adv

Pengikut Cun N Macho

HBeat

Tuesday, February 17, 2015

Terengganu Prihatin Pembonceng Naik Motosikal Dengan Bukan Muhrim

Muhammad Pehimi Yusof

KUALA TERENGGANU: Kerajaan negeri akan mencari kaedah terbaik bagi menangani perbuatan individu membonceng motosikal dengan penunggang  bukan muhrim, kata Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri, Muhammad Pehimi Yusof.

Beliau berkata langkah bersesuain perlu diambil bagi mencegah perbuatan itu.

"Setakat ini penguatkuasaan yang dijalankan belum menyeluruh dan perlu dipertingkatkan dari semasa ke semasa," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kempen Keselamatan Jalan Raya dan Ops Selamat di hadapan Plaza Padang Negara di sini Selasa.

Turut hadir Ketua Polis Terengganu Datuk Jamshah Mustapa dan Pengarah JPJ Terengganu Abdul Rahman Emang Anyie.

Bernama sebelum ini melaporkan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) akan meningkatkan penguatkuasaan khusus terhadap golongan remaja yang berkelakuan tidak sopan di tempat awam termasuk mereka yang menaiki motosikal bersama individu yang bukan muhrim.

Sementara itu Muhammad Pehimi berkata seorang pesara kerajaan berusia 61 tahun merupakan mangsa pertama di Terengganu yang meninggal dunia akibat demam denggi setakat ini tahun ini.

Beliau berkata mangsa meninggal Ahad lalu.
Dia dikatakan mendapat demam denggi selepas pulang dari rumah saudaranya di Kuantan, Pahang sebelum dimasukkan ke wad Hospital Sultanah Nur Zahirah pada Khamis minggu lalu.
Dua kes kematian akibat demam denggi dilapor di Terengganu tahun lepas. - mStar

No comments:

Post a Comment

Klik klu suka

Related Posts with Thumbnails

Iklan Semanis Madu