adv

Pengikut Cun N Macho

HBeat

Saturday, May 23, 2015

BERSYUKUR SELAGI HAYAT DIKANDUNG BADAN

Bismillahirrahmanirrahim.

Coretan ini sekadar renungan dan untuk muhasabah diri sendiri sebenarnya. Peka dengan keadaan ekonomi, politik dan masalah insaniah yang cacamarba nii...ana pujuk hati ini agar tidak mengeluh.

Bila kemarau, kita tanya bila nak hujan....
Dimusim hujan pula, kita mengeluh bila nak berhenti,,,,.
More smileys for free download
Tengok orang berkereta besar....kita pun nak juga...
Bila dah memiliki ternyata ianya diluar kemampuan...mengeluh lagi...
More smileys for free download
Ketika bujang mengeluh, teringin nak menikah.
Bila sudah berkeluarga, mengeluh lagi bila nak ada anak...
Dah ada anak, mengeluh lagi, perbelanjaan rumah meningkat.
More smileys for free download
Ternyata, semuanya nampak indah kerana belum memiliki... Bilakah kebahagiaan akan diperolehi kalau  kita sering memikirkan apa yang belum ada, tapi kita mengabaikan apa yang sudah dimiliki.

Jadilah peribadi yang selalu bersyukur dengan rahmat dan nikmat yang sudah dimiliki.
More smileys for free download
Mungkinkan selembar daun yang kecil dapat menutup bumi yang luas ini? Sedangkan menutup telapak tangan sahaja pun susah.

Tapi, kalau daun kecil ini melekat dimata kita, maka tertutuplah bumi dgn daun.

Begitulah juga bila hati ditutupi fikiran buruk sekecil manapun, maka kita akan melihat keburukan di mana2, bumi ini sekalipun akan tampak buruk.

Jadi janganlah menutup mata kita, walaupun hanya dgn daun yg kecil. Janganlah menutup hati kita dengan sebuah fikiran buruk walaupun cuma seujung kuku. Syukuri lah dengan apa yang sudah dimiliki sebagai modal utk memuliakan NYA.

Kerana hidup adalah waktu yg dipinjamkan dan amanah yg dipertanggungjawabkan.

Bersyukur atas nafas yg masih kita miliki.
Bersyukur atas keluarga yg dimiliki
Bersyukur atas pekerjaan yg dimiliki
Bersyukur atas kesihatan yg dimiliki
Pendek kata bersyukur dan sentiasa bersyukur didalam segala perkara.

Jauhi sifat riak dan sombong dengan apa yg kita miliki. Ianya bukan milik kita, ianya milik Allah yg Maha Esa.

Semoga kita mendapat manafaat bersama dan sentiasa bersyukur.....In shaa Allah.... 
Aku mohon kekuatan dariMu Ya Allah. More smileys for free download

Klik klu suka

Related Posts with Thumbnails

Iklan Semanis Madu