyakan kepada Tasha soalan berkaitan isu berkenaan.
 
Sementara itu, pada 12 Februari lalu, Tasha tampil memberi penjelasan dan meminta agar semua pihak tidak mengaitkannya dengan isu itu kerana ia benar-benar telah mencalarkan namanya. - mStarOnline

No comments:

Post a Comment

Klik klu suka

Related Posts with Thumbnails

Iklan Semanis Madu